webnovel

Posyen Asas

Editor: EndlessFantasy Translation

"Profesor! Saya berjaya mencapai pembantu paderi tahap 1 dan memahami ilmu-ilmu… asas dari kelas awam..." Leylin bercakap dengan perlahan.

"Saya tahu, kamu ingin memilih subjek untuk ilmu pengetahuan yang saya tawarkan!" Kroft menyampuk percakapan Leylin.

"Saya dengar kamu berkongsi dan mengajar maklumat-maklumat dari kelas-kelas awam yang kamu hadiri itu untuk mendapatkan kristal-kristal ajaib. Nampaknya kebolehan belajar dan menghafal kamu agak bagus. Daripada apa yang saya nampak sekarang, kamu ada keupayaan untuk mempelajari maklumat-maklumat peringkat yang lebih tinggi!"

"Terima kasih!" Leylin tunduk dengan rendah.

Leylin faham beberapa perkara tentang kelas-kelas berbayar di akademi ini. Walaupun profesor-profesor ini mempunyai maklumat untuk peringkat yang lebih tinggi, ia adalah penemuan mereka sendiri.

Manakala untuk penyelidikan yang canggih pula, termasuk keputusan dan hasil daripada pelbagai eksperimen persendirian, maklumat-maklumat ini hanya ditukar atau dijual beli di antara profesor sahaja.

Maklumat-maklumat ini memang terbaik, malah boleh dipindah terus ke dalam memori seorang pembantu paderi supaya mereka tidak akan lupa.

Bagaimanapun, bayarannya sangat mahal, setiap subjek memerlukan sekurang-kurangnya sepuluh kristal ajaib dan Leylin ternyata tidak mampu untuk beli sekarang.

Satu-satu harapannya ialah daripada satu subjek percuma yang dijanji oleh Kroft pada permulaan dia menjadi perantis.

Kroft mengangguk dan memindahkan perkakas di atas meja. Kemudian, dia mengambil beberapa barangan ganjil dan letak di atas meja tersebut.

Ada senaskhah buku besar berwarna kuning, sebiji bola kristal, dan tabung uji yang diisi dengan cecari kekuning-kuningan.

"Tiga barangan ini mewakili 3 bidang pengkhususan saya: Buku di sebelah kiri mewakili Peneutralan Tenaga, bola kristal itu mewakili Herbalisme, dan tabung uji itu mewakili Posyen. Sila pilih!" Kroft berkata.

"Saya pilih Posyen!" Tujuan Leylin memilih Kroft sebagai mentornya supaya dia dapat maju dalam Posyen dan bergantung kepada jualan posyen-posyen untuk mendapat duit menampung pembelajarannya, oleh itu dia membuat pilihan ini.

Posyen Asas ajaran Profesor Kroft ini ialah kursus lanjutan daripada kursus Posyen Asas kelas percuma. Secara teorinya, boleh mula bru posyen setelah memahami kedua-dua kelas ini.

"Saya tahu kamu mesti akan pilih ini!" Kroft yang berumur pertengahan itu menghadiahkan senyuman.

"Kemahiran bru posyen agak kompleks dan rumit, kesilapan kecil boleh mengundang kegagalan. Semua Pakar Posyen telah menggunakan sumber yang banyak untuk mengumpul pengalaman mereka. Kamu telah bersedia untuk ini?"

"Ya, Tuan! Saya percaya dengan kata pepatah: Kamu mungkin tidak akan diberi ganjaran untuk bekerja keras, tetapi tanpa kerja keras, pasti tiada sebarang ganjaran!"

"Ya! Satu mentaliti yang bagus. Seseorang harus mempunyai falsafah ini dalam perjalanan ke haluan kebenaran!" Kroft mengangguk dan menyerah tabung uji berwarna kuning itu kepada Leylin.

"Ini milik kamu sekarang!"

"Ini? Bagaimana cara penggunaannya?" Leylin melihat tabung uji itu.

"Minum terus darinya!"

Leylin membuka penyumbat kayu itu dan meminum cecair kekuning-kuningan itu.

Bau betung yang menjelikkan menyusup pancainderanya, dan meninggalkan bau di dalam hidungnya. Muka Leylin bertukar merah, dan air matanya keluar.

Dia tercungap-cungap dan hampir tidak berjaya untuk menelan.

"Saya sumpah, saya tidak pernah minum sesuatu yang berbau busuk seperti ini!!!"

Busuk!!!! Bau yang berterusan itu tidak dapat terbayang dan ia mengejutkan pancaindera Leylin, membuat dirinya terasa seperti pengsan.

Akibat daripada rangsangan bau yang busuk tadi itu, persekitaran menjadi kabur pada pandangan Leylin, dan barangan di sekeliling kelihatan berbelit-belit.

"Kamu... Ia berasa... Tidak begitu..."

Leylin melihat Kroft, dan ketika itu, profesor itu kelihatan seperti mi, berpusing-pusing dan berpintal-pintal. Bibir profesor itu buka tutup dan sekali-sekala bercakap, di mana banyak bunyi terhasil. Suara itu seperti geseran antara dua logam, atau radio rosak dengan isyarat yang teruk.

Leylin mengangkat tangannya, tapak tangannya yang lembut itu kelihatan penuh dengan lipatan, malah cair seperti lilin, jatuh satu per satu.

Dan akhirnya, keseluruhan badan Leylin bertukar menjadi lopak cecair dan hilang sepenuhnya ke dalam kegelapan...

"Bagaimana perasaan kamu?"

Suara Kroft kedengaran, dan Leylin terkejut. Dia menyentuh kepalanya, sensasi yang kuat itu membawa kehangatan dan sedikit kelembapan.

Persekitaran bertukar semula ke normal, dan Kroft berdiri situ tersenyum.

"Saya berasa tidak begitu baik!" Peluh yang banyak menitis dari dahi Leylin.

"Apa yang saya nampak tadi ialah satu ilusi? Ia berasa terlalu nyata!"

"Itu kejadian yang normal, sihir ilusi seorang Magi kelihatan seperti realiti kepada pembantu-pembantu paderi dan terdapat beberapa pembantu paderi yang telah mengalami seluruh kehidupannya di dalam ilusi-ilusi itu dan mati pada umur tua!" Suara Kroft kedengaran.

"Maklumat itu telah dipindah ke dalam otak kamu, sila lakukan lebih banyak meditasi apabila kamu pulang!"

Ketika ini, Leylin menemui satu blok maklumat baru di dalam otaknya. Satu frasa muncul di sebelah kanan yang mengatakan: "Posyen Asas"

"Baiklah! Tugas kamu pada hari ini ialah bersihkan Kawasan 3, dan juga bekukan semua Semut Api Berumput..."

Kroft menyerahkan tugasan.

Leylin mengangguk dan mengambil alat-alat yang terletak di sudut makmal itu, dan menuju ke Kawasan 3.

"Tahniah, Leylin!" Ketika waktu rehat Leylin, Bicky pergi jumpa Leylin.

"Saya cuma bernasib baik!" Leylin tersenyum sedikit.

Bicky telah datang ke sini setahun awal daripadanya dan juga pembantu paderi tahap 1.

"Sebaik sahaja kamu menjadi pembantu paderi tahap 2, kamu boleh guna sihir-sihir pangkat 0! Selain itu, rune-rune minda juga akan menjadi lebih susah. Saya pun masih perlukan sekurang-kurangnya tempoh setahun untuk bermeditasi sebelum mengaut peluang untuk maju."

Dengan bantuan Cip A.I., Leylin sedar tentang situasi yang dia kini berada.

Di sudut lain, Merlin, yang sedang bosan mengkaji eksperimen-eksperimennya, mengangkat kepalanya dan memaksa dirinya untuk senyum di mana senyumannya kelihatan lebih buruk daripada menangis.

Leylin mengangguk kepalanya sebagai tanda pengiktirafan. Dia tahu otot muka seniornya terdapat kesan bakar akibat satu eksperimen dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa ekspresi wajah.

"Eksperimen-eksperimen Magi sangat berbahaya!" Leylin menggeleng kepalanya.

Leylin agak cekap dan kebiasaannya dia akan menyelesaikan tugas yang diberi oleh Kroft sebelum tengah hari. Pada masa lapang di waktu petang, dia akan menghadiri kelas-kelas awam.

"Jumpa lagi!" Selepas mengucap selamat tinggal kepada Bicky dan Merlin, Leylin tidak pergi ke kawasan akademik tetapi terus ke kawasan perdagangan.

Kawasan perdagangan itu sangat besar dan terletak bersebelahan Kawasan Misi. Bagaimanapun, tempat itu agak huru-hara; terdapat ramai pembantu paderi berjubah kelabu yang mendirikan gerai-gerai, dengan papan tanda terpacak yang mengandungi item-item dan syarat-syarat yang mereka mahu untuk urusan jual beli.

Sekali-sekala, beberapa pembantu paderi akan mula tawar-menawar, ia kelihatan sangat sibuk.

"Nampaknya hanya pembantu-pembantu paderi yang berada di sini. Manakala untuk golongan Magi, mereka mempunyai kawasan lain untuk urusan perdagangan!" Leylin melihat sekeliling dan hanya nampak jubah-jubah kelabu sahaja, tiada satu pun Magus berjubah putih atau hitam hadir di situ.

Leylin melihat semua gerai-gerai di situ. Beberapa gerai di situ hanya terdiri beralaskan lantai sahaja, sama seperti penjual tepi jalan di dunia sebelum ini, dan kelihatan kotor sedikit.

Item-item di gerai-gerai lantai itu terbahagi kepada pelbagai kategori; kebanyakannya ialah busur, pisau, damak, dan lain-lain lagi. Terdapat juga bulu, hati, dan mata makhluk hidup, dan ada bekas darah juga. Manakala, item-item yang lain tidak dapat dikenal pasti oleh Leylin.

Manakala untuk posyen pula, setiap gerai yang papan tandanya ditulis 'Posyen-Posyen' riuh-rendah kerana terdapat ramai pembantu paderi berada di situ. Semua pemilik-pemilik gerai itu mempunyai riak muka yang tenang dan memancar gelombang tenaga yang kuat.

Berdasarkan kiraan Cip A.I., ramai dari pembantu paderi ini adalah pembantu paderi tahap 3!

"Seperti yang dijangka, kebatasan posyen-posyen ini menjangkaui imaginasi aku, belum lagi artifak-artifak ajaib, tiada satu pun yang dijual!"

Leylin teringat Jayden, yang telah menggunakan lencana berwarna hijau sebelum ini. Itu adalah artifak ajaib gred-rendah, sama seperti cincinnya sebelum ini.

Pembantu paderi tahap 1 tidak mampu menggunakan sebarang sihir, tetapi Jayden telah berjaya menundukkan Kaliweir sebelum ini dengan menggunakan artifak ajaib lencana hijau itu.

"Nampak sangat aritfak sihir itu diberi kepada Jayden oleh Dorotte!"

Leyin berasa cemburu sedikit. Dia pun memiliki sekerat artifak ajaib sebelum ini, tapi sayangnya, ia telah rosak dan dia gunakannya sebagai yuran untuk masuk akademi itu. Dengan syarat-syarat sekarang, ternyata ia sangat sukar untuk mendapat artifak ajaib yang baru.

Leylin melihat barang-barang pameran sambil berjalan ke bahagian tengah kawasan perdagangan.

Terdapat beberapa pondok kayu di situ, dan pondok-pondok itu kelihatan mempunyai standard yang lebih tinggi berbanding yang lain. Pembantu-pembantu paderi sekali-sekala keluar masuk dari pondok itu memancar gelombang tenaga yang kuat.

Leylin dengan bersahaja masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual posyen.

"Apa yang kamu mahu?" Pemilik kedai itu ialah seorang yang gemuk dan memakai jubah kelabu. Dia kelihatan pemalas. Mengikut bacaan oleh Cip A.I., dia juga adalah pembantu paderi tahap 3 dan mempunyai sebuah artifak ajaib.

"Saya perlukan sebuah set peralatan supaya saya boleh berlatih membru posyen!" Leylin berkata dengan tenang.

"Seorang lagi yang kuat berangan! Dan kali ini ialah pembantu paderi tahap 1 yang cuba untuk membru posyen! Kamu ingat kamu Merlin?" Si gemuk itu memarahinya.

"Maafkan saya, Merlin ialah senior saya dan kami mempunyai mentor yang sama!" Leylin menjawab.

"Oooo, begitu! Nampaknya kamu ialah perantis Kroft, membru posyen pada peringkat ini adalah perkara yang munasabah, ia sangat munasabah!" Wajah si gemuk itu penuh bersemangat, "Jadi, kamu ialah junior Merlin, hello, nama saya Woox!"

Si gemuk itu memperkenalkan dirinya, dan riak mukanya agak licik, "Selain ilmu bru posyen, jika kamu boleh dapatkan saya beberapa posyen Merlin, saya akan beri harga yang bagus untuk kamu. Lagi bagus, jika posyen-posyen itu dibuat sendiri oleh Profesor Kroft..."

"Maafkan saya! Posyen-posyen buatan Profesor Kroft adalah mustahil! Tetapi untuk posyen-posyen buatan Merlin, saya akan cuba!" Leylin kelihatan menyampah, tetapi tidak menolak tawarannya secara terang-terangan.

"Sekarang, boleh kamu tunjukkan pada saya perkakas-perkakas yang ada?"

"Oh! Boleh! Boleh!" Si gemuk itu menggosok tangannya dan meletak beberapa set perkakas kaca di atas meja kayu itu.

"Ini kesemuanya! Semua perkakas ini ialah perkakas terpakai, tetapi masih berguna. Saya cadangkan set ini; ia adalah daripada pembantu paderi tahap 3 yang tidak mahu perkakas ini lagi!"

Si gemuk itu keluarkan satu set perkakas yang mengandungi bikar-bikar, sebatang rod kaca, sekeping piring petri, beberapa tabung uji, dan sebuah set alatan berwarna kuning pucat. Ia kelihatan lengkap.

Leylin memeriksa peralatan itu dengan tangannya.

Berdasarkan analisa Cip A.I., kualiti perkakas ini agak sederhana, tetapi masih berfungsi.

"Baiklah! Aku akan ambil yang ini! Berapa kristal ajaib yang perlu?"Leylin bertanya.

"Dua biji!" Si gemuk itu menjawab.

"Bungkus elok-elok untuk saya!" Leylin serahkan dua biji kristal ajaib kepada si gemuk itu. Si gemuk itu menyambut bebola Kristal ajaib itu dan membungkus set tersebut sebelum menghulurkannya kepada Leylin.

"Awak ada formula-formula posyen asas?" Leylin letakkan bungkusan itu di belakang dan bertanya sekali lagi.

"Ya! Saya ada formula posyen kekuatan, posyen hemostatik, dan posyen penyingkiran serangga, mana satu yang kamu mahu?"

"Posyen kekuatan satu!" Kesemuanya adalah formula posyen asas, jadi Leylin hanya memilih satu.

"Bagi saya satu set bahan sekali!"