webnovel

Budak Ini Bukan Calang-Calang Orangnya

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Kata-kata Xiao Yan menikam titik kelemahan Xiao Yu dan di dalam kemarahan, menggenggam pedangnya yang terikat di pinggang.

Dengan jelik, Xiao Yan bersandar ke belakang dan mencabar "Kau nak bergaduh?"

"Apa!" Xiao Yu menguatkan genggamannya sambil menahan diri untuk mengeluarkan pedangnya dan menetak Xiao Yan. Dengan satu sindiran, Xiao Yu berkata, "Walaupun bakat kau sudah kembali, ia tidak penting. Tiga tahun yang lalu, aku, Xiao Yu, boleh membuatkan kau lari menyelamatkan nyawa kau dan tiga tahun kemudian, aku masih boleh melakukannya."

Kening Xiao Yan terangkat sambil merenung ke arah 3 bintang emas di baju sekolah ungu muda Xiao Yu. Bintang-bintang ini melambangkan kuasa Xiao Yu, 3 bintang emas Dou Zhe. Nampaknya, masa yang dihabiskan di akademi tidak membazir.

"Apa pandang-pandang dengan mata kotor kau tu?" Melihat di mana tumpuan Xiao Yan, muka hitam Xiao Yu menjadi lebih hitam.

"Kau pakai benda tu supaya orang akan perasan?" Xiao Yan meraba hidungnya. Kata-katanya yang bersahaja itu menyebabkan Xiao Yu melompat kemarahan.

"Jahanam!" Menggertak giginya, Xiao Yu yang sudah terlalu marah itu menarik pedangnya dengan satu "Clang". Menghunus pedangnya pada Xiao Yan, dia berkata, "Kau betul-betul fikir aku tidak berani untuk memotong lidah kau?!"

Merenung pedang keluli berkilau di depannya, Xiao Yan tidak mengelip matanya apabila dia berkata, "Apa kata kau cuba?"

Sambil bercakap, tangan Xiao Yan digenggam menjadi penumbuk dan satu pusaran berdenyut mula dibentuk. Dengan Teknik Dou Tahap 3 Xuan, Xiao Yan tidak takut dengan seorang 3 Bintang Emas Dou Zhe.

Melihat kedua-duanya yang hampir sahaja meletup, Xun Er yang berada di tepi, menggeleng kepala dengan tidak bermaya. Melihat jauh dari situ, dia tersenyum sambil menyuruh mereka berjaga-jaga. "Pak Cik Xiao dan yang lain sedang berjalan ke sini."

Mendengar kata-kata Xun Er, kening Xiao Yu mengerut dan dia memusingkan kepalanya untuk melihat Xiao Zhan yang sedang berjalan pantas ke arah mereka dengsan wajah marah.

"Hmph, nasib kau tidak akan sentiasa begitu baik."

Dengan nada dingin itu, Xiao Yu menyarungkan pedangnya dan berpusing ke belakang. Bergerak ke hadapan dengan kaki panjang, Xiao Yu berhenti seketika di depan Xun Er, lalu berkata, "Adik Xun Er. Bakat dan kecantikan awak berada di tahap teratas tetapi awak patut menjauhkan diri awak daripada sesetengah orang jika tidak mahu dicemar dengan sikap yang tidak baik. Masa itu, terlalu lambat untuk menyesal."

Xun Er hanya tersenyum sambil berkata, "Terima kasih atas nasihat Kakak Xiao Yu tetapi Xun Er rasa Abang Xiao Yan seorang yang baik."

Mendengar kata-kata Xun Er, wajah Xiao Yu bertukar warna sambil memerhatikan Xun Er yang tersenyum itu. Akhirnya, Xiao Yu hanya boleh berkata, "Apabila awak meninggalkan puak awak, awak akan tahu betapa besar dunia ini. Terdapat ramai orang yang lebih berbakat daripadanya, jika awak jumpa seseorang yang boleh membuatkan hati awak berdebar, jadi…"

"Kakak Xiao Yu, awak berfikir terlalu banyak. Xun Er tidak percaya benda sebegitu akan berlaku." Bibir merah Xun Er mengerut sambil menyampuk Xiao Yu.

Selepas kata-katanya dipotong oleh Xun Er, Xiao Yu menjadi malu lalu meninggalkan tempat itu selepas memberi Xiao Yan satu lagi renungan tajam.

Melihat Xiao Yu yang sedang meninggalkan tempat itu, Xiao Yan menghembus nafas dengan perlahan dan mukanya mula menjadi tenang semula. Mengeluh, dia berkata, "Saya betul-betul tak suka dia."

Mendengar itu, Xun Er menutup mulutnya sambil ketawa. "Sebenarnya, saya sangat hairan kenapa dia menentang Abang Xiao Yan. Sungguhpun awak tidak sengaja masuk ke dalam tempat mandinya, dia tidak sepatutnya marah sangat dengan awak, kan?"

"Mana saya tahu?" Xiao Yan mengangkat bahunya sebagai tanda tidak berdosa sebelum melihat Xiao Zhan dan beberapa orang sedang berjalan ke arahnya.

"Yan Er, awak OK? Mana Xiao Yu?" Berjalan dengan pantas ke arah Xiao Yan dan melihat anaknya tidak apa-apa, Xiao Zhan menghembus nafas lega sambil bertanya.

Xiao Yan ketawa. "Saya OK. Perempuan itu hanya naik angin untuk seketika."

"Awak patut menjauhi dia. Perempuan itu panas baran dan dia sekarang adalah 3 Bintang Dou Zhe, kalau awak berdua berlawan, awak akan kalah. Tambahan pula, dia cucu kepada Tokoh Pertama jadi saya bukan berada di posisi yang bagus untuk menghukum dia jika awak berdua bergaduh." Xiao Zhan berkata dengan tidak bermaya.

Xiao Yan ketawa tanpa menjawab.

"Yan Er, ini jurulelong terulung Rumah Lelong Premier, Cik Ya Fei. Penawar Asas yang sebelum ini dibeli daripadanya." Xiao Zhan bergerak ke tepi dan menunjukkan seorang perempuan berpakaian merah di belakangnya.

Xiao Yan melihat perempuan cantik itu dan tersenyum malu, sesuai untuk umur Xiao Yan. "Hi Kak Ya Fei."

Dengan mata yang ayu memandang Xiao Yan, wajah jelita Ya Fei menampilkan satu senyuman disebabkan oleh panggilannya. Ya Fei bertanya dengan bibirnya yang merah itu, "Saya dengar tuan muda Xiao Yan berjaya naik 4 Duan Qi dalam satu tahun? Hehe, kelajuan latihan awak sudah menjadi berita utama di Bandar Wu Tan, betul ke?"

Xiao Yan menyengetkan kepalanya dan berkata dengan "malu", "Ia disebabkan oleh Penawar Asas yang ayah beli."

Mendengar pengakuan Xiao Yan, Ya Fei yang biasanya tenang, tidak dapat menahan diri daripada mencungap. Sikap ingin tahu dan minat bersinar di dalam matanya sambil berfikir, '4 Duan Qi dalam satu tahun, kelajuan ini, sangat menakutkan. Saya telah memeriksa kesan Penawar Asas dan saya tahu ia boleh membantu kelajuan latihan seseorang tetapi untuk meningkatkan ke 4 Duan Qi? Mustahil!'

Melihat mereka berdua sudah berkenalan, Xiao Zhan memandang ke langit dan menepuk bahu Xiao Yan. Dengan satu senyuman, dia berkata, "Baiklah, Upacara Kedewasaan akan bermula sebentar lagi dan saya perlu bersedia. Jangan hampakan saya nanti."

Xiao Yan mengangguk sambil tersenyum.

Mengekori Xiao Zhan, Ya Fei mengintai Xiao Yan sebelum berpusing. Dengan pengalaman beberapa tahun di Rumah Lelong, dia dapat melihat semua dengan terperinci dan apabila memandang ke dalam mata pemuda itu, dia sedar pemuda itu nampak malu di depannya, tetapi di dalam matanya yang hitam itu, tiada emosi yang terlepas. Ia tenang, seperti tasik yang terasing.

'Untuk mengawal emosinya pada usia yang begitu muda… Budak ini bukan calang-calang orangnya..' Berpusing ke belakang, fikiran itu berlegar di dalam minda Ya Fei.

Ada orang pernah tanya, bagaimana untuk membayangkan “rabaan hidung / sentuhan hidung”. Awak cuma kena membayangkan bagaimana Bruce Lee menyentuh hidungnya semasa bergaduh atau di dalam filemnya. Harap-harap informasi ini boleh menolong anda membayangkannya semasa membaca.

dracarys3064creators' thoughts
Next chapter