webnovel

Kejutan Hebat dan Tidak Dijangka

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Kenapa ada seorang lagi chef sekarang?" Fang Ya memandang lelaki yang baru sahaja melangkah masuk dengan pakaian seragam chefnya. Fang Ya kelihatan agak curiga. "Ada siapa-siapa kenal siapa chef ni?"

Semua orang yang berada di dalam dewan jamuan itu menggelengkan kepala mereka dan kelihatan bingung. Mereka bukan wartawan makanan, jadi pastilah mereka tidak kenal siapa lelaki itu.

Hanya Ning Xi yang sedang duduk di satu sudut membulatkan matanya kerana terlalu terkejut.

Kenapa chef ni nampak macam Alain Passa, tuan guru kepada Iron Chef William Fee?

Tetapi, Ning Xi tidak berani mengesahkannya, jadi dia hanya mendiamkan diri. Lelaki itu mungkin hanya kelihatan seiras dengan chef terkenal itu.

"Tetamu yang dihormati, saya datang untuk menyediakan jamuan untuk Cik Ning!" kata chef tersebut.

"Menyediakan jamuan?"

"Peliknya. Jamuan untuk Xueluo ke? Bukankah ketua chef untuk jamuan ni William Fee?"

"Dari mana chef ni datang?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com