webnovel

Perisai Garrison Terkenal

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Awan gelap mula berlegar-legar di langit Bandar Daun Merah, mengerumuni bulan purnama yang tergantung di udara. Di jalanan, lampu magis bersinar menerangi bandar.

Shi Feng baru sahaja log masuk.

Di Kawasan Tuhan masih malam. Majoriti pemain sedang berada di Kawasan Perdagangan, membuatkan tempat itu sangat sesak. Hanya terdapat beberapa pakar sahaja yang memburu raksasa untuk menaikkan tahap di masa ini.

Pada siang hari pula, Kawasan Berdagang terbiar sepi. Namun, jalanan itu telah dijadikan bazar, penuh dengan hiruk-pikuk dan keseronokan. Para pemain boleh membuka gerai sepanjang jalan berturap yang lebar, dan di atas selembar kain putih terdapat beberapa barang yang dikehendaki Pekerja Pembantu dan juga beberapa buah Peralatan Biasa. Pembeli dan penjual saling tawar menawar antara satu sama lain, dan beberapa wajah mula bertukar kemerahan hanya kerana satu atau dua Tembaga.

Sistem: Perisai Garrison yang kamu letakkan pada lelongan telah dijual. Selepas menolak yuran proses, sejumlah 5 Perak 31 Tembaga telah dimasukkan dalam inventori.

Sistem: Perisai Garrison yang kamu letakkan pada lelongan telah dijual. Selepas menolak yuran proses, sejumlah 5 Perak 67 Tembaga telah dimasukkan dalam inventori.

Sistem: Perisai Garrison yang kamu letakkan pada lelongan telah dijual. Selepas menolak yuran proses, sejumlah 5 Perak 98 Tembaga telah dimasukkan dalam inventori.

.....

.....

Belum sempat Shi Feng dapat melangkah satu langkah ke hadapan, satu siri pemberitahuan berkenaan Rumah Lelongan daripada dalam Sistem dapat didengari. Shi Feng dengan bersahaja memilih Sistem Pemberitahuan untuk muncul, dengan tiba-tiba menjadi terkejut.

Nilai Perisai Garrison betul-betul melebihi anggaran Shi Feng. Pada dasarnya, Shi Feng bertujuan untuk menjualnya dengan nilai, lebih kurang, 5 Perak. Namun, dalam realiti, disebabkan saingan dalam peningkatan harga sangat tinggi, Perisai Garrison mencapai harga maksimum 6 Perak 42 Tembaga. Semua sebelas Perisai Garrison dapat dijual dengan harga lebih 67 Syiling Perak. Jumlah itu dengan segera menukar Shi Feng menjadi pemilik Syiling Emas. Dia telah menjadi Emas-wan.

Dalam fasa kini permainan, kuasa pembelian satu Syiling Perak sangat menakjubkan. Bagi Persatuan kelas-kedua, keluar masuk dana hanya berjumlah enam puluh ke tujuh puluh Syiling Perak. Untuk membangunkan dengan sempurna pemain mereka pada peringkat awal permainan, Persatuan ini tidak dapat mengumpulkan terlalu banyak Syiling Perak. Perbuatan seperti itu hanya akan membantutkan pembangunan masa depan sesebuah Persatuan. Bagi Persatuan kelas-atasan, keluar masuk dana hanya di tingkat satu Syiling Emas. Namun, dana ini sudah kelihatan banyak ketika digunakan untuk puluhan atau ratusan pemain.

Kini, Shi Feng benar-benar seorang hartawan.

Selepas seharian berlawan, majoriti pemain sedang kembali ke bandar dengan keadaan kotor selepas peperangan. Pemain ini membawa balik banyak bahan, dan sudah tentu, Shi Feng tidak akan melepaskan peluang ini. Shi Feng dengan bersahaja memilih satu lokasi yang padat dengan orang, menghamparkan kain putihnya atas tanah dan mula mendirikan gerai untuk membeli bahan-bahan.

Pemain tahap tertinggi sepatutnya berada di tahap 4, manakala kebanyakan pemain lain masih di Tahap 2 dan pemain pakar yang lain pula di Tahap 3. Oleh itu, bahan yang mereka jual berbagai-bagai; terdapat barangan bertahap tinggi, dan juga barangan yang biasa.

Harga semasa untuk bahan berperingkat tinggi sangat mahal, oleh itu Shi Feng memang tidak akan membelinya. Shi Feng hanya bergantung pada diri sendiri untuk membuat Perisai Garrison, oleh itu duit yang dicarinya sangat terhad. Namun, Shi Feng hanya menjual peralatan ini untuk menjana sedikit modal. Selepas sahaja dia mendapat sedikit modal barulah dia boleh menjana pendapatan.

"Beli Intipati Magis, 6 Tembaga setimbun; Batu, 10 Tembaga setimbun. Juga membeli Batu Keras, 23 Tembaga setimbun," Shi Feng berteriak.

Selepas mendengar teriakan Shi Feng itu, para pemain di jalanan mengerumuninya, satu demi satu.

"Bos, saya ada 10 timbun Batu. Berapa timbun yang kamu mahukan?"

"Saya ada 6 timbun Intipati Magis; kamu mahukan semuanya?"

"Saya ada setimbun Batu Keras."

Selepas mencari seharian, Intipati Magis dan Batu menjadi bahan yang bersepah di merata jalan. Kebiasaannya, pemain akan menjual bahan-bahan ini kepada NPC atau menyimpannya untuk melatih Kerja Bantuan. Namun, bahan-bahan seperti Batu Keras sangatlah jarang. Ia biasa boleh didapati dalam kawasan Tahap 3, hanya dijatuhkan oleh Kobold atau Raksasa Batu Kecil.

Terdapat dua puluh butir Batu Keras dalam satu timbunan, dan ia bernilai 20 Tembaga apabila dijual kepada NPC. Batu Keras diguna pakai dalam menempa; namun, terlalu mewah untuk menggunakannya di peringkat awal permainan ini. Persatuan jarang membeli Batu Keras, oleh itu harga mereka tidaklah begitu tinggi. Namun, ia mempunyai tujuan yang besar apabila pemain berada di Tahap 7. Terdapat banyak raksasa istimewa di kawasan raksasa Tahap 7, dan mereka sangat memerlukan kekuatan senjata yang tinggi untuk melawan raksasa-raksasa ini. Senjata akan rosak apabila kekuatannya mencecah kosong. Setelah senjata rosak, peluang untuk membaikinya dengan sempurna hanya sekitar 20% sahaja. Jika gagal, ia akan bertukar menjadi sampah.

Sementara itu, Batu Keras boleh digunakan untuk membuat Batu Asah. Apabila digunakan pada senjata, ia boleh meningkatkan kemusnahannya buat sementara waktu. Tambahan lagi, ia boleh memulihkan kekukuhan senjata sebanyak 5 hingga 10 mata. Dengan Batu Asah, pemain tidak perlu kembali ke bandar untuk membaiki senjata mereka, menjimatkan banyak masa dan juga meningkatkan kecekapan memburu raksasa.

Dalam masa lampau Shi Feng, Batu Keras dijual dengan sangat terkenal. Harga Batu Asah meningkat dengan laju, membolehkan ramai penempa mengaut keuntungan. Untuk menaikkan tahap mereka dengan pantas dan mendapatkan kelebihan, Persatuan Bayang-Bayang turut dicekik darah oleh penjual tersebut. Mereka hanya mampu mengetapkan gigi mereka sewaktu membeli Batu Asah.

Dalam kehidupan ini, masa untuk Shi Feng pula untuk mengaut keuntungan besar. Dia ingin menyimpan banyak Batu Keras ini terlebih dahulu.

Selepas membeli bahan-bahan selama lebih satu jam, Shi Feng meraih sejumlah lapan puluh timbun Intipati Magis dan 120 timbun Batu. Bagi Batu Keras pula, Shi Feng hanya berjaya mengutip 12 timbun sahaja yang merupakan kuantiti yang sedikit.

Beg Shi Feng penuh dengan cepat.

Dia tiada pilihan selain untuk pergi ke gudang Bank untuk menyimpan semua barang-barang ini.

Gudang Bank terdapat ruang yang telah ditetapkan sebanyak 500 slot. Meluaskan ruang gudang untuk kali pertama akan diberikan 500 slot tambahan pada harga 20 Tembaga. Kali kedua ialah 1000 slot untuk 50 Tembaga. Seterusnya, setiap 1000 slot akan bernilai 1 Syiling Perak, dan setiap tambahan seribu slot akan dikenakan yuran pentadbiran sebanyak 10 Tembaga setiap minggu.

Buat masa ini, jumlah duit tersebut langsung tidak dihiraukan Shi Feng. Dengan segera, Shi Feng meluaskan tiga ribu slot, dan pada masa hadapan, dia harus membayar yuran proses sebanyak 30 Tembaga setiap minggu.

Selepas menyimpan semua bahan-bahan tadi, Shi Feng berlari ke arah Rumah Lelongan.

Rumah Lelongan itu berhubung dengan Bandar kecil di bawah kawasan takluk Bandaraya Sungai Putih. Walaupun terdapat beberapa pemain yang menjual bahan biasa di sini, pasti terdapat beberapa orang yang menjual Batu Keras. Cumanya, harganya akan diletakkan sedikit tinggi.

Namun, pemain tiada pilihan lain selain membeli Batu Asah untuk senjata mereka sewaktu mencapai Tahap 7. Oleh itu, Shi Feng tidak kisah dengan kehilangan sedikit duit tersebut.

Setibanya di Rumah Lelongan, Shi Feng menemui satu situasi pelik. Terdapat ramai ahli logistik Persatuan hadir di Rumah Lelongan. Setiap daripada mereka berkawal di Rumah Lelongan, dan menjadi tanda tanya apa yang mereka nantikan.

Shi Feng memilih tempat secara rawak untuk duduk, memanggil panel operasi Rumah Lelongan.

Baru sahaja Shi Feng mencari Batu Keras, dia terdengar beberapa ahli logistik Persatuan lain merungut sesama mereka.

"Berapa lama lagi perlu kita tunggu?! Kenapa Perisai Garrison itu tidak muncul lagi?! Biarlah aku membelinya supaya dapat membuat laporan!"

"Kau hanya menunggu selama tiga jam. Aku sudah berada di sini lebih sepuluh jam. Kau belum lihat lagi kehangatan persaingan Perisai Garrison. Yang aku dengar, disebabkan Perisai Garrison, ada beberapa Persatuan sanggup membunuh banyak Elit Istimewa yang liar, mengaut keuntungam yang menakjubkan. Ada juga sebuah Persatuan yang berjaya mendapatkan beberapa peralatan dan buku kemahiran, semuanya disebabkan Perisai Garrison ini. Oleh itu, semua orang di sini berebut untuk mendapatkannya. Malang sekali, beberapa set Perisai Garrison yang berbaki sudah pun dijual."

"Tepat sekali! Persatuan kami sangat menyesalinya. Jika kami tahu betapa besarnya kami akan ketinggalan kepada Persatuan itu, kami sudah beli Perisai Garrison, walaupun terpaksa membayar 7 Syiling Perak untuk satu set. Kini, orang atasan sudah mengeluarkan perintah. Selagi Perisai Garrison muncul, kami mesti membelinya!"

Mendengar perbincangan ahli-ahli logistik itu, Shi Feng turut terkejut dengan kepantasan Perisai Garrison mencapai kesan yang dia inginkan.

Oleh itu, Shi Feng mengeluarkan baki Perisai Garrison yang mempunyai Kuasa Pertahanan. Dia dengan senyap meletakkannya pada lelongan, meletakkan harga dasar untuk setiap satu kepada 8 Syiling Perak; 2 Syiling Perak lebih tinggi berbanding anggarannya sebelum ini. Namun, persatuan-persatuan ini masih dapat menerima harga ini. Bagi Perisai Berat Garrison yang terbaik pula, Shi Feng akan menjualnya selepas beberapa tempoh pada masa akan datang. Dia akan membiarkan Persatuan-persatuan ini hadam dengan perlahan-lahan Perisai Garrison ini.

Selepas meletakkan peralatan pada lelongan, Shi Feng mula mencari Batu Keras. Shi Feng tertanya-tanya jika ada mana-mana pemain yang melelongnya di sini.

Next chapter