Muka Dou Zun Feng berubah di kerusi tetamu khas itu apabila dia ternampak simbol phoenix hitam gelap di belakang tubuh Feng Qing Er. Matanya beralih ke arah Dou Zun Lei di sebelahnya sambil berkata, "Sungguh tidak dijangkakan dia seseorang dari Puak Phoenix Iblis Kayangan. Patutlah awak perlu sembunyikan aura sebenarnya…"
Dou Zun Lei tersengih. Terdapat kebanggaan di dalam senyumannya. Dia memberi sekilas pandang kepada Xiao Yan di medan dan berkata, "Xiao Yan ini betul-betul bukan orang biasa untuk memaksa Qing Er menggunakan teknik rahsia puaknya."
Mata Dou Zun Feng dikecilkan. Satu kedinginan terpancar menerusi matanya.
"Ke ke, Dou Zun Feng usah gelojoh. Awak mungkin tidak takut akan Astaka Kilat Angin tetapi Qing Er dari Puak Phoenix Iblis Kayangan. Puak ini kemungkinan tidak akan biarkan hal ini jika ada apa-apa terjadi kepadanya. Awak patut tahu betapa megah puak itu. Lebih baik usah timbulkan masalah untuk Astaka Tahi Bintang." Dou Zun Lei berkata lemah.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com