webnovel

Mendapatkan Lebih Banyak Wang untuk Bos

Editor: EndlessFantasy Translation

Lu Jingli memberi jawapan yang sempurna.

Wartawan-wartawan itu sedar yang mereka tidak mampu untuk mendapatkan jawapan yang mereka inginkan daripada Lu Jingli, jadi mereka beralih ke Ning Xi.

Walaupun Ning Xi bintang utama dalam sidang media hari ini, dia tidak perlu untuk menjawab apa-apa soalan secara peribadi kerana Keagungan Dunia telah melindunginya dengan ketat.

"Ning Xi, seperti yang diketahui ramai, kamu mempunyai hubungan rapat dengan Ning Xueluo. Apa tujuan dia? Adakah kamu berdua mempunyai sebarang perselisihan faham?" Tanya seorang wartawan.

"Saya rasa kamu tanya soalan ini pada orang yang salah." Jawab Ning Xi.

"Staf di pangsapuri kamu kata yang kamu dah tinggalkan tempat itu beberapa bulan yang lalu. Apa yang kamu boleh jelaskan tentang ini?" Tanya seorang lagi wartawan.

"Tak ada apa-apa. Saya bebas untuk tinggal di mana saja saya mahu."

"Jadi di mana kamu tinggal selama ini? Boleh kamu beritahu kami?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com