Sekarang, langsung tidak ada tanda-tanda mengantuk di matanya. Malah, ia sarat dengan rasa benci dan dendam.
Mana mungkin dia tidur dalam situasi seperti ini?
Sekarang, Ning Yaohua memiliki 15% saham syarikat, Ning Yaobang 16%, manakala Ning Qiutong 10%.
Jadi, kunci utama sekarang adalah Ning Xi.
Orang yang mendapat 10% saham dari Ning Xi akan menjadi pemegang saham terbesar syarikat dan orang itu mempunyai potensi terbanyak untuk mewarisi seluruh syarikat!
Ning Yaohua dan Ning Yaobang sekarang pasti sedang kalut memikirkan cara untuk merampas saham Ning Xi.
Oleh sebab dia tidak mewarisi apa-apa saham, dia tidak mempunyai hak untuk bersuara dalam hal ini. Kalau dia mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan semua saham kecil di pasaran sekali pun, dia hanya mampu mendapatkan 2% sahaja dan itu tidak mencukupi.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com