webnovel

Hebatnya, Saya Mahu Berkahwin dengan Dia!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Dia… bercakap!

Semua orang terkejut.

Guan Ziyao juga kelihatan terkejut. Guan Zhichen yang menjerit sebentar tadi terdiam.

Dia benar-benar bercakap.

Budak bisu ini telah cakap yang Guan Zichen tidak layak untuk dengar dia berkata-kata!

Keyakinan Guan Rui telah hancur sekelip mata.

Bagaimana mungkin!?

Dia telah menghabiskan banyak masa untuk menyiasat mengenai budak itu. Malah, sebelum dia pulang ke negara ini, dia telah memastikan penculikan yang berlaku dua tahun lepas telah meninggalkan kesan psikologi yang teruk kepada budak itu sehingga membuatkan dia tidak dapat bercakap.

Budak itu juga mempunyai keyakinan diri yang rendah sehingga dia melarikan diri apabila terdengar perbualan antara Guan Ziyao dan Yan Ruyi. Tetapi sekarang, bukan sahaja dia tidak hilang kawalan malah dia boleh bercakap juga.

Keadaan sudah menjadi terbalik.

"He… hebatnya," Komen salah seorang daripada tetamu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com