webnovel

Kau Nak Uji Aku?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Melihat Xiao Ning yang sedang berdiri seolah-olah memikirkan hidup matinya menyebabkan semua penonton sunyi sepi.

Pandangan penonton tertumpu pada pemuda yang sedang berdiri di padang. Renungan mereka seolah-olah sedang merenung syaitan yang telah dibangkitkan. Tiada siapa yang pasti dengan apa yang baru terjadi. Mereka ternampak Xiao Ning tiba-tiba mendapat kenaikan kuasa dan kemudian tewas dengan pantas. Mereka tidak sangka Xiao Ning akan ditewaskan selepas mendapat satu ledakan kuasa. Apatah lagi, dia ditewaskan dengan satu penumbuk sahaja!

Memandang ke arah padang dari Platform Tetamu, tangan Ya Fei yang putih melepak bak mutiara menutup bibir merahnya, dan payudaranya yang besar itu bergerak sekali dengan badannya yang menggigil keseronokan.

'Teknik Dou yang amat kuat… Apa tahapnya? Tahap Xuan? Bagaimana ini mungkin berlaku?' Ya Fei mencungap, hatinya berdenyut sambil memikirkan kemungkinan itu. Teknik Dou Tahap Xuan bukan sahaja jarang tetapi memang sukar untuk dipelajari.

Selepas seketika, Ya Fei kembali ke alam realiti. Memikirkan sekali lagi Teknik Dou yang digunakan oleh Xiao Yan, keningnya mula mengerut sambil teringat sesuatu yang penting. 'Kalau saya ingat dengan betul, Teknik Dou tertinggi Puak Xiao hanyalah Teknik Dou Tahap Xuan, Rekahan Singa yang bergabung dengan Kaedah Qi Tahap Xuan Keberangan Singa Mengamuk. Kan?'

'Berdasarkan apa yang saya lihat, Teknik Dou itu bukan Rekahan Singa. Hmmm…' Ya Fei merenung cawan teh jed di tangannya. Sekali lagi, dia teringat sesuatu. 'Mungkinkah… Teknik Dou itu… bukan diajar oleh Xiao Zhan?'

Matanya yang ayu itu mengelip dengan malas dan dia menyengetkan kepalanya sambil memandang Xiao Zhan. Semasa memandang Xiao Zhan, dia tertangkap wajah terkejut Xiao Zhan seperti Xiao Zhan juga menyedari teknik itu bukan dari puaknya.

'Jika Xiao Zhan tidak mengajarnya…' Ya Fei berfikir. Dadanya yang sudah matang itu mencondong ke bawah dan kuku jarinya sedang memegang cawan tehnya. Sambil memikirkan kecekapan Xiao Yan mempamerkan kegunaan Teknik Dou, dia tidak dapat menahan diri untuk berfikir lebih mendalam. 'Jadi, budak ini… Dia ada guru misteri yang sedang mengajarnya tanpa pengetahuan puaknya? Jika tidak, takkanlah Teknik Dou Tahap Xuan dapat dimahirkan dengan begitu pantas tanpa pengalaman dan percubaan berkali-kali.

Untuk mengajar Teknik Dou Tahap Xuan.. kekuatan guru misteri itu mesti berada di pangkat Dou Ling! Saya mesti menyiasat perkara ini!' Ya Fei menimbangkan perkara tersebut lalu meletakkan cawan tehnya dengan lembut selepas mengelap peluh dingin di pipinya. Memerhatikan Xiao Yan dengan teliti, dia berfikir sendiri. 'Budak ini.. misterinya semakin bertambah dari hari ke hari. Saya tidak dapat menahan diri daripada mempunyai perasaan ingin tahu.'

…..

'Oh anakku…anakku ini, semakin hari semakin susah untuk memahami perbuatannya.' Di sebelah Ya Fei, Xiao Zhan juga tidak dapat menahan diri dari mengeluh secara senyap. Kecekapan anaknya menggunakan Teknik Dou itu sangat sempurna sehingga di dalam hati, Xiao Zhan menyorak anaknya. Melihat daripada segi kerosakan, Teknik Dou itu boleh berada di tahap kesamaan dengan Teknik Dou Tahap Xuan Puak Xiao iaitu "Rekahan Singa!"

Menggeleng kepalanya dengan perlahan, Xiao Zhan menghembus nafas dengan panjang. Memberikan satu pandangan sedih, dia berfikir. 'Saya risau ada seseorang yang sedang mengajar Yan Er di tanpa pengetahuan saya.'

'Tetapi siapa pula yang sedang mengajarnya?' Xiao Zhan memikirkan sambil menggaru dagunya. Dia memandang ke arah Xun Er yang sedang berada agak jauh daripadanya. Pada waktu ini, gadis muda itu sedang merehatkan pipinya di atas tangan, satu senyuman lembut diberikan sambil melihat Xiao Yan yang sedang berdiri itu menjadi perhatian orang ramai.

'Mungkinkah dia?' Perasaan ingin tahu ditanam ke dalam mindanya. Memikirkan betapa rapat Xun Er dan Xiao Yan, Xiao Zhan tidak dapat menahan diri daripada memikirkan kemungkinan ini.

…..

Di pentas itu, Xiao Yan menghembus nafas lega lalu menurunkan tangannya yang keras seperti batu itu ke posisi asalnya. Lengannya juga mula jatuh ke bawah dan kembali kepada fabrik selembut sutera.

Memusing kepalanya, Xiao Yan menghadap Xiao Yu yang sedang meluru ke depan dan mengangkut Xiao Ning yang pengsan itu. Xiao Yan melihat dengan selamba dan hatinya langsung tidak ada perasaan belas kasihan. Kalau dia tidak mempelajari dua Teknik Dou Tahap Xuan, tangannya mungkin telah dipatahkan oleh serangan Xiao Ning. Orang lain tidak menunjukkan belas kasihan kepadanya jadi dia tidak mempunyai sebab untuk menjadi seorang yang berbelas kasihan.

Meletakkan tangannya ke dalam poket, Xiao Yan berjalan memintas Tokoh Kedua yang masih bingung itu, sambil bertanya, "Perlawanan ini sudah habis, kan?"

Meneguk air liurnya, Tokoh Kedua itu mendapat kembali kewarasannya dan mengangguk. Sebelum dia dapat mengumumkan perlawanan ini sudah berakhir, dia disampuk.

"Tunggu!" Di bawah platform, Xiao Yu sedang memikul Xiao Ning yang berdarah. Suaranya penuh dengan kebencian.

Tokoh Kedua itu berkedut. "Xiao Yu, apa yang kau nak?"

Memberikan Xiao Ning yang tidak sedar itu kepada seorang ahli puak, Xiao Yu melompat ke pentas dengan garang. Kedengkian yang disimpan oleh Xiao Yu terhadap Xiao Yan nampak jelas. "Xiao Ning ialah sepupu kau yang lebih tua, berani kau memukulnya dengan begitu kejam?"

Mendengar pertanyaan Xiao Yu, Xiao Yan mengejek sambil menunjukkan satu senyuman jahat, "Walaupun ini hanya satu cabaran, dia telah melanggar peraturan. Selepas kalah kepada aku sekali, dia memakan Serbuk Penambah Qi dan menyerang aku dalam keadaan kuasa bertambah. Kau betul-betul fikir aku akan menunjukkan belas kasihan? Jika aku tidak melawan, adakah kau akan marah kerana aku yang tercedera? Adakah Xiao Ning seorang manusia dan aku, Xiao Yan bukan? Xiao Yu, selain daripada berat sebelah, apakah yang kau mampu buat?"

Soalan-soalan yang ditujukan kepada Xiao Yu ibarat mercun diikat atas tali. Minda Xiao Yu menjadi lembap. Pipinya yang merah bertukar menjadi pucat sebelum segera bertukar merah berapi penuh dengan kemarahan. Dengan sikapnya yang sombong, dia tidak pernah dileter di tempat awam. Menghembus nafas kuat, dia berkata dengan nada yang dingin, "Aku tidak kisah apa yang kau cakap, aku cuma tahu kau telah mencederakan adik aku. Jadi sekarang, aku nak mencabar kau! Kalau kau ada kemahiran, terimalah cabaran aku!"

"Xiao Yu, tarik balik cabaran kau. Ini bukan tempat kau! Ini pertandingan untuk orang yang berada di bawah tahap Dou Zhe, kau tidak layak!" Tokoh Kedua itu menegur Xiao Yu.

Xiao Yu enggan menarik balik kata-katanya. Dia mengigit bibirnya dalam kemarahan sambil merenung tajam Xiao Yan. "Jangan beritahu aku, kau tidak berani."

'Perempuan bodoh ini'

Perasaan marah tersimpan di dalam, Xiao Yan menyumpah. Pertarungan pertamanya dengan Xiao Ning sudah menghabiskan kebanyakan Dou Qi-nya dan sekarang dia akan berlawan dengan seorang 3 Bintang Dou Zhe. Secara jelasnya, dia berada di posisi kerugian.

"Tidak berani untuk menerima cabaran aku? Lagi-lagi seorang wanita?" Memandang tajam Xiao Yan, Xiao Yu mengejek Xiao Yan dengan riang.

Meraba hidungnya dengan ibu jari, mulut Xiao Yan menggetap sedikit dan anak matanya menampakkan cahaya.

Sebelum Xiao Yan mampu bersedia untuk menewaskan perempuan berkaki panjang itu, satu tawa ibarat loceng perak kedengaran dan seorang terapung ke atas platform tersebut.

Tiba-tiba, satu panggilan suara kedengaran di platform itu. "Kakak Xiao Yu, Abang Xiao Yan sudah letih dan kau masih mencabarnya. Kau cuba mengambil kesempatan terhadapnya? Kakak Xiao Yu, kalau kau betul-betul nak berlawan, apakata Xun Er bermain dengan kau?"

Next chapter