webnovel

Mereka Semua Sampah

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas makan malam, Ning Xi turun ke bawah setelah menidurkan Si Cilik. 

Jarang rumah mereka sediam itu.

Mata Lu Jingli seperti paparazi yang sedang terdesak. "Xiao Xi Xi, kamu tak perlu beritahu kami kalau hal ni betul-betul peribadi! Saya cuma risau. Mo Yuxiu nampak macam benci sangat dengan kamu. Kamu perlu beritahu saya kalau ada apa-apa yang berlaku, jadi saya boleh buat sesuatu tentang hal ni!"

Ning Xi menjeling ke arah Lu Jingli. Dia tidak sabar hendak melihat kalau-kalau Lu Jingli akan mula menangis jika dia menyuruh mereka masuk tidur sekarang juga!

"Ada alkohol tak? Pergi ambilkan sesuatu untuk saya minum!" kata Ning Xi kepada Lu Jingli.

"Ada, ada!" Lu Jingli mengangguk. 

"Tunggu!" jerit Ning Xi secara tiba-tiba dan pergi mendekati Lu Tingxiao. "Bos, boleh tak saya minum sikit malam ni? Sikit je! Saya akan tidur dekat sini malam ni dan tak akan memandu!"

Lu Tingxiao membelai rambut Ning Xi. "Kamu tak perlu beritahu apa-apa."

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com