76 Pelajar yang Hilang Kawalan Pertapaannya

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Insiden dia mengajar pelajarnya sehingga pertapaannya hilang kawalan merupakan sesuatu yang telah terpahat dalam sejarah dan tidak lagi boleh diubah.

Tidak kira betapa banyak seseorang ingin menyangkalnya, ataupun betapa hebat seseorang mengelak soalan tersebut, kesemuanya akan sia-sia sahaja.

Tetua Shang Chen tahu tidak ada orang akan mempercayainya jika dia cuba dengan sedaya upaya untuk menjelaskan insiden Peperiksaan Kelayakan Guru. Jika dia keluarkan kertas ujian tersebut pun, mereka hanya akan menuduhnya memalsukan kertas tersebut juga, Oleh itu, dia cuba mengalih perhatian mereka ke perkara lain pula…

"Ini…"

Zhang Xuan tidak tahu bagaimana untuk membalas tuduhannya.

"Hmph, kamu cuba menyangkal insiden ini juga? Cikgu Baiyu, pergi menjemput Zhao Yangfeng dari kelas Cikgu Lu Xun ke sini!" Tetua Shang Chen berkata.

Zhou Baiyu merupakan guru bertugas, manakala Zhao Yangfeng merupakan pelajar Zhang Xuan terdahulu yang pertapaannya hilang kawalan.

"Bagaimana pelajar ini… berada di kelas Cikgu Lu Xun pula?"

Selepas mendengar arahan Shang Chen, hadirin dan hadiran sekalian semua bingung, Zhang Xuan sendiri menunjukkan muka curiga.

Melalui ingatan daripada dirinya lepas, semenjak pertapaan pelajar ini hilang kawalan, dia tidak pernah lagi menjenguk kelasnya. Tambahan pula, disebabkan diri lepasnya terlalu malu untuk mendapat tahu lanjutan daripada perkara tersebut, dia sendiri tidak tahu Zhao Yangfeng telah berada di bawah perguruan cikgu Lu XUn.

Lagipun, siapa itu cikgu Lu Xun?

Guru Bintang terkenal di seluruh Akademi Hongtian! Tetua Mo sendiri berkata dia paling berkemungkinan untuk menjadi seorang Sarjana Guru Madya pada masa hadapan. Terdapat ramai pelajar yang ingin berguru di bawahnya, oleh itu, kenapa pula dia memilih seorang yang pertapaannya hilang kawalan?

"Selepas hilang kawalan, asas Zhao Yangfeng telah terjejas dan asalnya, dia ingin menarik diri daripada akademi. Namun, cikgu Lu Xun sedar akan keperitannya dan akhirnya menerima dia sebagai anak muridnya. Hanya dengan didikan dan penjagaan daripada cikgu Lu Xun untuk beberapa bulan, bukan sahaja kecederaan yang diterimanya daripada hilang kawalan pulih dengan sepenuhnya, malah, pertapaannya telah mencapai Peninju 1-Dan alam Juxi tahap puncak. Cuma tunggu masa untuk melepasi alam tersebut ke alam seterusnya!"

Tetua Shang Chen berkata.

"Diterima oleh cikgu Lu Xun? Nasibnya terlalu baik!"

"Untuk mampu memulihkan kecederaan tersebut dalam jangka masa pendek, serta meningkatkan tahap pertapaannya, cikgu Lu Xun sememangnya terlalu hebat!"

...

Selepas mendengar ulasan tetua Shang Chen, hadirin hadiran sekalian dipenuhi keterujaan.

Seorang petapa akan mengalami kecederaan teruk apabila pertapaannya hilang kawalan, sehingga asasnya pertapaannya sendiri mungkin terjejas. Pertapaan seorang itu boleh diibaratkan seakan membina sesebuah rumah, jika asasnya tidak stabil, ia akan susah untuk bangunan tersebut terus dibina.

Untuk mampu merawat kecederaan daripada hilang kawalan dalam pertapaannya, malah meningkatkan tahap pertapaannya ke alam Juxi Puncak, cikgu Lu Xun ini memang sehebat apa yang dikatakan orang!

Tidak lama kemudian, guru bertugas, Cikgu Baiyu, datang dengan seorang pelajar di belakangnya.

Budak itu berumur sekitar enam belas ke tujuh belas tahun, badannya mungkin kurus, tetapi matanya penuh bersemangat.

Inilah pelajar malang yang diajar oleh diri lepasnya… Zhao Yangfeng!

"Tetua Shang!"

Dia berjalan terus ke arah tetua Shang Chen sejurus sahaja memasuki dewan tersebut penuh dengan kebingungan kerana terlalu ramai orang di sini.

"Un, Zhao Yangfeng. Kamu ingat tak siapa orang ini?" Tetua Shang Chen menuding ke arah Zhang Xuan.

Zhao Yangfeng berpaling ke belakang dan perasan Zhang Xuan. Muka tenangnya segera bertukar menjadi gelap. Tanpa diketahuinya, dia telah mencengkam penumbuknya dengan ketat seakan ingin memendam kemarahan yang semakin membara dalam hatinya.

"Dia guru saya yang lepas, Zhang Xuan!"

Perkataan ini seakan telah dipaksa keluar daripada mulutnya.

Jelas melalui kelakuannya, dia masih menyimpan dendam terhadap Zhang Xuan.

Namun, ini memang dijangkakan. Apabila seorang pelajar belajar dengan seorang guru, dia meletakkan kepercayaan penuh kepadanya. Ia seakan meletakkan amanah masa hadapannya selaku seorang petapa di tapak tangan guru tersebut. Jika guru tersebut tidak mengambil kepercayaan itu dengan penuh tanggungjawab, ia seakan merosakkan seluruh masa hadapannya!

Diri lepasnya telah membuat orang ini hilang kawalan dalam pertapaannya, hampir merosakkan masa hadapannya selaku seorang petapa. Ini membuat Zhao Yanfeng menyimpan dendam mendalam terhadapnya. Jika dia bukan seorang guru, kemungkinan besar, Zhao Yanfeng telah mencari jalan untuk belasahnya!

"Saya dengar dia pernah mengakibatkan kamu hilang kawalan dalam pertapaan kamu. Betul tak?"

Melihat Zhao Yangfeng berkelakuan begitu, Tetua Shang dipenuhi kepuasan sambil dia terus bertanya.

"Ya betul! Jika bukan kerana cikgu Lu Xun menyelamatkan saya, sekarang mesti saya susah lumpuh!" Zhang Yangfeng cakap.

"Baik!" Selepas mendengar pengesahan daripada Zhao Yanfeng, tetua Shang Chen tidak lagi bertanya soalan. Sebaliknya, dia berpaling kepada tetua Mo dan Huang Yu dengan muka puas, "Guru Sarjana Madya Huang, Tetua Mo, kamu sendiri telah dengar perbualan kami tadi! Tidak perlu kita kisah tentang isu Peperiksaan Kelayakan Guru tadi lagi. Saya percaya suatu hari nanti, kebenaran insiden perkara itu akan terbukti jua! Sebaliknya, mari kita lihat pula isu dia mengakibatkan pertapaan pelajarnya hilang kawalan. Mangsanya di sini, jika kamu mempunyai sebarang keraguan, kamu boleh terus menyoalnya! Walaupun dirinya seorang guru, dia tetap mendatangkan bahaya kepada pelajarnya. Daripada ini sahaja pun sudah cukup untuk melucutkan lesen perguruannya!"

"Errr…"

Huang Yu dan tetua Mo menukar pandangan sambil berasa pening kepala.

Apa dikatakan oleh tetua Shang betul. Tanggungjawab seorang guru ialah untuk membuang keraguan dan mencerahkan jalan yang betul untuk pelajarnya. Untuk mengakibatkan pertapaan pelajar sendiri hilang kawalan merupakan dosa terbesar yang boleh dilakukan seorang guru. Jika mereka ingin menolong cikgu Zhang pun, tidak ada apa yang mampu dilakukan mereka.

"Cikgu Zhang, apa lagi kamu mahu cakap? Jika kamu tak bersalah, kamu boleh cuba menyangkal fakta nyata. Namun, kamu mesti menyangkalnya di depan Zhao Yanfeng sendiri!"

Melihat kedua mereka terdiam di situ, tetua Shang Chen akhirnya berasa seakan dia telah dapat membalas dendam terhadap penghinaan Zhang Xuan sebentar tadi. Dia berpaling dan melihat Zhang Xuan dengan muka angkuh.

Jadi apa jika kamu kuat? Jadi apa jika kamu menang Ujian Pencerahan Niat?

Selagi kelemahan ini kekal dengan kamu, kamu tetap akan hilang lesen perguruan kamu. Tanpa perlindungan lesen tersebut, kamu tunggu dan lihat apa saya akan buat terhadap kamu nanti.

Jika saya bunuh kamu pun, tidak ada orang akan menolong kamu nanti!

Tetua Shang Chen telah membawa mangsa ke sini, mangsa sendiri telah mengesahkan peristiwa tersebut betul-betul terjadi. Perhatian hadirin dan hadiran terpaku pada Zhang Xuan sambil menunggu penjelasannya.

Sejurus sahaja apabila hadirin dan hadiran ingat dia akan cuba menjelaskan sebab kepada insiden tersebut, Zhang Xuan ini cuma sekadar mengeluh dan berkata, "Tidak bersalah? Kenapa saya perlu berasa tidak bersalah? Ia memang benar saya mengakibatkan pertapaannya hilang kawalan!"

"Saya sudah tahu kamu mesti akan cuba menyangkal kejadian ini. Namun, Zhao Yanfeng sendiri boleh memberitahu kita apa yang….. ah?" Tetua Shang Chen ingat secara logiknya, orang ini akan menyangkal peristiwa ini, oleh itu, dia telah bersedia untuk menyangkalnya balik. Namun, sebelum sempat dia habis perkataannya, dia perasan apa dikatakan oleh Zhang Xuan lalu berpaling untuk melihatnya dengan muka terkejut. "Kamu… kamu mengaku?"

Ini… Untuk kamu mengaku dengan begitu senang!

Adakah mungkin dia mempunyai muslihat lagi?

Pada saat ini, dia sudah ragu-ragu terhadap Zhang Xuan. Selepas ditamparnya berkali-kali, dia telah trauma dengannya.

"Sudah tentu saya akan mengaku. Lagipun, kenapa pula saya tidak akan mengaku kepada sesuatu yang telah saya lakukan?"

Zhang Xuan mengangguk kepalanya.

Mengakibatkan pertapaan pelajarnya untuk hilang kawalan merupakan perbuatan diri lepasnya, ia mustahil untuknya menyangkal peristiwa ini. Oleh itu, daripada membuang masa bertengkar tentangnya, lebih baik dia mengaku sahaja.

"Ini…"

Hadirin dan hadiran terkejut.

Pengakuannya bermakna semua yang dikatakan tadi benar. Dengan itu, Persatuan Guru telah berjaya mengumpulkan cukup maklumat untuk melucutkan lesen perguruannya.

Lagipun, membuat pertapaan pelajar sendiri untuk hilang kawalan bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan. Untuk mengaku insiden ini dengan begitu rela…. Dari mana keyakinan kamu datang?

"Ia bagus kamu tidak membuang masa kita semua dan mengaku dengan begitu rela! Guru Sarjana Madya Huang, Tetua Mo, kamu berdua dengar dengan sendiri. Selaku seorang guru, bukan sahaja dia tidak berasa bersalah untuk mengakibatkan pelajarnya hilang kawalan dalam pertapaannya, malah dia bercakap tentangnya dengan begitu bangga sekali. Orang seperti ini tidak layak menjadi seorang guru…"

Shang Chen berteriak, namun, sebelum sempat dia habis bercakap, Zhang Xuan telah melangkah ke hadapan sambil melambaikan tangannya. "Cukuplah tu, perkara kecil ini pun kamu membesar-besarkan sehingga begini! Kamu sudah tua ni, namun kamu masih senang teruja terhadap perkara kecik sebegini. Kamu tidak takut jantung kamu akan terhenti begitu sahaja kerana tidak dapat menahan keghairahan kamu ke?"

"Kamu…"

Tetua Shang Chen terkejut.

Kepala otak kamu yang senang teruja! Kurang ajar betul!

"Zhao Yangfeng, kamu telah berguru di bawah cikgu Lu Xun? Kamu mesti sudah maju dengan banyak. Mari, tunjuk saya teknik penumbuk kamu!"

Tanpa menghiraukan tetua Shang Chen yang marah, Zhang Xuan terus berpaling melihat Zhao Yanfeng.

avataravatar
Next chapter