webnovel

Beruang Kejam Tujuh Meridian

Editor: EndlessFantasy Translation

"Apa yang sedang berlaku ini?"

"Dua Binatang Berkepala Harimau ini sakit ke?"

"Kepala otak kamu sakit! Kamu buta ke? Jelas mereka terlalu takut…"

"Selepas mendengar kata-kata pihak lawan mereka yang mengatakan jika mereka tidak jatuh, dia tak akan dapat maju, mereka berdua dengan segera jatuh dengan sendiri kerana takut…"

Selepas semua orang terpegun untuk seketika, semua orang mula kecoh.

Mereka biasa melihat binatang liar bertarung sehingga nafas terakhir dengan musuh mereka.

Mereka biasa melihat binatang liar tidak takut pada apa-apa di hadapan mereka…

Tetapi jelas sekali mereka tidak pernah melihat binatang liar berpura-pura mati sebelum perlawanan bermula…

Setakut mana dua ekor Binatang Berkepala Harimau itu pada musuh mereka itu?

"Tanpa berbuat apa-apa, dia telah membuatkan Binatang Berkepala Harimau begitu takut sehingga mereka rela berpura-pura mati?"

Luo Tang dan Fang Jin hampir tergigit lidah mereka.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com