webnovel

Pelajar-Pelajar Zhang laoshi (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Hm!"

Walaupun Zheng Yang sedang berhadapan dengan pelbagai serangan dari sekelilingnya, namun dia tidak berasa panik. Malah, sebuah senyuman terukir pada bibirnya.

"Akhirnya!"

Dia langsung tidak mengendahkan serangan-serangan tersebut dan melonjak ke udara.

"Apa yang dia sedang lakukan? Dia hanya akan buka lebih banyak peluang bagi pihak lawan untuk menyerangnya di udara dan mempercepat kekalahan!"

"Kalau dia cuba melarikan diri pada saat ini, dia hanya akan memerangkap dirinya! Dia memang cuba untuk kalah ke?"

"Walaupun dia dapat mengelak serangan-serangan itu pada kali ini disebabkan pergerakannya, dia hanya akan mendedahkan dirinya kepada bahaya yang lebih dahsyat sebentar lagi. Ini memang pergerakan yang salah."

...

Kekecohan lantas tercetus dalam kalangan khalayak ramai.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com