32 Pavillion Hongtian

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Hati Setenang air?"

Dengan segera, Zhang Xuan pulang dari alam mistik dan matanya mula bercahaya.

Selepas membaca pelbagai buku, sememangnya dia akan faham kepentingan Ketekadan Minda.

"Saya seorang yang telah dilahirkan semula. Seorang yang mempunyai pengalaman hidup dan mati, sememangnya saya akan lebih kuat daripada orang lain. Lebih-lebih lagi, saya mengikuti pertapaan Seni Suci Jalan Syurga, oleh itu, zhenqi saya sejernih air sungai! Dengan semua ini, sememangnya biasa untuk saya mencapai Ketekadan Minda 2-Dan dengan cepat!"

Dia berasa gembira tentangnya pada masa yang sama tidak terlalu terkejut.

Jika dia masih biasa sahaja seperti orang lain walaupun memiliki alat yang terlalu hebat seperti Perpustakaan Jalan Syurga ini, lebih baik dia pergi beli dan membunuh dirinya dengan tofu.

Dia mendiamkan dirinya sepanjang perjalanan mereka. Tidak lama kemudian, mereka sampai ke pintu masuk akademi.

"Pavillion Hongtian!"

Melihat kedua perkataan besar di depannya, Zhang Xuan mengangguk kepalanya.

Terdapat beberapa memori lepasnya berkait dengan kedai makanan ini dari dirinya yang dahulu. Pavillion Hongtian merupakan kedai makan paling mewah di Akademi Hongtian. Setiap sajian yang dijual di sini akan membakar lubang besar dalam dompet seseorang. Dengan gajinya yang seakan tidak wujud, dirinya yang lepas tidak pernah datang ke sini.

Asalnya, dia ingat Shen Bi Ru akan membawanya ke restoran biasa. Dia tidak terfikir Shen Bi Ru akan bermurah hati untuk membawanya ke sini.

Seperti jangkaannya, selaku kedai makanan yang terkenal, hiasannya semua agung dan menawan. Terdapat beberapa Mutiara Pencerah Malam sebesar penumbuknya terbenam dalam dinding kedai makanan tersebut menjadikannya seakan masih siang hari.

Mereka duduk di meja bersebelahan dengan dinding.

"Apa yang kamu hendak?" Tana Shen Bi Ru sambil menjeling Zhang Xuan.

"Apa-apa pun boleh!" Zhang Xuan berkata. "Memandang kamu belanja, saya akan makan apa sahaja kamu pesan!"

Dia tidak pernah datang ke sini, oleh itu, dia tidak tahu apa yang sedap di sini. Memandangkan orang lain sedang belanja dia makan, dia tidak berfikir banyak.

Melihat betapa Zhang Xuan ini bertekad untuk mengambil kesempatan ke atas kekayaannya, Shen Bi Ru berasa sekali lagi kemarahannya mula melimpah keluar. Namun, kerana ini bukan situasi baik untuk naik marah, dia hanya boleh mengangguk kepalanya dan memesan beberapa hidangan.

"Cikgu Zhang, adakah kamu sengaja mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru?"

Selepas memesan hidangan, Shen Bi Ru merenung muka Zhang Xuan.

"Dengan sengaja?" Tidak pasti kenapa Shen Bi Ru akan tertanya soalan sebegitu, Zhang Xuan berhenti untuk seketika sebelum menjawab, "Tentulah tidak!"

Dahulu, semasa dia mengambil Peperiksaan Kelayakan Guru, dia belum lagi dilahirkan semula ke sini, lebih-lebih lagi, dirinya yang lepas tidak mempunyai Perpustakaan Jalan Syurga. Oleh itu, ia mustahil untuknya sengaja mendapat keputusan tersebut!

Shen Bi Ru agak Zhang Xuan akan menafikannya lalu gelak dengan sinis dalam mindanya.

Menafikannya? Marilah kita melihat bagaimana saya akan mendedahkan rahsia kamu nanti!

"Memandangkan kita ada masa terluang sekarang, saya mempunyai beberapa soalan yang tidak dapat dijawab. Adakah Cikgu Zhang sanggup untuk menolong saya menjawabnya?" Sesebuah idea muncul dalam minda Shen Bi Ru lalu dia tanya.

"Persilakan!"

Memandangkan Shen Bi Ru membelanjanya makan, dia patut menjawab soalannya sebagai balasan.

"Baiklah, kalau seorang tidak mampu mengumpulkan tenaga rohani dalam meridiannya semasa bertapa…." Shen Bi Ru memikirinya untuk seketika sebelum menanya sesebuah soalan.

"Kamu tidak tahu ini juga?" Mendengar soalan yang lebih senang daripada sebelum ini, Zhang Xuan merenung pada Shen Bi Ru dengan muka tidak percaya sebelum menjawabnya. "Saya mempunyai sembilan cara di sini untuk menyelesaikan masalah tersebut…"

Tidak lama kemudian, dia habis dengan penjelasannya.

"Sembilan cara…." Mendengar bagaimana orang ini boleh dengan senang melafazkan 9 cara, muka Shen Bi Ru mula bertukar.

Walaupun dia seorang yang berpengetahuan, dia hanya tahu tentang 3 cara sahaja. Namun, orang ini mampu senaraikan 9 cara dengan senang. Lebih-lebih lagi, ada beberapa cara yang dikatakannya asing kepadanya. Dia mendapati situasi ini sukar untuk dfahami.

"Itu…jadi, bagaimana pula kalau seorang gagal mengalirkan tenaga rohani ke meridian mereka selepas meresapnya ke badan mereka?" Sambil menahan rasa terkejutnya, dia sekali lagi menanyakan soalan.

"Ini terlalu senang, saya ada 8 cara untuk menyelesaikannya!" Zhang Xuan sekali lagi mula menjelaskannya. "Pertama…"

Badan Shen Bi Ru yang langsing mula menggeletar. Walaupun dia telah menyediakan dirinya untuk senario ini, dia tetap mendapati situasi ini agak mustahil.

Cara yang dihuraikan oleh Zhang Xuan terlalu hebat. Jika diuar-uarkan, semestinya dunia pertapa akan kecoh nanti!

"Memandangkan kamu tahu begitu ramai teknik, kenapa kamu tidak menyenaraikan walaupun satu dalam Peperiksaan Kelayakan Guru tetapi mendapat kosong pula?"

Shen Bi Ru bertanya sekali lagi sambil menahan rasa terkejutnya.

Kedua-dua soalan yang ditanya merupakan soalan sama dalam Peperiksaan Kelayakan Guru yang lepas Memandang dia mengetahui pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut, kenapa dia tidak mengisinya. Lebih-lebih lagi sehingga mendapat kosong markah?

"Keng?" Hanya sekarang Zhang Xuan menyedari niatnya.

Soalan soalan ini dipetik daripada Peperiksaan Kelayakan Guru. Walaupun ia sebahagian daripada ingatannya, dia tetap mendapatinya sukar untuk dikenal pasti walaupun dia pernah melihatnya.

"Itu….:

Untuk seketika dia tidak tahu apa patut dijawabnya. Hidangan yang dipesan tadi mula dihidangkan kepada mereka satu demi satu.

"Jom makan dahulu!"

Melihat hidangan tersebut dan bau hidangan yang membuat air liur terkeluar, perut Zhang Xuan sekali lagi meraung dengan kuat. Dia tidak dapat menghiraukan soalan ataupun perkara tersebut dan mula menjamu selera.

"Hmph…"

Melihat bagaimana orang ini lebih gembira melihat makanan daripadanya, Shen Bi Ru mula merajuk.

Betapa ramai orang telahpun mengajak dia keluar untuk makan dengan mengunakan pelbagai cara dan alasan untuk menarik perhatiannya. Namun, orang ini hanya di sini untuk makan…..

.............

"Tuan Muda Shang, jangan marah lagi, Saya telahpun memohon untuk Ujian Pencerahan Niat dan akademi akan membawa Liu Yang untuk disoal siasat esok. Zhang Xuan semestinya akan diberikan hukuman berat nanti! Untuk orang gila tersebut pula, tetua Shang telah meminjam kepadanya haiwan peliharaan kesayangannya. Apabila kamu jumpanya esok, kamu mesti boleh memberinya sesebuah pengajaran, oleh itu, kamu patut bergembira!

Marilah kita pergi, saya akan belanja kamu makan mewah untuk masalah hari ini. Selepas itu, kami akan mencari beberapa orang perempuan dan….Hehe!"

Kedua-dua lelaki muda tersebut berjalan di jalan kaki akademi.

Lelaki di depan mempunyai muka penuh dengan lebam dan mata seakan panda. Jelas dia telah berlawan dengan seseorang dan telah ditumbuk pada mukanya. Lelaki di belakangnya mempunyai badan yang bongkok ke hadapan nampak seperti pembantu kepada lelaki seorang lagi. Yang banyak bercakap ialah pembantu itu..

Terdapat seekor singa gergasi berjalan dengan megah di antara mereka berdua. Melimpah darinya ialah aura binatang buas, ia memberi tekanan kuat terhadap persekitarannya dan juga memberikan ketakutan dalam hati setiap orang yang melihatnya.

Mereka berdua merupakan Shang Bin, orang yang telah membuat hal di kelas pagi tadi hanya untuk dibelasah oleh Yao Han, dan Cao Xiong yang terdesak untuk membuat hal untuk Zhang Xuan.

Singa yang berada di tengah pula ialah haiwan peliharaan tetua Shang Chen, seekor binatang buas tahap 6!

Dalam dunia ini, terdapat doktor, tukang besi dan banyak lagi pekerjaan. Setiap daripada mereka dihormati oleh khayalak ramai.

Daripada pekerjaan ini, tetua Shang Chen seorang penjinak binatang.

Pekerjaan ini membenarkan seseorang menjinak binatang buas dah roh binatang serta mengawal mereka, menjadikan mereka sebahagian daripada kekuatan mereka. Pekerjaan ini pekerjaan yang hebat berbanding dengan yang lain.

Singa Penghancur Langit ini ialah binatang peliharan yang dilatih tetua Shang Chen.

Selepas dibelasah Yao Han, dia menyedari betapa lemahnya dia berbanding Yao Han dan betapa dia tidak akan dapat menandinginya dari segi kekuatan. Oleh itu, langkah seterusnya untuk mencari atuknya dan meminjam binatang peliharaannya untuk kegunaannya sendiri.

"Un!" Selepas mendengar pujukan Cao Xiong, Shang Bin mengangguk kepalanya lalu meludah ke lantai dengan ekspresi marah. "Yao Han itu perlu diberikan pengajaran. Zhang Xuan juga!"

"Sememangnya. Dengan Singa Penghancur Langit ini, tiada apa yang tuan muda Shang perlu takut!" Cao Xiong gelak.

Binatang tahap 6 seiras dengan kekuatan seorang Peninju 6-Dan pakar, mungkin lebih hebat lagi.

Walaupun Yao Han tidak lemah, tidak akan senang untuknya menewaskan Singa Penghancur Langit walaupun dalam keadaan optimumnya. Tidaklah perlu cerita tentangnya dengan keadaannya sekarang.

Awal pagi tadi, dia dibaluti seakan mumia, lebih teruk keadaanya daripada situasinya sekarang.

"Singa Penghancur Langit merupakan haiwan peliharaan atuk saya. Kamu pun tahu sifat liarnya dan ini membuatnya sukar untuk dijinak. Atuk saya mungkin telah memberinya kepada saya tetapi dia hanya akan bertindak kalau saya diserang. Saya masih tidak mampu mengawal ataupun memberinya perintah!"

Melihat Singa Penghancur Langit yang kuat dan megah di belakangnya, Shang Bin berasa sedikit lemah.

Binatang buas mungkin kuat tetapi mereka binatang yang bermaruah. Kecuali seseorang itu lebih kuat daripada mereka ataupun mempunyai pekerjaan sebagai penjinak binatang, mustahil mereka mengikuti arahan orang itu.

"Itu mungkin tidak diperlukan. Kalau kita menghidangkannya arak dan makanan sedap, dia mungkin akan mengikuti arahan kamu!"

Cao Xiong senyum.

"Haraplah begitu"

Dalam perjalanan mereka, mereka akhirnya sampai ke kedai makanan yang besar.

"Kita sudah sampai!"

Sesebuah papan tanda yang agung berada di belakang mereka apabila mereka berjalan masuk ke kedai makanan tersebut.

Pavillion Hongtian!

avataravatar
Next chapter