webnovel

Keadaan Puak Xiao

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas duduk hampir sejam, orang gaji yang cantik akhirnya berjalan masuk. Di kedua-dua tangannya membawa satu dulang perak, dan di tengah-tengah dulang itu mempunyai satu cincin merah pudar.

Mengambil dulang perak itu dan memberi balik kepada orang gaji tersebut, Ya Fei memberi bahan-bahan tersebut kepada Xiao Yan dan berkata dengan senyuman manis, "Tuan, periuk dan semua bahan-bahan alkimia berada di dalam 'Cincin Simpanan' ini."

"Menghulurkan tangannya untuk mengambil cincin simpanan tersebut, Xiao Yan menggolekkanya di tapak tangan sebelum mengangguk. Suara Yao Lao kedengaran pada masa yang betul. "Baiklah. Selepas menapis Serbuk Pengumpul Qi, saya akan bawa kepada awak."

Mata ayu Ya Fei penuh dengan keriangan sebelum dia mengangguk.

"Baiklah, tidak perlu untuk awak menghantar saya. Saya akan keluar dengan sendiri."

Melambai tangan, Xiao Yan mengambil cincin tersebut dan memakainya. Selepas itu, tanpa berpusing ke belakang, dia berjalan ke belakang bilik tamu dan keluar. Di atas meja, kad jed biru itu masih berada di sana sebab dia tidak ingin berhutang dengan orang terlalu banyak. Oleh itu, dia terpaksa meletakkannya di situ.

Melihat bayangan orang keluar melalui pintu, Ya Fei menggigit bibirnya yang merah dan melangkah ke hadapan untuk mengambil kad jed biru itu dan meletakkannnya di tangan. Berfikir untuk sebentar, dia bertanya dalam suara yang jelas. "Pak Cik Gu Ni, untuk menapis Serbuk Pengumpul Qi, kadar berjaya ia tidak tinggi, kan?"

"Ya. Raja Pil Wang Gu He juga mempunyai kadar berjaya sebanyak 7 dalam 10 percubaan. Untuk seorang ahli alkimia peringkat keempat, kadar berjaya ia hanya 5 dalam 10 percubaan." Kata Gu Ni dengan suara rendah.

"Tetapi orang tua ini, dia berjaya menapis dalam percubaan pertama….." Ya Fei berkata sambil mengerut keningnya yang hitam dan halus itu.

"Siapa tahu, mungkin nasib dia baik….." Gu Ni menggeleng kepala dan tidak peduli terhadap perkara itu. Lagipun, untuk seorang alkimia, nasib merupakan satu faktor besar dalam penapisan pil. Jika nasib seseorang itu bagus, walaupun menapis berulang kali, seseorang itu tidak akan gagal.

"Adakah mungkin…. yang dia itu bukan seorang ahli alkimia peringkat keempat sahaja?" Ya Fei bertanya dengan ragu-ragu selepas berfikir untuk seketika.

"Haha, tidak mungkin. Peringkat ke-lima ahli alkimia di Empayar Jia Ma boleh dikira dengan satu tangan. Orang mempunyai taraf sebegitu, walaupun orang itu dari empayar atau kuasa penting seperti Kaum Awan Berkabus, mereka akan menganggap orang ini sebagai Orang Penting. Kenapa orang sebegini akan datang ke rumah lelongan seperti ini untuk melelongkan pil-pil." Tertawa Gu Ni.

Pada kata-kata ini, Ya Fei juga mengangguk kepalanya dan menghembus nafas keluhan dan bermuat reaksi kurang gembira. "Nampaknya saya tidak cukup berpengalaman. Saya takut sifat ragu-ragu saya tadi telah memberi kesan negatif kepada pandangan ahli alkimia misteri ini terhadap kita.

"Awak tidak boleh menyalahkan diri awak. Transaksi begitu besar itu, saya juga tidak berani menjawab dengan mudah. Awak mampu menjawabnya sudah amat bagus. Tentang hubungan kita dengan ahli alkimia itu, pada masa depan, ambil masa awak dan bergaul dengan mesra. Asalkan dia tidak mempunyai tanggapan tidak baik terhadap kita sudah mencukupi." Gu Ni berkata sebagai kata-kata semangat kepada Ya Fei.

Memaksa satu senyuman dan mengangguk, Ya Fei duduk di atas kerusi dengan letih, dan mendedahkan bentuk badannya. Mengelip mata dengan mempesonakan, dan mempunyai satu keraguan, dia bertanya dengan lembut, "Apa yang dia nak buat dengan begitu banyak bahan gred rendah?"

"Bahan-bahan itu mempunyai kesan menghentikan pendarahan dan menguatkan tulang. Saya rasa dia merancang untuk mengeluarkan ubat penyembuhan." Gu Ni bersungut sambil mengerut keningnya. Terbingung bersama Ya Fei, dia berkata, "Tetapi dengan tarafnya, kenapa dia nak membuat begitu banyak ubat penyembuhan yang murah itu?"

Mendengar ini, mata cantik Ya Fei mengecil dan kuku jarinya yang panjang mengetuk meja dengan perlahan. Selepas seketika, satu kesedaran menimpanya, dia berkata dengan suara rendah, "Nampaknya orang tua ini mengambil berat terhadap Puak Xiao….."

Bulu kening yang berkedut itu menjadi ketat, air muka Gu Ni bertukar menjadi muka penuh kehairanan. "Maksud awak dia nak memberi ubat penyembuhan itu kepada Puak Xiao?"

"Baru-baru ini saya terdengar Puak Jie Lie telah menjemput seorang Ahli Alkimia Peringkat Pertama ke rumah mereka. 'Serbuk Pengembalian Musim Bunga' telah merampas setengah daripada orang di bandar. Jika Puak Xiao tidak bertindak dengan serta-merta, saya takut pasar mereka akan menjadi kosong. Hal ini amat memalukan." Mata Ya Fei memandang ke sekeliling sambil dia mengatakan kesimpulannya, tersenyum dan terus menjelaskan. "Sebelum ini, orang tua ini pernah berkata jika ada peluang, dia akan bekerjasama dengan Puak Xiao dan membeli begitu banyak bahan-bahan penyembuhan sekarang hanya mempunyai satu makna. Dia akan mengotakan janjinya."

"Heh, nampaknya Puak Xiao mempunyai nasib baik kali ini. Puak Jia Lie akan mempunyai masalah." Selepas mendengar analisis Ya Fei, Gu Ni tersenyum. Satu rupa cemburu terukir pada mukanya. Untuk mendapatkan bantuan seorang Ahli Alkimia Peringkat Ke-Empat bukan perkara yang sebuah puak dapat menerimanya.

Ya Fei memberi satu senyuman senang dan berkata, "Kita juga perlu membina hubungan dengan Puak Xiao tidak lama lagi, walaupun menambah satu bunga pada gelang tangan boleh membuat seseorang gembira, memberi bantuan kepada seseorang yang memerlukannya lebih baik untuk menguatkan hubungan kedua-dua pihak."

Gu Ni mengangguk sebagai tanda setuju. Dengan seorang alkimia peringkat ke-empat di belakang mereka, hubungan di antara Puak Xiao dan Rumah Lelongan Premier amat penting sekarang.

...

Keluar dari rumah lelongan itu seperti biasa, Xiao Yan berpusing-pusing di jalan untuk setengah hari sebelum menanggalkan pakaiannya di lorong terbiar.

Melambung dan menangkap "Cincin Simpanan" berwarna merah muda itu di tangannya, Xiao Yan terasa gembira. Cincin jenis ini diperbuat daripada satu jenis bahan jarang dijumpai dipanggil "Batu Simpanan". Ciri-ciri bahan ini, ia mempunyai satu ruang kecil yang unik di dalam di mana objek tidak bernyawa boleh disimpan. Walaupun ia sangat mudah, disebabkan oleh kekurangan "Batu Simpanan" ini, ia amat berharga. Gred paling rendah "Cincin Simpanan" di tangan Xiao Yan mempunyai ruang sebanyak 3 hingga 4 meter persegi, namun ia berharga sebanyak 100,000 syiling emas. Di Puak Xiao, Xiao Yan hanya ternampak ayahnya dan Tokoh Pertama mempunyai Cincin Simpanan mereka tersendiri.

Xiao Yan meraba-raba Cincin Simpanan itu untuk seketika, menelitinya dengan teragak-agak. Akhirnya, dia tidak memakainya tetapi dia menyimpannya di dalam bajunya. Cincin jenis ini dikira mahal, jika ia diketahui oleh ayah atau orang lain, dia akan dapat masalah untuk menerangkan di mana dia mendapatkannya.

Xiao Yan menendang jubah hitam itu ke dalam longkang sebelum dia berjalan keluar dari lorong terbiar itu dengan berhati-hati. Selepas itu, dia meluru balik ke puaknya.

Xiao Yan mengikut laluan yang menerusi melalui rumah puaknya, dia terdengar suara ayahnya yang marah itu dari Bilik Mesyuarat. Xiao yan berjalan ke depan secara rahsia dan melihat dengan teliti melalui satu retakan pada pintu.

"Celaka, Jia Lie Bi si gampang itu sudah keterlaluan, dia berani mencuri bisnes kita!" Di dalam bilik tersebut, Xiao Zhan sedang marah lalu menghentak meja. Teh daripada cawan tersebut tertumpah ke seluruh meja.

"Masa sekarang, pasar di Puak Xiao sudah kehilangan trafik yang banyak. Peniaga-peniaga yang masih berada di pasar mereka sudah mula menjadi risau dan takut. Beberapa di antara mereka sudah mula berpindah ke tempat pasar Puak Jia Lie. Jika ini berterusan, saya takut… dalam setengah bulan lagi… tempat pasar kita akan muflis." Tokoh Kedua berkata dengan muka muram sambil menggertak giginya dalam kemarahan.

"Apa kata…. saya bawa beberapa elit puak kita dan 'menguruskan' alkimia itu?" Renungan Tokoh Ketiga juga penuh kemarahan semasa dia mencadangkan cadangan tersebut dengan nada yang amat gelap.

"Mereka mempunyai dua Da Dou Shi yang sedang melindungi Ahli Alkimia itu, ia bukan begitu mudah." Xiao Zhan berkata dengan tidak bermaya dan tangannya mula bergerak ke depan dan belakang.

"Tapi kalau kita meneruskan keadaan ini, kerugian kita amat besar. Keuntungan pasar di Bandar Wu Tan merupakan bahagian besar daripada jumlah hasil Puak Xiao." Tokoh Ketiga tidak mahu mengalah.

Sudut mulut Xiao Zhan mengetap. Pada masa itu, dia tidak dapat memikirkan idea yang bagus.

"Hari itu di lelongan, bukankah ahli alkimia misteri itu kata kalau ada peluang, dia ingin bekerjasama dengan kita? Melihat bagaimana Si Gu Ni itu sangat berhormat terhadapnya, pangkat dia bukannya rendah sangat. Jika dia dapat membantu kita, Puak Jia Lie itu tentu kalah." Kata Tokoh Pertama, yang terdiam sehingga sekarang, tiba-tiba berkata dengan suara rendah.

"Cis, mana tahu jika dia cuma berkata kosong. Untuk orang yang mempunyai taraf sebegitu, apa faedah yang dia akan dapat daripada bekerjasama dengan kita? Untuk keuntungan begitu sikit, siapa akan kisah?" Xiao Zhan kurang gembira dan menggeleng kepalanya. Dia duduk di atas kerusi dan mengeluh.

Ketiga-tiga tokoh tersebut juga terdiam. Sesungguhnya, ia satu cabaran untuk Puak Xiao membina satu hubungan dengan orang setaraf itu.

"Haram jadah. Kita kena bertahan untuk beberapa hari lagi. Jika Puak Jia Lie masih tidak mengawal diri, jadi jangan menyalahkan kita kalau kita membalas!" Menjilat bibirnya, Xiao Zhan memegang ketat rangka kerusinya dan satu kilauan bersinar dalam matanya.

Di luar pintu, mendengar sehingga sekarang, Xiao Yan menggerakkan bahunya dengan perlahan dan tangannya sedang bermain dengan cincin simpanan pada dadanya. Memberikan satu senyuman sinis dingin, dia meninggalkan tempat itu.

Next chapter