webnovel

Kemalangan

Editor: EndlessFantasy Translation

Memang tidak dapat disangkal Rumah Lelong Premier berkebolehan mengedar maklumat. Mereka sangat efektif. Belum sampai sehari Xiao Yan memberi Penawar-penawar Asas itu kepada Rumah Lelong, semua puak yang berpengaruh di Bandar Wu Tan sudah mendengar khabar itu dan membuatkan bandar tersebut riuh rendah.

Perbezaan di antara lelongan ini dan sebelumnya ialah bintang upacara tersebut. Lelong yang sebelum ini mempamerkan Teknik Dou Tahap Tinggi, satu teknik yang boleh mencapai harga setinggi setinggi langit. Disebabkan harga yang tinggi, kuasa-kuasa pihak tertentu sahaja yang mampu membida, dan mereka yang berpangkat bawahan hanya mampu melihat dengan cemburu.

Tetapi untuk kebanyakan orang, Penawar Asas itu merupakan satu matlamat yang lebih realistik. Untuk membantu anak mereka menjadi seorang Dou Zhe secepat mungkin, ramai tokoh puak sanggup membelanjakan wang untuk benda berfaedah seperti Penawar Asas.

Berita tentang kewujudan Penawar Asas ini sudah mencukupi untuk menyebabkan seluruh Bandar Wu Tan menjadi gila dengan keseronokan, malahan Xiao Yan, yang biasanya mengasingkan dirinya di dalam puak, juga menangkap khabar angin tersebut. Melihat suasana keriuhan mengenai 7 botol Penawar Asas yang bergred rendah itu, walaupun terkejut, Xiao Yan bersyukur dengan tarikan istimewa pil itu di benua ini.

Pada hari kedua, Puak Xiao juga menerima undangan ke Rumah Lelong Premier. Ini mungkin disebabkan oleh Xiao Zhan yang dahulu telah membeli Penawar Asas. Beberapa tokoh puak juga berminat dengan kemunculan Penawar-penawar Asas itu, terutamanya untuk tokoh yang mempunyai anak yang belum mencapai tahap Dou Zhe.

Xiao Yan merancang untuk menyelinap keluar pada waktu tengah hari, tetapi sebelum rancangan menjadi, seorang utusan dari Xiao Zhan datang. Xiao Yan tidak mempunyai pilihan selain mengikut pengutus itu dan berjalan ke arah pintu masuk puak mereka.

Di depan pintu masuk, Xiao Yan terjumpa bukan sahaja Xiao Zhan, tetapi beberapa tokoh yang sedang berkumpul di situ, semua sedang berbual dengan keseronokan.

Mengangkat kepalanya untuk melihat Xiao Yan yang selamba itu, Xiao Zhan tersenyum dan meminta Xiao Yan untuk tampil ke hadapan dengan satu lambaian tangan.

Xiao Yan menghembus nafas keluh, melihat ayahnya yang memanggilnya. Semasa berjalan ke hadapan, pandangannya tertumpu pada dua orang di sebelah Xiao Zhan dan keningnya mengerut.

"Berlenggang macam perempuan….." Xiao Yu menyindir Xiao Yan yang sedang mengerutkan dahinya. Xiao Yu telah disuruh menunggu sepanjang hari untuk "puteri" itu dan kelewatan ini menyebabkan dia sedikit marah.

"Adakah kau begitu cepat nak menghadiri pengebumian sendiri?" Xiao Yan membalas. Xiao Yu menggertak giginya hampir sahaja memecahkan giginya.

"Pffffttt." Dalam kalangan orang ramai, ketawa sindiran gadis muda itu kedengaran seperti loceng perak.

Menyenget kepalanya, Xiao Yan melihat Xun Er yang sedang berdiri di tengah-tengah orang ramai. Menunjukkan gerakan bahu kepada Xun Er, dia tersenyum balik. "Adakah awak juga nak pergi ke Rumah Lelong?"

"Tinggal di dalam tanah puak sangat bosan. Lebih baik saya ambil masa ini untuk pergi berjalan-jalan…" Xun Er berasak-asak melalui orang ramai untuk berdiri di sisi Xiao Yan. Tawa ayu Xun Er bergema di belakangnya ketika dia berjalan.

"Apa yang awak nak, kecuali untuk… nah… beberapa Penawar Asas? Tiada benda yang berguna untuk awak di situ pun." Xiao Yan berkata sambil tersenyum mesra.

"Hmph, KAU berani nak melawan? Jika bukan kerana Penawar Asas itu, kau ingat kau boleh mencapai tahap aku?" Jawab Xiao Ning dengan marah, kakinya masih tidak stabil kerana dia baru sahaja sembuh. Dia baru saja sembuh daripada pertarungan di antara dia dan Xiao Yan 2 bulan yang lepas, tetapi sekarang, melihat kedua-dua orang yang diejek itu sedang berdiri dengan rapat, pipinya bertukar merah dengan cemburu. Dia seolah-olah lupa dengan "pengajaran" dari Xiao Yan.

"Kau masih gatal nak berlawan?" Mengangkat kepalanya dan memandang Xiao Ning, wajah Xiao Yan bertukar menjadi tidak jelas dan berbahaya, tidak tahu samada dia tersenyum atau tidak.

"Kau…" Kemarahan Xiao Ning meningkat dan dia mula menggenggam penumbuknya, tetapi dengan perlahan, penumbuk dia relaks dan kembali tenang. Dengan sindiran, dia berkata, "Jangan kau bangga sangat, walaupun kau mampu mencederakan aku masa itu, aku masih perlu berterima kasih pada kau untuk pengalaman itu. Jika bukan untuk masa penyembuhan ini, aku tidak akan sampai dekat untuk mencapai 9 Duan Qi. Dalam tempoh 7 hari paling tinggi, aku akan mencapai ke 9 Duan! Selepas itu, kita akan tengok siapa yang ingin berlawan sekali lagi dan siapa yang akan menang!"

Mendengar kata-kata Xiao Ning, beberapa ahli puak yang lebih tua terkejut dengan dakwaan Xiao Ning. Tokoh Pertama yang berdekatan itu juga tidak dapat menyembunyikan kebanggaan yang terukir di mukanya. Cucu saya tidak pernah gagal mengagumkan saya.

Kening Xiao Zhan mengerut melihat Tokoh Pertama itu. Sebelum dia sempat melambai tangannya sebagai isyarat untuk bertolak, dia terhenti apabila ternampak wajah Xiao Yan yang tersenyum pada Xiao Ning dan untuk seketika waktu, kata-kata Xiao Ning terhenti.

Berdepan Xiao Ning berwajah sombong itu, Xiao Yan menguap selepas seketika. Selepas itu dia menggerak kepalanya dan berkata dengan nada neutral, "Sebenarnya… ini agak memalukan. Beberapa hari yang lepas, aku tidak sengaja…. telah memasuki 9 Duan Qi. Aku takut kau masih satu langkah di belakang aku."

"Eh…"

Selepas mendengar kata-kata Xiao Yan, kesemua ahli puak di situ menjadi senyap. Muka terperanjat terpancar di wajah mereka sambil melihat wajah Xiao Yan yang tidak beremosi. Xiao Yan kata dia mencapai….dengan tidak sengaja?

Mereka tidak tahu sama ada ingin ketawa atau menangis, semua orang mempunyai pemikiran yang sama. Budak ini telah mencucuk Xiao Ning di tempat yang paling sakit, kesian, kesian Si Xiao Ning....

Muka Xiao Ning yang sombong tadi menjadi tegang mendengar kata-kata Xiao Yan. Mulutnya mula mengetap, dan kerongkongnya menggeletar. Dengan pandangan tajam terhadap Xiao Yan untuk masa yang agak lama, Xiao Ning akhirnya mengalah dengan air muka muram. Dia sangka dia dapat menjaga air mukanya dengan kemajuan tetapi siapa sangka dia dibalas dengan kenyataan yang lebih mengejutkan.

Tangan seperti jed itu menyokong Xiao Ning yang muram itu dan Xiao Yu merenung tajam Xiao Yan, membakar. Dia tidak berkata apa-apa untuk menyindir Xiao Yan. Sebaliknya, dia berfikir dengan sendiri. 'Bagaimana si gampang ini berlatih? Hanya dua bulan….bagaimana dia boleh mencapai 9 Duan?'

Sungguhpun mereka berdua bersengketa, Xiao Yu masih terperanjat dengan perkembangan Xiao Yan yang laju itu.

"Haha….." Satu tawa guruh kedengaran daripada Xiao Zhan, kemuraman di wajahnya hilang apabila dia ternampak wajah ahli puaknya. Merenung Tokoh Pertama, dia tersenyum dan berkata, "Baiklah. Lelong akan bermula sebentar lagi. Kalau kita lewat, kita akan hilang peluang."

Melihat tokoh-tokoh berjalan melalui pintu utama, Xiao Zhan tidak dapat menahan diri untuk berpusing ke belakang dan menggosok kepala anaknya. Dia memuji Xiao Yan dengan nada riang. "Sekali lagi, awak telah membuat ayah bangga. Orang tua si tokoh pertama itu, tiap-tiap kali bercakap tentang bakat cucunya tanpa henti-henti sehingga saya hampir membunuh diri. Dia secara jelas inginkan puak untuk melabur dalam Penawar Asas itu untuk cucunya. Tapi tak berani cakap. Orang tua yang takde kelas."

Dengan rambutnya yang tidak kemas, Xiao Yan memaksakan satu senyuman. Dia mendepakan kedua-dua tangannya dengan sambil melangkah keluar daripada pintu utama itu dan membalas sambil lewa, "Asalnya, saya tidak mahu mendedahkan pencapaian saya tetapi dia memaksa saya…."

Jauh daripada pintu utama, mendengar kata-kata Xiao Yan, bibir Xiao Ning mengetap dan hatinya menjadi berat dengan kepiluan dan kemuraman.