Berjalan dengan perlahan di dalam hutan padat, mata Xiao Yan memandang sepintas lalu hutan yang semakin nipis lalu menghela nafas lega. Dia berada di hujung tebing Banjaran Gunung Raksasa Bermagik. Jika dia berjalan untuk sedikit lagi, dia sepatutnya akan terjumpa beberapa Syarikat Askar Upahan yang berada di banjaran gunung untuk memburu Raksasa-raksasa Bermagik.
Menaikkan kepala, Xiao Yan melihat langit yang semakin gelap itu dan mengeluh secara tidak suka rela. Nampaknya dia perlu bermalam di dalam banjaran gunung sekali lagi.
Menggelengkan kepala, Xiao Yan menepuk Pembaris Xuan Berat di belakangnya, ia telah dibalut sepenuhnya dengan kain hitam. Pembaris Xuan Berat itu telah menjadi satu tanda unik, menyebabkan Xiao Yan tiada pilihan selain daripada mencari jalan untuk menyembunyikannya untuk mengelak daripada masalah tidak diingini berlaku.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com