webnovel

Kumpulan itu berbincang sehingga lewat malam, tetapi tiada sebarang konklusi yang dicapai.

Selepas itu, tugas mengawal pada waktu malam telah ditugaskan, dan masing-masing kembali ke khemah untuk berehat dan bermeditasi.

Leylin berbaring di atas sebuah katil sederhana yang dibaluti bulu serigala putih, kebimbangan terasa dalam hatinya.

Padanya, warisan yang tidak diketahui sesiapa sudah terdedah kepada mereka. Tambahan pula, mengguna kebolehan imbasan Cip A. I. tidak mendapat sebarang hasil. Ini membuat dia terasa agak jengkel.

Termasuk meditasi yang dia buat setiap hari perlu ditangguhkan.

"Mungkin aku tidak patus meletak sepenuh harapan aku di sini. Pantai selatan sangat luas. Setiap beberapa tahun akan terdapat seorang pembantu paderi yang terjumpa warisan dan memperolehi sumber-sumber untuk maju jadi seorang Magus rasmi. Banyak lagi peluang yang ada…"

Leylin memujuk dan kemudian ketawa pada dirinya.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com