webnovel

Kamu Bidadari Saya

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Ning Xi, Penerbit Wang, Penulis Ye dan juga saya amat berpuas hati dengan kamu, tetapi realiti terlalu kejam. Kami tidak boleh mengeluarkan filem berdasarkan perasaan sahaja. Perkara paling penting ialah dana. Kadang-kala, kami tiada hak menentukan pilihan pelakon. Siapa yang ada hak itu? Tentulah orang yang melaburkan wang paling banyak!"

Apabila mendengar kata-kata Pengarah Guo, hati Ning Xi tenggelam seperti batu yang jatuh ke dasar laut. Jadi dia memang telah digantikan? Kenapa pula Chang Li beritahu dia untuk pergi ke sesi penggambaran?

"Pengerusi Ning berjumpa dengan saya semalam. Dia rasa kamu terlalu baru, dan dia tidak berminat untuk memberikan watak itu kepada kamu. Tetapi..." Guo Qisheng berhenti sejenak.

Ning Xi ingin menarik pengarah itu keluar menerusi telefonnya dan menggoncangnya.

Boleh tak beritahu semuanya sekaligus?

"Tetapi kamu bernasib baik, Ning Xi. Seorang pelabur lain amat kagum dengan kamu, jadi pastikan kamu memberi yang terbaik!"

"Betulkah?" Hati Ning Xi yang tenggelam terus timbul kembali. Jangan terlalu teruja! Dia terasa dirinya telah dipermainkan oleh pengarah. "Pengarah Guo, kamu sengaja bukan! Saya hampir kena serangan jantung!"

"Hahaha, bagaimana orang muda boleh begitu lemah?"

"Boleh tak beritahu saya dengan jelas, adakah saya telah digantikan atau tidak?"

"Tidak, tidak. Pelabur itu melaburkan lima puluh juta, iaitu jumlah gabungan nilai pelaburan keluarga Ning dan Syarikat Hiburan Cahaya Bintang, jadi dia mempunyai kata akhir!"

"Bukankah pelabur hanya dari keluarga Ning dan Syarikat Hiburan Cahaya Bintang? Dari mana datang pelabur ketiga?" Ning Xi berasa ia agak pelik.

"Pelaburan itu datang pada saat akhir, kamu akan tahu nanti." Guo Qisheng begitu bersemangat.

Pelaburan sebanyak lima puluh juta yuan yang entah mana datangnya, ditambah dengan dana yang sedia ada, semuanya berjumlah seratus juta yuan. Tambahan pula, Ning Xi, pelakon yang paling memuaskan hatinya, tidak akan digantikan begitu sahaja oleh pelabur yang tidak tahu apa-apa. Tentulah dia amat gembira!

"Baiklah! Terima kasih, pengarah!"

Sebaik sahaja Ning Xi memutuskan talian, pintu biliknya dibuka sedikit oleh satu bun kecil yang masih mengantuk.

Dia terlalu gembira sehingga menjerit, dan terus bergegas memeluk dan mencium Si Cilik dengan penuh semangat. "Sayang! Kamu memang bintang bertuah saya! Kamu menyelamatkan hari demi hari saya!"

Raja Segala Syaitan yang berdiri di luar bilik kelihatan suram apabila melihat Ning Xi mencium anaknya dengan begitu gembira.

Walaupun semua itu di atas usahanya…

Lupakan. Selagi dia dapat melihat senyuman bahagia gadis itu, tidak ada apa yang lebih penting.

Lu Tingxiao menuju ke arah mereka, "Kenapa begitu gembira?"

Ning Xi memeluk ban kecil itu, yang teruja dengan curahan kasih sayang yang datang tiba-tiba. "Pengarah baru saja beritahu yang saya tidak digantikan, dan pelabur paling besar untuk filem ini amat kagum dengan saya!"

"Betul ke? Tahniah!" Lu Tingxiao berkata dengan nada yang sengaja diseriuskan.

Ning Xi mengelus dagunya dengan serius. "Tapi pengarah tidak beritahu siapa pelabur itu. Dia tentu seorang yang mempunyai cita rasa luar biasa, mata yang amat baik, dan juga sangat kacak!"

Lu Tingxiao tersenyum, "Kamu rasa begitu?"

"Tentulah!" bela Ning Xi, tetapi dia tiba-tiba teringat sesuatu. "Tapi saya mungkin akan membuat penggambaran sepanjang hari, dan mungkin meleret hingga ke petang. Bagaimana dengan Si Cilik?"

Lu Tingxiao tidak menjawab dan hanya memandang anaknya.

Pelukan dan ciuman Ning Xi memang menggembirakan ban kecil itu. Walaupun mendengar berita buruk ini, dia masih kelihatan gembira. Dia berlari ke biliknya.

Ning Xi bimbang memikirkan dia mungkin akan menguncikan dirinya sekali lagi. Tanpa disangka, ban kecil itu kembali dengan cepat, dengan sebuah tablet di tangannya.

Di atas tablet itu tertulis: Berjuang.

Ning Xi hampir menangis kerana terlalu gembira. "Terima kasih, sayang. Kamu memang bidadari saya!"

Lu Tingxiao memandang mereka yang saling berpelukan, satu kelembutan yang belum pernah dilihat menjengah matanya.