13 Pelajar Yang Tak Tahu Malu.

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas mendengar perkataan tersebut, Shen Bi Ru yang susah bergaul mula tersenyum.

Walaupun cara mengejek yang secara tidak langsung sebegini bukan sesuatu yang baharu di bumi, ia sesuatu yang biasa di sini.

Melihat ekspresi muka bidadarinya, Shang Bin boleh merasai bahawa dia sedang diejek. Mukanya bertukar menjadi merah dan kemudiannya pucat. Namun, di depan bidadarinya, dia tekad untuk mengekalkan imejnya. Oleh hal demikian, dia tidak menyerang Zhang Xuan secara langsung.

"Apa? Saya cakap benda yang salah ke?" Sambil menahan marah, Shang Bin menyindir. "Tiada seorang pun yang tidak tahu tentang kebolehan kamu dalam seluruh akademi ini! Si gemuk ini pernah datang ke bilik darjah saya. Gemuk seakan badak, dia cuma tahu mempertahankan dirinya sahaja. Kekuatan di sebalik tumbukannya cuma 15kilogram! Dia mesti pertama ataupun kedua dari belakang dalam ujian kemasukan. Kalau itu bukan sampah, perkataan sampah tidak mempunyai maksud!"

Walaupun dia tidak dapat menggunakan kekerasan untuk memberi pengajaran kepada Zhang Xuan, dia tetap boleh membalas balik melalui perkataan.

"Pertama dari belakang di ujian kemasukan?" Zhang Xuan hanya memberi perhatian pada perkataan Keturunan Diraja dan tidak perasan situasi perkara-perkara yang lain. Dia berpaling dan melihat si gemuk tersebut.

"Siapa cakap saya pertama dari bawah?" Si gemuk dengan yakinnya membalas. Sambil menggaru kepalanya dengan rasa sedikit malu, dia berkata, "Saya cuma mendapat… tempat ke-9997!"

"Cuma tempat ke-9997?! Cuma!?" Zhang Xuan hampir muntah darah mendengar keyakinan si gemuk ini.

Akademi Hongtian hanya menerima 10000 pelajar setiap tahun. Walaupun ia mendapat banyak orang, ramai daripada mereka biasanya akan gagal untuk melapor diri. Tempat ke 9997, lebih kurang seakan berada di tempat terakhir.

Selain itu…dengan pangkat yang begitu rendah, bagaimana dia begitu yakin dengan diri sendiri…

Zhang Xuan berasa seakan dia sedang bermimpi.

"Jangan-jangan kamu ini akan menerima sesiapa sahaja untuk menjadi anak murid kamu?" Shang Bin menyindir sekali lagi. Sambil menyilangkan lengannya, mukanya bertukar menjadi angkuh lalu dia bercakap, "Saya mempunyai taraf yang perlu dicapai sebelum boleh pelajar itu diterima menjadi anak murid saya. Saya tidak akan menerima sesiapa pun yang dibawah pangkat ke 500! Cikgu yang pertama dari bawah dan murid yang pertama dari bawah memang bagai pinang dibelah dua! Haha!"

"Kamu dah habis cakap ke?"

Untuk membalas sindiran tersebut, Zhang Xuan sekadar menggeleng kepalanya, "Kalau dah habis, sila keluar!"

Sebelum ini, dia telahpun menganalisa Yuan Tao dengan teliti menggunakan Perpustakaan Jalan Syurga. Si gemuk ini merupakan nomad dalam pertapaannya. Oleh hal demikian, sememangnya dia tidak akan tahu apa-apa teknik pertapaan mahupun seni tinju. Tetapi, selagi dia dapat mencari jalan untuk mengaktifkan kuasa Keturunan Dirajanya, pertapaannya akan meningkat dengan banyak.

"Kamu…" 

Untuk orang biasa, kalau disindir sebegini, semestinya mereka telahpun mula marah yang membara. Namun, orang ini tidak mempedulikannya langsung. Oleh disebabkan sindiran Shang Bin tidak dipedulikan begitu sahaja, mukanya bertukar menjadi lebih marah.

"Nampaknya, kayu yang reput tak boleh diukir!" cakap Shang Bin dengan nada yang sinis, sejurus selepas itu dia berpaling memandang Shen Bi Ru yang disebelahnya dan berkata "Cikgu Bi Ru, Jom pergi. Kalau kita bersebelahan dengan sampah yang sebegini terlalu lama, nanti kita pula yang parah!"

Mendengar sindiran yang kasar tersebut, Shen Bi Ru mengerut dahinya dan memilih untuk tidak mengikutinya. Sebaliknya, dia berpaling ke belakang, "Cikgu Zhang Xuan!"

Suaranya seakan seruling, tulen dan mempersona, mengghairahkan perasaan yang rumit dalam telinga pendengar.

"Hm?" Zhang Xuan tidak menjangkakan guru yang tercantik dalam seluruh akademi ini akan memulakan perbualan dengannya.

"Walaupun dulu kamu tak dapat mendapat markah yang baik dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, janganlah berputus asa! Berkerja dengan keras dan akhirnya kamu akan mendapat ganjaran yang setimpal!"

Shen Bi Ru mengangguk kepalanya.

Dari pandangannya, penerimaan pelajar yang terburuk di akademi tak bermaksud dia tiada harapan mahupun dia telah berputus asa dengan diri sendiri.

Sungguhpun Zhang Xuan merupakan bekas peminatnya, dan dia langsung tidak berkenan terhadap Zhang Xuan, Shen Bi Ru tetap tidak mengharapkannya untuk bersedih dalam kegagalannya.

"Terima kasih atas nasihat kamu!" Dia tahu bahawa Shen Bi Ru betul-betul mengambil kisah tentangnya. Zhang Xuan mengangguk kepalanya lalu menjelaskan, "Pelajar ini, walaupun tidak kelihatan seperti apa-apa pun, dia boleh bertukar menjadi jed. Selagi saya mengajarnya dengan baik dan betul, tak mustahil untuknya menjadi hebat!"

"Un!"

Shen Bi Ru mula berjalan keluar dari kelas tanpa membalas Zhang Xuan.

Dia berfikiran bahawa penjelasan Zhang Xuan itu sekadar alasan. Mengambil kira saiz dan kekurangan ilmu asas pada usianya, terdapat had kepada apa yang boleh dicapai oleh Yuan Tao.

"Cis!"

Apabila melihat bidadari hatinya bercakap dengan guru yang terburuk di akademi ini malah memberi sokongan kepadanya, muka Shang Bin bertukar menjadi amat marah sekali. Api yang membara di hatinya bagaikan seribu matahari sambil dia menjeling Zhang Xuan sebelum dia mengikut Shen Bi Ru dari belakang.

"Bi Ru, adalah lebih baik untuk kamu tidak mengendahkan orang yang sebegini. Ia cuma akan mencacatkan imej kamu yang sempurna.."

"Cikgu Shang, saya sedikit letih hari ini dan ingin berehat. Saya berharap kamu tidak mengikuti saya.."

Sebelum Shang Bin dapat menghabiskan ayatnya, Sheng Bi Ru telahpun berpaling dan hilang.

"Cis! Cis! Zhang Xuan, kau tunggu! Kamu akan kena dengan saya nanti!"

Dia terpaku di situ melihat bidadarinya berjalan jauh meninggalkannya. Pada saat ini, dia telahpun mengalirkan semua kemarahannya terhadap Zhang Xuan.

Pada pendapat dia, kalau bukan disebabkan oleh orang yang sial tersebut, bidadarinya sudah tentu akan makan malam dengannya. Bagaimana mungkinkah untuknya berpaling dan pergi begitu sahaja?

"Sebab kamu sudah memperakui saya sebagai guru kamu, kamu mesti tahu di mana kelas saya berada!"

Selepas kedua-dua mereka bergegas, Zhang Xuan menumpukan perhatiannya kepada si gemuk pula.

"Bagus!" Si Gemuk dengan cepat berdiri dan senyum kepadanya. "Cikgu, memandangkan saya sekarang anak murid kamu, bolehkah kamu memberitahu saya siapakah awak didalam akademi ini?"

Selepas mendengar ayat ini, Zhang Xuan mengerut kepalanya.

Budak ini, tidak dijangkakan bahawa dia akan menerima sesiapa sahaja yang akan merimanya. Dia tidak mengenalpasti identitinya pun sebelum mengesahkan hubungan mereka.

"Saya Zhang Xuan!" Zhang Xuan berkata.

"Cikgu Zhang Xuan? Cikgu Zhang yang mendapat… pertama dari belakang di Peperiksaan Kelayakan Guru, lebih-lebih lagi dengan markah kosong…" Pada saat ini, si gemuk akhinya menyedari siapa yang dia telahpun memperakui sebagai gurunya. Karung lemaknya mula menggeletar, mulutnya mula mengerut. Sekarang dia cuma tinggal air mata sahaja.

"Ye, saya!"

"Ah… Cikgu Zhang itu!" Si gemuk menggaru kepalanya. "Melihat bahawa saya bodoh dan lemah, lebih-lebih lagi gemuk, kenapa kamu tidak...membuang saya dari perguruan kamu sahaja!"

Zhang Xuan terdiam.

"…"

"Cikgu, saya serius ni. Dua cikgu yang tadi juga berkata demikian. Kalau kamu tidak buang saya dari perguruan kamu, reputasi kamu akan tercemar. Saya takut akan menarik kamu dengan saya…"

Si gemuk sambung.

"Saya tak takut jatuh. Lagipun, kita telahpun mengesahkan hubungan kita melalui token jed. Saya cuma ada satu nasihat untuk kamu. Kamu akan hidup sebagai anak murid saya dan mati sebagai anak murid saya. Oleh hal demikian, tolong berhenti bercakap perkara yang bukan-bukan di sini!" Zhang Xuan melambaikan tangannya.

"Saya…"

Muka Si gemuk berubah seakan ingin menangis.

Kerana kelemahannya, dia ingin diajar oleh seorang guru yang baik supaya masa depannya akan cerah. Namun, tidak sesekali dia menjangkakan bahawa dia sebagai pelajar tempat terakhir akan bersama guru yang berada tempat terakhir.

Kenapalah hidupnya begitu susah…

"Baiklah, inilah kelas saya. Pergilah untuk mendapatkan tikar kamu dan ingat supaya datang ke kelas tepat pada masa esok!"

Zhang Xuan berkata dengan cepat.

"Kelas ini…"

Melihat keadaan kelas tersebut, si gemuk sekali lagi seakan ingin menangis.

Tempat yang dia pergi untuk mengambil peperiksaan kemasukan pun lebih besar daripada ini. Kelas yang saiznya sebegini rasanya tidak akan dapat menampung ramai pelajar!

"Cikgu, kalau saya… tak datang kelas esok, kamu akan buang saya tak?"

Si gemuk ini masih berangan-angan di dalam kepalanya.

"Buang? Tidak sama sekali. Tetapi nampak tak tasik yang tadi kamu nak lompat masuk? Saya akan pastikan kamu berada di dalamnya menjadi makanan kepada penyu dan nutrisi kepada rumpai air di tasik tersebut!" Zhang Xuan mengganguk kepalanya dengan serius. "Bukankah saya dah kata? Kamu akan hidup sebagai anak murid saya ataupun kamu akan mati sebagai anak murid saya. Relaks, saya akan menjalankan tugas saya sebagai cikgu kamu dan menanam mayat kamu dengan betul…"

"Cikgu!" Sebelum Zhang Xuan boleh menghabiskan ayatnya, ayatnya dipotong oleh si gemuk. Dengan muka yang serius dan mata yang penuh tekun, dia berkata, "Pukul berapa kelas akan bermula esok? Saya akan berada di situ awal untuk membersihkan kelas! Ia menjadi suatu kehormatan untuk berjumpa dengan guru yang sehebat kamu. Pada masa hadapan, tak mengira siapa yang ingin menerima saya sebagai anak murid, saya akan menolak mereka dan memarahi mereka…"

Zhang Xuan sekali lagi terpaku.

"…"

Pada asalnya, Zhang Xuan ingat bahawa dia merupakan seorang yang muka tembok. Dia tidak sangka bahawa anak muridnya akan lebih muka tembok daripadanya.

avataravatar
Next chapter