webnovel

Sembilan Pedang Bunga Teratai Merah

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Hanya dengan pemahaman pertapaan yang menyeluruh sahaja seseorang guru sarjana itu boleh menentukan dan juga membetulkan kesalahan dan kesilapan dalam teknik pertapaan para pelajarnya. Jika tidak, kalau dia hanya mahir dari segi teorinya sahaja, dia pasti tidak akan mampu membimbing para pelajarnya dengan betul!

"Oleh itu, tahap pertapaan seorang guru sarjana dan juga kebolehannya untuk melihat teras diri seseorang itu adalah perkara yang paling penting! Disebabkan hal tersebut, saya telah berbincang dengan para ketua yang lain dan kami telah membuat keputusan untuk tidak mengikut peraturan-peraturan biasa bagi ujian pemahaman pertapaan ini. Sebaliknya, satu teknik pertempuran baharu telahpun dibina untuk ujian ini sahaja. Selepas ini, kalian akan diberikan masa selama satu colok (15 minit) untuk mempelajarinya dan keputusan kalian akan dinilai berdasarkan kedalaman pemahaman kalian mengenai teknik pertempuran tersebut!

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com