3 Ketidaksempurnaan Di Jalan Syurga

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Perlawanan antara guru dalam memberikan petunjuk?"

Wajah Zhang Xuan mula muram.

Sungguhpun dia mewarisi pengalaman dan ilmu daripada Zhang Xuan yang dahulu, dia belum sempat untuk mengatur dan mentafsir kesemua ilmu di dalam mindanya. Sehabis mungkin pun, dia hanya mampu mentafsir tentang perbezaan antara alam pertapaan. Jika ia berkaitan dengan kesalahan semasa pertapaan, Zhang Xuan yang dahulu pun hanya mampu sekadar meneka kesalahannya, apatah lagi Zhang Xuan yang sekarang!

Memberikan tunjuk ajar….Pada waktu ini, sememangnya dia serba kekurangan berbanding Guru Cao!

Jika dia benar-benar harus bertanding, dia pasti akan tewas!

"Mengapa? Adakah kamu takut untuk menyahut cabaran ini? Sudah jelas tertera bahawa guru-guru dibenarkan bertanding antara satu sama lain untuk membolehkan pelajar membuat pilihan yang tepat. Ini tidak dianggap sebagai mencuri!" Cao Xiong tertawa lagi. Dia mengibaskan lengan bajunya sambil menunjukkan wajah yang tenang dan terpelajar.

"Kita akan memberikan tunjuk ajar tentang apa kepada para pelajar ini?"

Zhang Xuan sedar bahawa jika dia tidak menyelesaikan masalah ini dengan baik hari ini, dia akan kehilangan satu-satunya murid yang berjaya diperolehinya. Zhang Xuan mula mengetap giginya.

Terdapat banyak aspek yang boleh diajar oleh seorang guru kepada anak muridnya. Contohnya seperti pertapaan, seni mempertahankan diri dan kesilapan dalam latihan… Oleh kerana setiap guru berbeza antara satu sama lain, kebolehan dan pengkhususan mereka juga pasti berbeza.

"Apa kata begini, oleh kerana mereka semuanya pelajar baru dan belum kita kenali, kita akan minta mereka menunjukkan rutin tumbukan dan kita pula akan memberi nasihat dan pengajaran berasaskan kesalahan yang dibuat didalam rutin tersebut. Pelajar yang mencapai peningkatan tertinggi berasaskan pengajaran yang diberikan akan dinobatkan sebagai pemenang. Setuju?"

Jika harus bertanding dengan guru-guru yang lain, Cao Xiong tidak akan mempunyai keyakinan untuk mencabar mereka. Namun, apabila berhadapan dengan guru yang berada di tempat tercorot, seorang yang mencatatkan kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, Cao Xiong teramat yakin atas kemampuannya.

Zhang Yuan teragak-agak.

"Takkan pula kamu tidak berani untuk menyahut? Baru sahaja tadi kamu dengan angkuhnya berkata bahawa kamu menolak ramai pelajar yang ingin berguru dengan kamu. Jika kamu betul-betul hebat, marilah bertanding sekarang. Jangan kamu menghindarkan masa depan gadis ini!" Cao Xiong memaksa.

"Ini…Baiklah!"

Zhang Xuan mengangguk.

Tiada apa yang perlu ditakutkan. Perkara paling teruk yang boleh berlaku sekarang hanyalah kekalahan. Jika dia tidak menerima cabaran ini, anak muridnya yang baru itu pastinya akan menarik diri! Pada saat ini, tiada ruang untuknya mengundur diri lagi.

Jika dia mendapati bahawa dia tidak mencapai prestasi yang diinginkan, dia akan mencari alasan untuknya kemudian. Lagipun, dia tidak mengenal erti malu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan jika dia perlu menambah sedikit lagi rasa malu pun.

"Guru Cao dan Guru Zhang akan bertanding!"

"Antara dua guru di tempat terakhir dalam akademi, siapa yang akan menang?"

"Itupun dia!!"

"Guru yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru masih mahu bertanding dengan orang lain? Benarkah? Apakah dia ingin menambahkan lagi rasa malunya?"

.....

Setelah cabaran tersebut diterima, beberapa pelajar yang sedang makan terus datang melihat apa yang berlaku. Hari ini merupakan hari untuk pelajar baru mendaftar diri. Ramai yang pernah mendengar tentang guru yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, walaupun mereka belum berkesempatan untuk bertemu dengannya. Kebanyakan daripada mereka berasa ingin tahu akan keputusan perlawanan tersebut.

"Berdasarkan peraturan, kamu akan mengajar anak murid saya dan saya pula akan mengajar anak murid kamu!"

Melihat orang ramai mula berkumpul, motivasi Cao Xiong semakin tinggi untuk memberikan pertunjukkan yang hebat. Dia tersenyum sambil mendepakan tangannya.

Untuk memastikan keadilan, seorang guru tidak dibenarkan untuk memberi petunjuk kepada pelajar mereka sendiri demi mengelakkan timbulnya syak wasangka penipuan. Kebiasaannya, mereka akan saling bertukar anak murid untuk diajar.

"Gadis muda, mari ke sini dan tunjukkan rutin tumbukan kamu. Gunakan segala kekuatan kamu untuk menumbuk tiang batu ini!"

Selepas mengenal pasti kandungan dan kaedah pertandingan tersebut, Cao Xiong menunjukkan raut wajah seakan dewa dan memandang tepat ke arah gadis muda yang kebingungan tersebut.

"Saya…."

Wajah Wang Ying kemerah-merahan apabila melihat Zhang Xuan. Selepas memastikan bahawa gurunya tidak marah, dia mara ke hadapan. Dengan menjarakkan tangan, aura mula menyelebungi tubuhnya.

Huhuhu!

Gelombang daripada penumbuknya seumpama bunyi siulan udara. Tumbukannya cukup padu.

Jika tidak dilihat dengan mata mereka sendiri, semestinya sukar untuk seseorang itu percaya bahawa tumbukan sekuat itu datang daripada seorang gadis yang terpinga-pinga.

Kuda-kuda gadis tersebut stabil dan kuat. Sememangnya dia mempunyai dasar yang kukuh.

Dengan itu, rutin tumbukan itu pun berakhir.

Selepas melihat persembahan tersebut, Zhang Xuan berasa putus asa.

Jika digabungkan pengalamannya sekarang dengan pengalaman silamnya sekalipun, dia tetap tidak dapat mengenalpasti sebarang kesilapan. Tidak hairanlah dia mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru. Kebolehannya untuk menghakimi perkara sebegini masih terlalu lemah.

"Bagus, sepenuh kekuatan kamu dicurahkan pada tiang batu itu!"

Menyedari bahawa gadis itu mempunyai bakat yang besar, Cao Xiong mengangguk dengan puas.

Terdapat sebuah tiang batu tidak jauh dari sini. Ia boleh digunakan untuk mengukur kekuatan seseorang murid, supaya mereka dapat lebih mengerti tentang kuasa mereka sendiri.

Wang Ying berjalan dengan rasa malu ke tiang tersebut.

Dia berpaling dan menyalurkan tenaga yang dikumpul daripada rutin penumbuk tadi menjadi seakan-akan komet lalu melancarkan tamparan yang kuat ke tiang tersebut!

Peng!

Tiang batu tersebut bergegar hasil tamparan Wan Ying. Tiba tiba muncul beberapa angka di permukaannya.

53!

"53kg, kuasa tumbukan kamu boleh tahan" Cao Xiong mengangguk kepala dengan kagum.

Untuk seorang pelajar baru yang belum masuk ke akademi dan belum menerima tunjuk ajar seorang guru, lebih-lebih lagi selaku seorang perempuan, sememangnya agak menakjubkan untuk memiliki kuasa tumbukan sebegitu.

"Pada awalnya, saya perasan bahawa rutin tumbukan kamu penuh dengan kuasa dan tenaga. Tetapi, satu masalah dengan tumbukan kamu adalah bahawa ianya terlalu ringkas. Jika kamu dapat meningkatkan ketangkasan putaran bahagian bawah badan kamu, kuasanya akan meningkat dengan ketara sekali! Jika tidak silap saya, kaki kamu tercedera!"

Cao Xiong berkata.

Seperti yang dijangka daripada seorang guru, kebolehannya membaca kelemahan terbukti jauh lebih hebat daripada Zhang Xuan. Cuma dengan sekilas pandang, dia mampu mengetahui bahawa asas kekuatan tumbukan Wan Ying merupakan bahagian bawah badannya, dan daripada itu dia dapat membuat kesimpulan bahawa gadis tersebut mungkin tercedera.

"Ya!" Wang Ying mengangguk.

"Disebabkan kecederaan kamu, kamu risau untuk membebankan bahagian bawah badan kamu. Izinkan saya mengajar kamu sebuah kaedah. Jangan risau, kaedah ini tidak akan menambahkan lagi kecederaan kaki kamu!"

Cao Xiong kemudian mengajar Wan Ying tentang kaedah yang baru tersebut, diikuti dengan penerangan yang teliti.

"Izinkan saya untuk mencuba!"

Untuk Wan Ying mempunyai kekuatan sebegini pada usia yang muda, pemahamannya perlu kukuh. Ia tidak mengambil masa yang lama untuknya memahami konsep tersebut secara menyeluruh. Selepas itu, dia sekali lagi mara ke hadapan, berpaling ke tiang batu dan sekali lagi menggenggam penumbuknya. Suatu lonjakan kuasa memenuhi badannya dan dia berasa kuat seakan naga.

Peng!

63!

Hanya dengan satu petunjuk yang ringkas, kekuatan pukulannya meningkat sebanyak 10Kg!

"Peningkatan 10Kg merupakan peningkatan sebanyak 20%! Saya sudah selesai dengan pengajaran saya. Sekarang tiba giliran kamu pula"

Melihatkan keputusan yang dicapainya, Cao Xiong tersenyum riang.

Untuk kekuatan seorang pelajar meningkat sebanyak 20% melalui satu sesi pengajaran sememangnya merupakan keputusan yang bagus.

"Guru Zhang!"

Seorang pelajar dari belakang Cao Xiong bergegas keluar dan mempersiapkan dirinya untuk menunjukkan rutin tumbukannya.

"Tunggu sebentar!"

Zhang Xuan mengangkat tangannya.

"Kenapa? Guru Zhang ingin menarik diri ke?" Sindir Cao Xiong.

"Menarik diri? Lucu sekali. Adakah kamu fikir saya akan menyesal setelah bersetuju?" Zhang Xuan berkata dengan nada yang kuat, tetapi hatinya sedang cemas.

Sebagai seorang yang telah menjelma semula, bagaimana mungkinkah dia dapat memberi tunjuk ajar kepada seorang pelajar? Lainlah jika mereka ingin belajar tentang cara memuat turun dan menonton filem cinta, dia sememangnya pakar.

"Saya cuma terfikir bahawa…." Dengan semua penonton meneliti setiap aksinya, Zhang Xuan hanya mampu menahan rasa malu sambil mencari alasan untuk menyelamatkan diri daripada situasi ini. "Budak ini merupakan anak murid kamu yang hanya akan mendengar arahanmu. Kalau dia dengan sengaja enggan mengunakan segala kekuatannya selepas menerima tunjuk ajar saya, bukankah saya akan kalah begitu sahaja?"

"Saya berjanji akan mengunakan seluruh tenaga saya! Walau apapun yang terjadi, saya adalah seorang yang boleh dipercayai!" Dia mula mengetap giginya apabila mendengar akan keraguan Zhang Xuan terhadapnya.

"Baiklah saya percayakan kamu. Tetapi, perlawanan kita tetap tidak adil!" Selepas pelajar tersebut berkata demikian, dia sedar bahawa jika dia terus memberi alasan yang sebegitu, dia hanya akan diketawakan oleh semua. Oleh demikian, dia cuma mampu terus menahan rasa malu sambil mencari alasan lain.

"Tidak adil? Apa yang tidak adil?" Tanya Cao Xiong.

"Wan Ying merupakan anak murid saya. Jika saya menang, dia tetap anak murid saya. Apa yang akan saya dapat? Jika saya kalah pula, dia akan menjadi anak murid kamu. Bagaimanakah ini boleh dianggap adil? Ini seakan berjudi berasaskan hidup. Jika saya menang, kamu akan izinkan saya hidup, tetapi jika saya kalah, saya akan menjadi hamba kamu… adakah ini adil?" Tanya Zhang Xuan.

"Hebat…" Cao Xiong tergamam.

Setelah diterangkan, sememangnya ini merupakan perlawanan yang tidak adil. Pertaruhan ini seakan penipuan. Cao Xiong tidak terdedah akan sebarang kerugian, tetapi jika pihak lawannya yang kalah, dia terpaksa melepaskan anak muridnya.

"Kalau begitu, beginilah. Jika saya kalah, Liu Yang yang berada di situ akan menjadi anak murid kamu!"

Selepas berfikir seketika, Cao Xiong mengisytiharkan kepada semua.

Liu Yang adalah seorang pelajar baru yang asalnya telah menolak daripada menjadi anak murid Zhang Xuan.

"Guru…." Dia tidak menyangka bahawa Guru Cao akan membuat keputusan sebegitu. Liu Yang merasa tertipu dan perasaan bimbang mula terpapar di wajahnya.

Jika harus berguru dengan seorang yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, dia lebih rela mati…

"Jangan risau, gurumu tak akan kalah!" Cao Xiong melihatnya dengan yakin.

"Baik!"

Dengan penuh keyakinan terhadap Guru Cao, dia maju kehadapan. Tanpa mempedulikan sama ada Zhang Xuan sedang melihatnya ataupun tidak, Liu Yang terus menunjukkan rutin tumbukannya.

"Ini…"

Pada mulanya, Zhang Xuan ingin memberikan sepatah dua kata untuk membuat Liu Yang putus asa. Tetapi, memandangkan dia telahpun memulakan rutinnya tanpa memberi peluang kepada Zhang Xuan untuk bercakap, dia merasa sedikit kesepian.

Secara jujurnya, dia tidak dapat mengenalpasti rutin tumbukan yang ditunjukkan olehnya, apatah lagi untuk mencari kelemahan dan seterusnya memberikan bimbingan.

"Kelemahan, apakah kelemahan rutin tumbukan ini…."

Titik peluh mula berkumpul di kepalanya dan dia dipenuhi rasa bimbang.

Jika dia tidak dapat mencari kelemahan dan kemudiannya memberi bimbingan kepada Liu Yang, bukan sahaja dia akan memalukan diri sendiri tetapi dia akan kehilangan satu-satunya anak muridnya dan dia bakal diusir daripada akademi!

Boom!

Apabila kerisauan menguasai dirinya sepenuhnya, Perpustakaan Jalan Syurga yang di dalam mindanya mula bergema dan dentuman guruh pun kedengaran.

Empat patah perkataan muncul di atas rak buku

Jalan Syurga tidak sempurna!

Empat perkataan ini seakan memberi tekanan yang kuat, bagaikan merenung ke sebuah gunung. Prestij dan kekuatan yang tidak terhingga terkandung di dalamnya.

Di saat 4 perkataan ini muncul, sebuah buku muncul di rak buku tersebut dan jatuh ke arahnya.

"Apakah ini?"

Hati Zhang Xuan berhenti berdegup untuk seketika. Dia menundukkan kepalanya dan menatap buku yang ada di tangannya.

Dia dapat melihat 2 perkataan di atas permukaan buku…. Liu Yang!

Sambil membelek ke muka surat yang pertama, kelihatan begitu banyak perkataan yang terkandung di dalamnya.

"Liu Yang, berasal dari keluarga Liu daripada Bandar Xiayun. Seorang pelajar Akademi Hongtian. Pejuang Dan-1, Alam Juxi!"

"Teknik Pertapaan: Acupoint Bunga Teratai Kekuatan Rempuhan!"

"Teknik Pertarungan: Penumbuk Bunga Terbang (Peringkat asas), Penumbuk Naga Satu Inci (Pakar)!"

"Kelemahan: 12 aspek. No.1, menggunakan terlalu banyak tenaga dalam helahnya…No.2….No.3….No.4….No.12, walaupun tangan kirinya lebih kuat, rutin tumbukannya lebih sesuai untuk tangan kanan. Oleh demikian, dia tidak mampu menunjukkan sepenuh kekuatannya…"

"Ini….ini…"

Melihat buku yang penuh dengan perkataan itu, Zhang Xuan berasa seakan-akan dia bakal menjadi gila.

"Benarkah ini?"

Baru sahaja dia memikirkan tentang kelemahan Liu Yang, Perpustakaan Jalan Syurga pula telahpun menghadiahkan sebuah buku tentang kelemahan tersebut. Jika apa yang ditulis ini benar, hadiah yang dikurniakan kepadanya sebagai seorang yang menjelma semula adalah terlalu kuat!

Setiap orang mempunyai kelemahan yang tersendiri. Setiap seni tinju mempunyai kekurangan. Kesempurnaan tidak wujud di dunia ini. Untuk mampu mengetahui tentang kelemahan seseorang dan mengumpulnya dalam sebuah buku, perpustakaan ini seakan mampu merempuh syurga!"

Peng!

Sebaik sahaja Zhang Xuan merasa terkejut tentang perubahan yang berlaku pada perpustakaan didalam mindanya, Liu Yang telahpun menghabiskan rutin tumbukannya. Dengan gema yang kuat, angka mula terpapar di atas tiang batu.

"62!"

Kekuatan tumbukannya adalah 62kg!

"Guru Zhang, Liu Yang telahpun selesai dengan demonstrasinya. Tunjuk ajar apakah yang boleh diberikan kepadanya?"

Cao Xiong tersenyum

Mendengar perkataan tersebut, kesemua penonton memandang ke arah Zhang Xuan. Mereka ingin melihat apakah tunjuk ajar yang dapat diberikan oleh seorang yang mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru.

avataravatar
Next chapter