webnovel

Keadaan di luar sekarang menjadi huru-hara. Zheng Yang mengeluarkan lembingnya, manakala Wang Ying bersedia untuk menyerang pada bila-bila masa sahaja. Pada masa sama, Yuan Tao sedang mengambil meja dan kerusi dalam kelas itu sambil menjeling marah pada para penceroboh.

Di pintu depan kelas, dakwat bersepah di merata tempat. Terdapat tiga orang yang dibasahi dengan dakwat hitam sedang berdiri di depan mereka, muka penuh kemarahan.

Jelas, mereka baru sahaja ingin berjalan masuk apabila anak murid Zhang Xuan dengan segera menyimbah dakwat pada mereka.

"Cikgu Zhang, ini tiga orang lelaki miang yang kami cakap tadi…"

"Kamu tidak malu ke mengintai perempuan muda?"

Selepas melihat Zhang Xuan berjalan keluar, Yuan Tao dan Liu Yang segera berteriak pada mereka bertiga.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com