webnovel

Tidak Seronok Menyeksa Pelakon yang Lemah

Editor: EndlessFantasy Translation

"Oh yeah, kamu mula penggambaran hari ni kan? Okay tak?" Jiang Muye bertanya dengan bersahaja.

Ning Xi memuncungkan mulutnya. "Boleh lah. Ada gangguan sikit tapi dah selesai."

"Gangguan… Chen Hanchen budak tak guna tu ke?"

"Kamu kenal dia juga?" Ning Xi terkejut.

"Media Fesyen asyik bercakap pasal percubaan untuk membentuk Jiang Muye yang kedua. Macam mana saya boleh tak tahu?" Jiang Muye mengejek lalu dia bertanya, "Kamu ada buat penggambaran dengan dia ke hari ni?"

"Ada!"

"Macam mana? Okay tak?"

"Saya rasa dia buat dalam sepuluh kali."

"Kenapa kamu baik dan berlembut dengan dia?" Jiang Muye tidak berpuas hati kerana Ning Xi menyeksanya dengan teruk suatu ketika dahulu.

"Sebab dia pelakon yang lemah. Lagipun, tak seronok nak seksa dia, dia jauh sangat dari tahap kamu!" jawab Ning Xi.

Jiang Muye tersentak.

Kata-kata ni…

Patutkah dia berterima kasih atas pujian itu?

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com