webnovel

Cik Ning yang Cantik dan Dihormati

Editor: EndlessFantasy Translation

Di atas pentas, Ning Xueluo yang sedang riak itu tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Kemudian, dia mengukir sebuah senyuman dan memandang Ning Xi. Dia memanggil gadis itu dengan lembut, "Ning Xi, boleh datang sini sekejap?"

Mendengar Ning Xueluo memanggil Ning Xi naik ke atas pentas, Fang Ya dan tetamu yang lain kebingungan. Kenapa dia panggil perempuan tu naik ke pentas?

Tetapi, memandangkan itu adalah permintaan Ning Xueluo, mereka tidak membantah.

Xiao Tao merenung Ning Xueluo dengan tajam. Hatinya mendidih. "Kak Xi, pergi saja! Kalau tak nanti semua orang akan ingat kita takut dengan dia! Lagipun, dia tak boleh buat apa-apa depan orang ramai macam ni!"

Dalam situasi ini, Ning Xi akan kelihatan jahat kalau dia menolak ajakan Ning Xueluo secara terang-terangan. Lagipun, ada ramai yang sedang merakam adegan ini secara langsung...

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com