"Kamu cakap... Abang kamu menguncikan diri di dalam rumah?" Tuan Lu berfikir.
Lu Jingli baru sahaja berkira-kira untuk berkata sesuatu bila telefonnya tiba-tiba berdering. Orang itu adalah Cheng Feng.
"Tuan Muda Kedua, tolong!"
"Saya tahu. Saya dalam perjalanan sekarang!"
Sebaik sahaja Cheng Feng menuturkan kata-kata itu, Lu Jingli tahu yang ada sesuatu yang tidak kena. Dia memutuskan panggilan dan menjongketkan bahunya sambil berkata kepada kedua orang tuanya, "Pembantu Abang telefon tadi, akhirnya dia dah keluar dari rumah dan pergi ke pejabat. Jadi, saya harus pergi sekarang untuk beri sokongan kepada rakan saya! Selamat tinggal!"
Tuan dan Puan Lu hanya mampu duduk di situ dan berpandangan di antara satu sama lain.
"Chongshan, apa pendapat kamu tentang ni?" Tanya Puan Lu dengan penuh kebimbangan.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com