"Apa dia?" Saraf Lu Tingxiao menjadi tegang tanpa disedari.
"Kain penutup mata itu… Boleh tak kamu guna untuk tutup mata saya sekali lagi?" Pinta Ning Xi dengan suara rendah.
Pandangan terkejut terpancar di wajah Lu Tingxiao. "Kenapa?"
Dengan pasrah Ning Xi berkata. "Sebab, kalau tak nampak, saya tak akan fikir!"
Walaupun kata-kata Ning Xi sangat tidak jelas, tetapi Lu Tingxiao serta-merta faham. Dengan satu batukan kecil, dia mencapai kain renda putih yang telah dilempar ke bawah dan dengan lembut menutup mata gadis itu dan mengikat kain itu.
Nafsu di dalam badan Ning Xi mula membara sebaik sahaja Lu Tingxiao datang dekat dengannya, jadi dia membaca dengan senyap "Kosong ialah seks dan seks ialah kosong". Kemelut di dalam tubuhnya sedikit tenang sehingga Lu Tingxiao berada dalam jarak yang selamat darinya dan matanya kembali bertukar menjadi gelap.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com