webnovel

Kedai yang Sangat Hebat

Editor: EndlessFantasy Translation

Apabila Lu Xinyan menyedari lirikan mata Ning Xi terhadapnya, tiba-tiba dia menjadi ceria dan memberitahu Yan Ruyi, "Makcik, saya nak bawa kamu ke satu kedai yang hebat kejap lagi. Kedai tu baru je buka dan saya pasti yang kamu akan suka semua jenis pakaian yang mereka ada!"

Yan Ruyi tertawa megah. "Macam mana lah saya nak pakai pakaian yang kamu orang muda suka pakai?"

"Tak lah! Ada juga gaya lain yang sesuai dengan makcik. Tambah-tambah kamu ada karisma yang tersendiri! Kalau kamu berdiri di sebelah saya dan Kak Ziyao, kamu nampak macam kakak kami je!"

"Oh, kamu ni! Apa lah yang kamu merepek ni?!" Dalam diam Yan Ruyi berasa gembira mendengar pujian yang diberikan kepadanya. Tiada wanita yang tidak mahu menjaga penampilan mereka walaupun sudah tua.

Walau bagaimanapun, Lu Xinyan tidak berbohong. Jika hendak dibandingkan dengan wanita yang sama umur dengan Makcik Yan Ruyi, dia memang kelihatan sedikit muda.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com