webnovel

Kemasyhuran Serta-Merta!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pada masa yang sama, cadangan dan aduan daripada pelanggan membanjiri kebanyakan pawagam besar. Setiap hari ramai pelanggan meminta untuk menambah waktu tayangan filem "Pengejar Mimpi".

"Pengurus, apa yang kita perlu buat? Hari ni je dah lebih 100 panggilan kita terima. Mereka minta kita tambah waktu tayangan untuk filem 'Pengejar Mimpi'!"

Perbualan yang sama juga turut berlaku di kebanyakan pejabat pawagam.

Walau bagaimanapun, semua pengurus telah bersepakat kerana mereka telah menerima tekanan dari Zheng Kangde lalu mereka terpaksa mengabaikan permintaan daripada pelanggan. Mereka masih mencuba untuk memaksa para pelanggan untuk menonton filem "Saya Hanya Suka Awak" dengan mengehadkan pilihan mereka.

Akibatnya.

Hari keempat di hujung minggu, minat para netizen terhadap filem "Pengejar Mimpi" dan ketidakpuasan hati mereka terhadap pihak pawagam mencapai kemuncaknya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com