webnovel

Tertua Wu Hilang Warasnya (2)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Apa yang sedang berlaku ini?"

"Apa sebenarnya yang Tertua Wu sedang buat?"

Pertempuran tersebut telah membuatkan semua guru sarjana di situ bingung.

Apa sedang berlaku?

Bukankah Tertua Wu baik sahaja tadi?

Kenapa pula asap mula keluar dari kepalanya. Meja pun boleh meletup dan selepas itu, dia mula menari pula seakan-akan cuba menggunakan sejenis formasi…

Bukankah ini ujian Kedalaman Jiwa seseorang… kenapa pula dia melompat-lompat seperti sedang bertanding menari…

"Tertua Wu…. Sudah naik gila ke?" Ada dalam kalangan penonton bertanya, membuatkan semua orang di dewan itu terdiam.

Daripada apa yang mereka lihat sekarang… ia nampak seperti Tertua Wu sudah naik gila…

"Dia tak gila, tetapi dia cuma melaksanakan Pergerakan Lapan Trigram Ziter Kuno! Cuma… kenapa pula Tertua Wu tiba-tiba melaksanakan teknik ini?"

Seorang guru sarjana 4 bintang dalam kalangan mereka berkata dengan muka pelik.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com