Mo Yuxiu mengecilkan matanya sambil membuat kesimpulan, "Jadi, kamu tolak saya ke?"
"Mestilah!"
Mo Yuxiu ketawa dengan nada dingin. "Setahu saya, kamu tak patut ada dalam hubungan sekarang ni. Kamu tak takut ke saya akan beritahu semua orang tentang hal ni?!"
Ning Xi tersenyum sinis. "Saya rasa berita tentang Mo Yuxiu yang mati pucuk lebih menarik daripada ni."
"Kamu…"
Mo Yuxiu mengetap bibir dan mendekatkan mukanya kepada muka Ning Xi. "Kamu nak saya buktikan sama ada saya boleh atau tak ke?"
Sebenarnya, dia betul-betul ingin cuba berbuat demikian.
Walaupun dia mempunyai perasaan terhadap Ning Xi semasa Ning Xi berpakaian perempuan, dia masih tidak yakin 100%.
Ning Xi mengecilkan matanya dan mengajuk nada Mo Yuxiu, "Kamu nak saya buktikan yang saya akan pastikan kamu tak akan boleh sampai bila-bila tak kira sama ada kamu berjaya atau tak ke?"
Mo Yuxiu berundur dan memandang ke arah Ning Xi dengan berjaga-jaga.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com