webnovel

Ning Xi mengangkat keningnya. "Pindah semula? CEO Ning, kamu terlebih minum ke hari ni?"

Ning Yaohua tidak naik angin mendengar nada Ning Xi yang bersifat menyindir. Dia masih menjawab dengan lembut, "Ning Xi, kamu anak perempuan saya. Saya tak akan abaikan kamu walau apa pun berlaku! Lagipun, tak elok kamu tinggal seorang diri dekat luar. Baliklah dan tinggal dengan kami. Rumah kita kan besar dan bilik yang kamu guna tu pun masih ada!"

Ning Xi hampir tergelak besar. 

Bilik dia…

Bilik itu hanya satu per tiga daripada bilik Ning Xueluo dan sudah diubah suai daripada bilik pembantu rumah. Alasan mereka ialah takut dia akan membuatkan tempat itu bersepah. Mereka akan menempatkannya di bilik lain selepas dia mempelajari adab, tapi … tiada ada apa-apa pun yang berlaku…

Ning Xi memandang Ning Yaohua dengan penuh perasaan sangsi.

Perubahan sikap Ning Yaohua yang mendadak ini mesti disebabkan satu perkara sahaja…

Datuk akan tulis wasiat.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com