"Betul, satu keperluan untuk menjadi seorang Guru Sarjana ialah untuk mempunyai seorang pelajar yang tahap kepercayaannya lebih 60. Ini prasyaratnya! Jika tidak, kamu tidak akan layak pun!" Tetua Mo Xiang mengangguk kepalanya.

"60.." Tetua Shang Chen tidak dapat menahan perasaan terkejutnya. "Taraf kepercayaan ini setaraf dengan ibu bapa kepada seorang pelajar!"

Walaupun bersama untuk sepanjang hayat mereka, tahap kepercayaan mereka hanya 60 sahaja. Jelas betapa susahnya untuk seorang guru mencapai tahap itu juga!

Tidak hairan tidak ada seorang pun Guru Sarjana di Empayar Tianxuan. Prasyaratnya terlalu tinggi!

"Jika Lu Xun atau Wang Chao mampu menahan taraf mereka untuk tiga puluh tahun lagi, mereka mungkin akan layak menjadi Guru Sarjana Madya!" Tetua Mo mula menyikat janggutnya.

Tidak perlunya seorang Guru Sarjana membuat segalanya dengan tersendiri. Kadang-kala, mereka akan mencari seorang penolong untuk membantu mereka. Tugas seorang Guru Sarjana Madya ialah seperti perantis dia. Dia perlu mendapatkan ini dahulu jika ingin menjadi seorang Guru Sarjana.

"Guru Sarjana Madya?"

Tetua Shang terkejut mendengar ulasan tetua Mo.

Untuk mereka mampu menjadi Guru Sarjana Madya, jelas kehebatan dan potensi yang dimiliki oleh Lu Xun dan Wang Chao.

"Rasanya berapa banyak taraf kepercayaan pelajar mereka mempunyai terhadap mereka…" Dia tidak mampu menahan curiganya.

"Sepanjang masa ini, mereka telah membina reputasi mereka. Pelajar senior mereka yang telah diajar untuk beberapa tahun akan mampu mencapai 40! Namun, ia susah untuk naik lebih dari itu!" Tetua Mo menggeleng kepalanya.

Selaku seorang tetua di Persatuan Guru, dia berpengetahuan tentang keperibadian kebanyakan guru di situ.

"Itu betul!"

Shang Chen mengangguk kepalanya.

Ia susah untuk membina kepercayaan, namun ia senang untuk memusnahkannya. Biasanya, dengan hanya perkara kecil, kepercayaan boleh hilang begitu sahaja. Jika tidak, posisi Guru Sarjana tidak akan mempunnyai reputasi yang begitu hebat sekali!

"Saya terdengar… ada seorang dara muda telah muncul di Persatuan Guru. Walaupun hanya lapan belas atau sembilan belas tahun, dia telah berjaya menjadi seorang Guru Sarjana Madya bertahap rendah?" Selepas mengingati sesebuah berita, Tetua Shang Chen tidak dapat menahan curiganya sekali lagi.

"Dia anak perempuan ketua persatuan kita. Dia amat berbakat!" Selepas mendengar tentang orang tersebut, Tetua Mo hanya mampu menyikat janggutnya sambil mengangguk kepalanya dengan penuh pujian terhadapnya.

Guru Sarjana Madya boleh terbahagi kepada bertahap rendah, sederhana dan tinggi juga. Untuk menyertai pangkat mereka pada usia begitu muda sudah boleh dikira sebagai pencapaian menakjubkan walaupun dia hanya Guru Sarjana Madya bertahap rendah.

"Menakjubkan!"

Selepas mendapat penjelasan kepada persoalannya, Tetua Shang Chen mengangguk kepalanya dengan penuh pujian juga.

Dia mungkin ketua Biro Pendidikan Akademi Hongtian, tetapi hakikatnya, dia hanya seorang guru bertahap tinggi. Dia tidak layak pun untuk menjadi seorang Guru Sarjana Madya bertahap rendah.

Selepas berfikir tentang itu untuk seketika, tetua Shang Chen tidak lagi mengulaskan topik perbualan tersebut. Sebaliknya, dia melihat Zhang Xuan dan Cao Xiong, "Tetua Mo, rasanya berapa banyak tahap kepercayaan kedua-dua guru ini akan dapat?"

........

"Kamu… baik kamu melarikan diri sekarang. Tinggalkan Akademi Hongtian dan jangan balik lagi…"

Melihat si bebal ini dengan angkuh menunggu keputusan Ujian Pencerahan Niat, Shen Bi Ru tidak dapat menahan dirinya daripada melangkah ke hadapan dan memberi nasihat kepada Zhang Xuan dengan senyap.

Pada pendapatnya, Zhang Xuan dan Shang Bin jauh berbeza apabila dibandingkan. Jika bukan kerana dia, tidak mungkin pun mereka berdua akan bergaul.

Situasi ini telah muncul disebabkan dia. Jika Zhang Xuan dibelasah dengan seratus sebatan Rotan Pemusnah Dewa dan lesen perguruannya dilucutkan, dia mesti akan berasa bersalah sehingga ke akhir hayatnya.

"Kamu ingin melarikan diri? Terlalu lewat dah!"

Melihat bidadarinya risau tentang lelaki lain, Shang Bin tidak sabar menunggu balasan tersebut ke arah Zhang Xuan.

Kamu langsung tidak risau tentang saya apabila saya dibelasah sehingga menjadi begini, namun, kamu risau tentang sampah ini yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru. Celaka sungguh!

Mukanya bertukar menjadi gelap, kemarahan dalam hatinya sedia meletup pada bila-bila masa sahaja.

"Betul tu, Ujian Pencerahan Niat telah bermula. Kamu ingin melarikan diri? Mimpi kuatlah kamu!" Cao Xiong melangkah ke hadapan dengan muka yang terlalu gembira. "Keputusan bakal diumumkan. Pada masa itu, kamu akan tahu betapa bodohnya kelakuan kamu itu tadi!"

"Kamu begitu yakin kamu akan menang?"

Melihat betapa yakin Cao Xiong dan Shang Bin sekarang, seakan mereka sudah sangat pasti dengan kemenangan mereka, Zhang Xuan hanya mampu menggeleng kepalanya dan bertanya.

"Hehe!" Sambil menjeling Zhang Xuan seakan dia bebal, Cao Xiong mengejek, "Biar saya memberi kamu sedikit pencerahan. Liu Yang ini dijemput khas oleh saya ke sini. Saya telah tinggal dengannya untuk separuh bulan dan tahap kepercayaan kita sekurang-kurangnya mencapai 20! Kamu pula bagaimana? Adakah kamu mampu mencapai 10 pun? Selepas menipu dia ke bawah perguruan kamu secara paksaan, saya rasa kemungkinan besar markah kamu akan negatif!"

Kosong markah bermaksud tidak ada kepercayaan langsung antara mereka, negatif bermaksud ketidak puasan. Lebih tinggi ketidakpuasan, lebih negatif nombor itu akan menjadi.

Dia masih ingat muka enggan Liu Yang apabila dia memperakui Zhang Xuan sebagai gurunya. Bagaimana seorang yang telah mendidik pelajarnya sehingga naik gila mampu menandinginya!

Kemungkinan besar, hubungan mereka masih tegang lagi, bagaimana mungkin Liu Yang tidak puas hati ataupun menyimpan dendam terhadap Zhang Xuan!

"Akademi Hongtian merupakan akademi terbaik dalam Empayar Tianxuan. Jika seorang pelajar mempunyai tahap kepercayaan kurang daripada sepuluh untuk seseorang guru, dia mungkin akan menjadi bahan ketawa semua orang apabila maklumat ini disebarkan kepada orang lain!" Shang Bin ketawa dengan sinis. "Oh, betul. Saya lupa. Reputasi kamu sudah yang paling teruk. Oleh itu, tidak ada sebabnya untuk kamu risau menjadi bahan ketawa…"

"Kamu semua…"

Melihat mereka berdua menghina Zhang Xuan sedemikian, Shen Bi Ru mula naik marah. Namun, sebelum dia sempat menyangkal mereka, dia perasan Zhang Xuan masih tenang sahaja terhadap sindiran dan penghinaan mereka seakan dia langsung tidak peduli pun.

Sebenarnya, Zhang Xuan tidak peduli pun.

[Mereka boleh bercakap sesuka hati mereka sekarang, apabila keputusan diumumkan nanti, ia akan lebih seronok melihat betapa mereka menangis nanti…]

...…..

"Mereka berdua?"

Mendengar persoalan tetua Shang Chen, tetua Mo Xiang beragu-ragu untuk seketika sebelum membuat pengiraaan. "Liu Yang ini telah disyorkan oleh cikgu Cao Xiong, oleh itu, tahap kepercayaannya patut lebih tinggi daripada biasa. Tetapi, pada pendapat saya, ia sepatutnya berada pada tahap 18 ataupun 19 sahaja. 20 itu susah untuk dilepasi! Untuk Zhang Xuan pula… jika dia betul betul memaksa Liu Yang, kemungkinan besar ia akan negatif!"

"Jika keputusan didapati negatif, ia akan menjadi penghinaan kepada Akademi Hongtian. Pada masa itu, saya akan bergantung kepada jasa baik Tetua Mo!"

Tetua Shang Chen berkata.

"Tidak menjadi masalah!" Mata tetua Mo bersinar tetapi tegas. "Selaku seorang tetua Persatuan Guru, saya tidak akan benarkan sampah sebegini wujud di kalangan guru! Jika betul-betul negatif, tidak ada sebarang keraguan lagi yang Liu Yang dipaksa untuk memperakuinya, Saya akan melaporkan insiden ini kepada persatuan dan mendesak mereka untuk melucutkan lesen perguruannya!"

Mendengar janji tetua Mo, tetua Shang Chen hanya mampu tersenyum. Sejurus kemudian, perhatiannya tertarik dan dia menuding ke hadapan. "Lihat, keputusan akan diumumkan sebentar lagi!"

Saat dia berkata tersebut, cahaya yang menyinar dari pertengahan bilik mula berkelip dan kemudian malap.

Dalam Ujian Pencerahan Niat, seorang perlu melalui pelbagai alam ilusi sebelum mereka dapat mengenal pasti niat sebenar mereka dari dasar hati mereka. Pada saat ini, cahaya yang mula malap bermaksud dia telah melalui ujian yang cukup untuk mengenal pasti keputusannya.

Weng!

Beberapa nombor mula terjelma dalam bola kristal di kiri.

"Keputusan sudah diumumkan. Malapetaka menunggu kamu…"

Melihat nombor mula terjelma pada permukaan bola kristal, mata Cao Xiong membesar dengan teruja. Kali ini, bukan sahaja dia akan mampu mendapat balik Liu Yang ke bawah perguruannya, malah dia akan dapat membalas dendam terhadap Zhang Xuan, dan mendapat persahabatan dengan tuan muda Shang. Dengan sahabat sebegitu, masa hadapannya di akademi ini mesti senang kan?

Mungkin, dalam masa beberapa tahun, dia akan mampu naik pangkat untuk menjadi seorang guru bertaraf tinggi.

Sejurus sahaja dia semakin teruja daripada fantasi yang terbayang dalam kepalanya, nombor pada bola kristal tersebut akhirnya berhenti menukar dan muncul di depan khalayak ramai.

"Tahap kepercayaannya terhadap saya mesti melepasi dua puluh…"

Sambil berteriak, dengan cepat dia berpaling melihat bebola kristal tersebut. Namun, dengan sekilas pandang, keterujaannya sekarang mencekik tekaknya seakan itik apabila mulutnya ditutup. Matanya membesar seakan ingin terkeluar ke atas lantai, "Ini…bagaimana ini mungkin?"

Keputusan di depannya membuatnya seakan ingin naik gila!

Ini sesuatu jauh di luar jangkaannya!

Liu Yang merupakan pelajar yang khas dijemput olehnya ke sini. Lebih-lebih lagi, mereka berdua telah bersama untuk separuh bulan dalam perjalanan mereka ke akademi dan ini sepatutnya telah mengeratkan hubungan mereka. Bagaimana mungkin dia mempunyai taraf kepercayaan begitu terhadapnya?

Nombor pada bola kristal jelas kepada semua. Seakan pedang yang panjang, ia menikam terus pada jantungnya—— 10!

Tahap kepercayaan Liu Yang terhadapnya hanya 10 sahaja!

Di bawah 10 itu bermaksud kurang percaya. Tepat pada 10 ialah sempadannya, namun tidak jauh beza daripadanya.

Baru sekejap tadi, dia dengan bangga telah mengisytiharkan hubungan mereka sekurang kurangnya akan menjana markah dua puluh, Namun, keputusan ini seakan menamparnya terus pada mukanya.

"Ini asas kepada keyakinan kamu?"

Zhang Xuan menjelingnya.

"Saya…" Cao Xiong gagal bernafas untuk seketika dan hampir pitam di situ juga.

[Saya telah bersusah payah melalui segalanya untuk bertemu dengan kamu dan membawa kamu ke sini. Selepas semua itu, bagaimana mungkin kepercayaan kamu terhadap saya rendah sebegini… Adik, apa masalah kamu…]

Melihat Liu Yang, untuk seketika, Cao Xiong terfikir untuk membunuh dirinya.

[Di mana kepercayaan?

Di mana hubungan yang terjalin antara kita?]

avataravatar
Next chapter