62 Shang Bin Patah Hati

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Tidak kira ke mana si bidadari pergi, dia akan sentiasa menarik perhatian semua lelaki di situ. Untuk dia, ramai telah mencuba pelbagai kaedah untuk menarik perhatiannya untuk melihat mereka. Teknik 'Wira menyelamat jelitawan' merupakan teknik terburuk dalam buku!

Dalam komplot itu, mereka akan biasanya menonjolkan kekuatan mereka ataupun memberi pihak 'lawannya' untuk dibelasahnya. Ini akan membuatkannya berasa kasihan padanya. Daripada itu, perasaan kasihan akan membuahkan rasa cinta..

Tidak kira apa caranya, mereka yang membuatnya dengan sengaja hanya akan membuatnya semakin jengkel. Selepas menyedari komplot ini, Shen Bi Ru berundur dari pertempuran tersebut.

[Memandang kamu berdua berkomplot berlakon di sini, saya tidak akan mempeduli lagi. Kamu boleh teruskan sahaja apa yang dibuat kamu…]

Peng peng peng peng!

Melihat musuhnya meluru ke arahnya, Yao Han berlawan tanpa menahan balik kekuatannya. Dengan hanya beberapa seketika, Shang Bin yang yakin dan bertekad telah dibelasah dengan teruk sehingga darah mengalir turun dari tepi mukanya.

Yao Han tidak jauh berbeza keadaannya. Darah mengalir di bawah kain yang membaluti kepalanya seakan mumia.

"Lakonan kamu berdua amat realistik… Sila teruskan…" Shen Bi Ru mengulas sambil menyilang tangannya.

"Cikgu Shen, cepat tolong tuan muda Shang, dia hampir kalah…"

Melihat Shang Bin dibelasah sehingga hampir menimpa ajal, Cao Xiong tidak dapat menahan dirinya dan melangkah ke hadapan untuk memujuknya. Selaku seorang yang hanya di tahap Peninju 4-Dan alam Pigu, kekuatannya jauh kekurangan berbanding mereka berdua yang sedang berlawan. Dia hanya akan mencari mati jika dia mencelah dalam perlawanan tersebut. Oleh itu, hanya terdapat satu benda yang boleh dilakukannya iaitu untuk merayu cikgu Shen yang berdiri di depannya sekarang.

"Perlu ke saya menolong dia?" Menyuruh orang suruhannya datang memujuknya, Shen Bi Ru tidak dapat menahan untuk tidak mengejek.

"Yea, kalau kamu tidak tolong dia, tuan muda Shang akan mati…"

Tanpa dapat menyedari ejekan Shen Bi Ru, Cao Xiong berkata dengan cemas.

"Baiklah, saya akan tolong!" Shen Bi Ru melangkah ke hadapan.

Hu!

Melihat dia menyertai semula pertempuran tersebut, Yao Han menolak Shang Bin daripadanya dengan kedua-dua tangannya, menyebabkan Shang Bin terundur beberapa langkah ke belakang. Selepas itu, dia berundur dari pertempuran tersebut dan berkata, "Baiklah, saya akan ingat ini! Kemuliaan dan 'pertolongan' yang ditunjukkan oleh kamu kepada saya. Saya akan membalasnya pada masa hadapan!"

Dia tersendiri teramat cedera, sejurus sebelum Shen Bi Ru sendiri sekali lagi mencelah masuk pertempuran mereka, dia telah mencapai batasnya. Tambahan pula, walaupun dia mampu mengalahkan mereka berdua, mereka sekarang berada di Akademi Hongtian. Lebih lama pertempuran ini berlangsung, lebih banyak masalah akan datang. Jika mereka telah membuat persediaan sebelum ini, dia mungkin tidak akan dapat melepaskan diri nanti pula.

Oleh itu, selepas berfikir tentang keputusannya untuk seketika, dia bertekad untuk berundur.

Mereka berdua mungkin telah gagal membalas dendam terhadapnya, manakala mereka pula telah dibelasah dengan teruk olehnya, namun dendam ini terkandung dalam hatinya. Cuma tunggu masa sahaja sebelum dia membalas dendamnya terhadap mereka…

Selepas itu, Yao Han berpaling dan lesap dengan sekelip mata. Dia seorang Peninju 6-Dan alam Pixue pakar, Jikalau dia ingin melarikan diri, Shen Bi Ru sendiri tidak akan mampu mengejarnya. Lagipun, dia tidak berniat untuk mengejarnya. Pada saat ini, muka jijiknya terhadap manusia di depannya menjadi lebih jelas kepada semua.

Pada saat dia ingin mencelah masuk pertempuran mereka, pihak lawannya melarikan diri. Apa maksud ini? Senang sahaja, persembahan telah berakhir. Tidak hairan dia melarikan diri…

"Cikgu Shen, saya tidak menjangkakan kamu akan begitu baik dengan saya. Saya faham niat kamu.." Melihat Shen Bi Ru meluru masuk untuk menyelamatkannya, Shang Bin dipenuhi kegembiraan. Dia berpaling melihatnya dengan kepalanya yang penuh lebam dan memberi senyuman yang paling menawan dia mampu. "Sebenarnya, saya mencintai kamu juga.."

Masih marah dengannya, dia curiga apa lagi yang mungkin dikatakan oleh orang ini untuk menarik perhatiannya. Selepas mendengar perkataannya, Shen Bi Ru hampir meletup dengan kemarahan.

[Niat saya?

Kepala otak kamu niat saya!]

"Kau sampah!" Shen Bi Ru menyalak dengan marah.

Pah!

Tapak tangannya terus bertemu dengan pipi Shang Bin.

"Apa?"

Selepas mengumpulkan keyakinannya untuk melafazkan cintanya kepada dia, dia ingat si jelitawan ini akan melompat ke dalam pelukannya, sebaliknya, dia hanya berasa perasaan sakit yang melampau pada mukanya. Tanpa kawalannya, badannya terhuyang-hayang ke belakang sehingga dia terlanggar dan jatuh pada pintu besi. Mata Shang Bin mula mengabur seakan ingin pitam.

[Apa jadah kamu tampar saya pula?

Bukan kamu berlawan dengan orang itu kerana saya?]

Dia hampir naik gila.

[Apa sedang berlaku? Berbaik-baik untuk seketika tadi, marah gila sebentar kemudian. Musim bunga untuk seketika dan sejurus kemudian menjadi musim salji… saya ada buat kamu marah ke…]

Jiya!

Sejurus sahaja hati Zhang Xuan sedang hancur dengan kekecewaan, Selepas melihat Zhang Xuan, Kemarahan Shang Bin sekali lagi membara, " Cikgu Cao Xiong telah menghantar laporan kepada sekolah, menuduh kamu menipu dan memaksa pelajarnya, Liu Yang, untuk berguru di bawah kamu! Akademi telah meluluskan penggunaan Ujian Pencerahan Niat, oleh itu saya menasihati kamu untuk membawa Liu Yang ke situ dengan segera!"

"Ujian Pencerahan Niat?"

Zhang Xuan bingung untuk seketika. Selepas itu, dia teringat sesebuah memori Zhang Xuan yang lepas. Selepas menyedari perkara tersebut, mukanya mengerut.

"Memang! Sekarang saya sedang menghantar pesanan selaku wakil Biro Pelajaran. Jika kamu tidak pergi, saya anggap kamu melanggar peraturan Akademi dan lanjutan daripada itu, kamu akan dipecat!" Shang Bin mengejek dengan marah.

"Cikgu Zhang Xuan, jangan pergi…" Shen Bi Ru melihat Zhang Xuan dengan penuh risau.

Dia mungkin tidak tahu komplot yang Shang Bin ada untuk Zhang Xuan hari ini, tetapi dia pasti ia sesebuah komplot jelas terhadap Zhang Xuan. Saat dia setuju dan sesuatu masalah berlaku dalam Peperiksaan Pencerahan Niat, bukan sahaja dia akan hilang lesan perguruannya, malah dipecat!

Namun, sebelum sempat dia membuka mulutnya untuk memberi amaran kepada Zhang Xuan, Zhang Xuan menghentikannya dengan tangannya lalu berkata, "Baiklah, saya akan pergi!"

Ia mungkin benar yang Liu Yang mungkin tidak sanggup menjadi anak murid Zhang Xuan asalnya. Namun, pada saat ini, Liu Yang telah terpukau dengan kehebatannya. Jika dia menyuruh Liu Yang untuk melompat dari bangunan tinggi untuk berlatih pertapaannya pun, dia mesti akan setuju dan melompat tanpa sebarang keraguan.

Dengan tahap kepercayaan begitu, apa mungkin dia perlu takut daripada Ujian Pencerahan Niat?

[Melihat betapa yakinnya orang ini sekarang, marilah kita melihat siapa yang akan malu akhirnya nanti!]

"Jika kamu tidak berani pergi, saya akan melaporkan kamu ke Biro Keselamatan akademi dan mereka akan mengheret kamu…" Menjangkakan Zhang Xuan akan meragui untuk pergi, Shang Bin terus berteriak seakan dia bercakap dengan seorang pesalah hanya untuk tiba-tiba perasan sesuatu. " Ah? Apa kamu cakap? Kamu akan pergi?"

Zhang Xuan tidak menjawab. Dia hanya senyum lalu berpaling ke belakang melihat kelasnya lalu berkata, "Liu yang, ikut saya!"

"Baiklah!" Liu Yang berjalan keluar dari kelas.

"Ini…"

Tidak menjangkakan orang ini akan begitu rela, keraguan mula terpapar pada muka Shang Bin yang dahulunya yakin sahaja.

"Tuan muda Shang, jangan risau. Liu Yang pelajar yang saya sendiri memujuk masuk ke akademi ini. Saya yakin dia ingin menjadi pelajar saya!" Cao Xiong membisik kepadanya.

"Baiklah!"

Mendengar jaminannya, Shang Bin mengangguk kepalanya dan berjalan ke hadapan dengan langkah besar, "Jom pergi!"

"Kamu…"

Melihat orang ini bersetuju tanpa sebarang keraguan, Shen Bi Ru berasa cemas.

Ujian Pencerahan Niat ialah cara untuk guru menyelesaikan masalah antara dua orang guru. Saat ujian tersebut bermula, pihak yang dibuktikan bersalah kerana menipu akan dikenakan hukuman teruk!

Bagaimana mungkin dia menerima dengan begitu senang sahaja? Tidak kira apapun, dia patut cuba menyelesaikannya dengan damai dulu. Jika tidak… dia mungkin akan mengalami masalah nanti!

"Ia tidak banyak pun!"

Mengetahui Shen Bi Ru risau tentangnnya, Zhang Xuan hanya tersenyum. Tanpa sebarang penjelasan, dia hanya sambung berjalan di belakang Shang Bin ke arah Menara Pencerahan Niat.

"Orang ini…"

Melihat bagaimana orang ini tidak mengendahkan amarannya, Shen Bi Ru hanya menjadi lebih marah dan cemas.

Selaku seorang jelitawan, orang lain biasanya akan mendengar perkataannya. Namun, bukan sahaja orang ini tidak pedulikannya, dia meluru ke hadapan untuk berbuat apa yang Shen Bi ru cuba melindungi Zhang Xuan sebelum ini. Bukankah ini mencari nahas?

Setiap orang mesti tahu yang atuk Shang Bin ialah ketua Biro Pendidikan. Jika dia begitu berani, mesti mereka telah membuat sesuatu persediaan untuknya..

"Melompat terus ke malapetaka atas keputusan sendiri, kamu ini berhak menerima apa yang bakal menimpa kamu!"

Shen Bi Ru menghentam kakinya dengan marah. Namun, selepas berasa ragu-ragu untuk seketika, dia sekali lagi bergegas ke hadapan untuk mengejar mereka.

Ke arah Zhang Xuan, dia hanya dipenuhi persoalan. Cinta tidak langsung dalam kepalanya. Namun, dialah sebabnya Shang Bin mempunyai dendam terhadapnya. Tidak kira apa pun, dia tidak boleh biarkan sahaja!

avataravatar
Next chapter