"Ni bukan tentang comel atau tak! Bro Xi, sedarlah dan dengar cakap saya ni, bukannya mudah nak jadi ibu tiri. Ada banyak contoh depan mata kamu. Bro Xi, biar saya beritahu kamu, saya kenal seorang perempuan yang muda dan cantik sebelum berkahwin tapi sejak dia kahwin dengan seorang lelaki dan jadi ibu tiri, saya hampir tak dapat cam dia! Ada seorang lagi perempuan cantik beritahu saya yang dia tak boleh nak buat apa-apa pun lepas kahwin. Dia selalu diambil kesempatan tak kira sebaik mana dia cuba jadi. Budak tu betul-betul nakal dan rosakkan hubungan dia dengan suami dia tu. Ada juga perempuan lain..."
Annie asyik merepek dan membuatkan sesiapa sahaja pasti akan tertanya-tanya macam mana dia kenal dengan semua ibu tiri yang dia ceritakan itu. Sudah tentu sukar untuk berjumpa dengan contoh sebenar sebanyak itu...
Ning Xi hanya duduk diam dan mendengar.
Tiba-tiba, pintu bilik air dibuka dan bunyi selipar keluar dari situ kedengaran.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com