webnovel

Kitab Injil Kegelapan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Semasa Salji Lembut memutuskan talian, Shi Feng menghelakan nafas lega. Nasib baik, rahsianya tidak terbongkar.

Sekiranya Salji Lembut tahu Shi Feng yang membuat Perisai Garrison itu, satu kesudahan yang menakutkan bakal terjadi. Dan juga, Shi Feng pasti Salji Lembut akan menggunakan paksaan sekira dia tahu tentang ini.

Dewi Salji itu bukannya satu gelaran semata-mata. Penumbuk besinya telah menakutkan ramai pakar. Jika tidak, mana mampu dia menjaga begitu ramai pakar.

Namun, Shi Feng menemui sesuatu yang menarik daripada kata-kata Salji Lembut.

Banyak Persatuan di Bandaraya Sungai Putih telah nenyedari kepentingan Perisai Garrison. Ini bermakna reputasi Perisai Garrison sudah tersebar luas. Kini, populariti Perisai Garrison sudah mencapai kemuncak. Ini peluang besar untuk Shi Feng menjual Perisai Garrison dalam kuantiti yang banyak, menjana duit yang banyak. Hal ini kerana untuk suatu tempoh masa, keuntungan daripada jualan Perisai Garrison tidak akan tinggi lagi seperti sekarang.

"Mari lihat dahulu Misi Epik ini; lepas ni aku akan pulang untuk menempa lebih banyak Perisai Garrison." Shi Feng tidak sabar lagi mahu pulang untuk menempa Perisai Garrison kerana sekarang peluang sudah terbentang untuknya mendapatkan duit yang banyak. Namun, Misi Epik yang sedang dijalankan sekarang lebih penting. Jika dia mengalah di pertengahan jalan, dia pasti akan menyesal seumur hidup.

Misi Epik ini memainkan peranan yang besar untuk Pelenyap Fantasi meraih pencapaian lagendanya. Secara dasarnya, Shi Feng tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Selepas menghabiskan masa selama dua puluh minit menjelajah laluan sempit di Kawasan Kotor, Shi Feng akhirnya tiba di Perpustakaan.

Dalam perjalanannya tadi, Shi Feng menemui keajaiban berjalan seiring dengan Ketuhanan Rasmi di Kawasan Kotor. NPC yang ingin merompaknya sebelum ini ditahan sewajarnya selepas melihat pakaian Sharlyn. Jika tidak, Shi Feng perlu menghabiskan masa lebih sejam untuk perjalanan ini, terus menerus berlawan dengan tikus kawasan kumbahan. Tambahan pula, NPC ini kelihatan sangat miskin. Shi Feng tidak akan mendapat ganjaran apa-apa membunuh NPC ini, apatah lagi EXP.

Perpustakaan Bandar Daun Merah mempunyai pemandangan yang layu. Bangunannya hanya mempunyai dua tingkat, dan tiada siapa yang datang untuk menguruskannya kerana kelihatan daun kering tersangkut pada pagar.

Memasuki Perpustakaan, habuk dan debu meliputi seluruh bangunan. Buku-buku bersepah atas meja kayu telah lama terbiar diselaputi lapisan tebal debu. Perpustakaan itu lebih kelihatan seperti rumah hantu daripada tempat yang pernah didiami orang.

"Maaf. Sudah lama tiada orang datang melawat, jadi saya jarang mengemaskan tempat ini. Duduklah di mana yang kamu suka," Sharlyn tersenyum sedikit sambil menuding jari ke arah kerusi yang dipenuhi habuk, tidak memahami yang kelakuannya itu tidak patut.

"Ketuhanan Rasmi yang dihormati, saya datang ke sini untuk menterjemahkan diari ini," Shi Feng berkata secara terus terang. Bulu keningnya dikedutkan sedikit sewaktu melihat habuk setebal ibu jari menutupi kerusi. Dia tidak mahu mengotorkan pakaiannya.

Namun, Sharlyn terus membuat halnya sendiri dengan mencari sesuatu di rak buku. Dia seperti tidak mendengar kata-kata Shi Feng itu tadi.

Shi Feng sudah biasa dengan kelakuan seperti itu, oleh itu dia memilih untuk berdiam diri. Terdapat macam-macam ragam NPC dalam Kawasan Tuhan. Semuanya betul terutama bagi orang penting dalam NPC. Perbuatan yang unik dan aneh dianggap hal yang kecil. Ada juga NPC yang dikenali berperwatakan sial. NPC ini banyak membuatkan Persatuan kelas-pertama menyumpah mereka.

Selepas menunggu hampir sepuluh minit, Sharlyn akhirnya keluar daripada dalam timbunan rak buku. Dalam tangannya, dia memegang sebuah buku lama yang tebal dan koyak-rabak.

"Saya tahu kenapa kamu di sini. Di saat kaki kamu melangkah ke Kawasan Kotor, saya dapat merasakan tenaga jahat yang terkeluar daripada badan kamu," Sharlyn berkata dengan serius. Dia meletakkan buku tua itu ke atas meja, menyebabkan habuk di sekeliling bangunan terbang melayang-layang ke udara, "Bagi saya lihat barang itu."

Shi Feng sudah tahu diari itu yang memulakan senario ini. Dia mengeluarkan diari yang usang daripada begnya, dengan berhati-hati memberikannya kepada Sharlyn.

Sharlyn tidak terhegeh-hegeh mengambil diari itu. Sebaliknya, dia membaca jampi dari Kata-kata Ketuhanan. Tiba-tiba, Kata-kata Ketuhanan mengeluarkan sinaran emas lalu membaluti diari itu.

Baru sahaja Shi Feng tertanya-tanya mengenai perbuatan Sharlyn, perubahan tiba-tiba berlaku kepada diari itu. Asap hitam terus muncul dari atas kulit buku yang hitam pekat, dan satu muka yang jahat muncul.

"Kejahatan pergi musnah! Lembing Ketuhanan!"

Sharlyn berteriak, tangannya yang seperti batu jed menulis Kata-kata Ketuhanan di udara. Pada masa yang sama, dia mula melaungkan Sumpahan Ketuhanan Kelas 3, suaranya bergema ke seluruh Perpustakaan. Satu lambang heksagram berwarna emas muncul atas Perpustakaan, menutupi seluruh bangunan, dan daripada formasi magis tersebut, tiga Lembing Penghakiman emas melayang keluar. Ketiga-tiga lembing itu menusuk terus ke diari, menghancurkan muka jahat itu.

"Hahaha, aku tidak akan mengalah! Kita akan berjumpa lagi!" Muka jahat itu ketawa sekuat-kuatnya sambil mengatakan perkataan yang menggerunkan. Kedua-dua biji matanya ditetapkan ke arah Shi Feng seperti kata-kata itu ditujukan kepada Shi Feng.

Dalam sekelip mata, asap hitam di atas diari itu menghilang. Sementara itu, dahi Sharlyn dibasahi peluh. Kulit mukanya bertukar pucat, dan dia ketika itu kelihatan sangat lemah.

Sistem: Kamu telah disumpah oleh Iblis Agung1. Kesemua atribut berkurang sebanyak 50%, pengalaman yang diterima daripada pembunuhan raksasa dikurangkan sebanyak 95%.

Sistem: Kamu sedang diperhatikan oleh Iblis Agung. Bayangan Iblis Agung akan memburu kamu selama tiga puluh hari. Jika kamu dibunuh oleh bayangan tersebut, badan kamu akan dirasuk oleh Iblis Agung.

"Sial! Tidak boleh kejam lagi ke?" Tidak kira betapa tabahnya dia sebelum ini, Shi Feng tidak tahan lagi untuk mencarut sewaktu melihat pemberitahuan ini. Jika dibandingkan dengan piawaian manusia, Iblis Agung sama seperti Kerjaya Kelas 4. Dia sama tahapnya dengan Maharaja Pedang. Walaupun ia cuma bayangan, dia masih memerlukan Sharlyn, yang merupakan kerjaya Kelas 3, untuk bersemuka dengannya. Namun, daripada menyasarkan Sharlyn, Iblis Agung itu mencari pemerhati dan karakter yang kecil seperti Shi Feng.

Dengan sumpahan ini, bagaimana dia mampu menaikkan tahap? Belum lagi 50% pengurangan dalam Atribut. Dia telah menyebabkan Atributnya turun ke tahap pemain biasa. Ia menjadi satu masalah jika ingin membunuh raksasa yang bertahap tinggi. Dia juga perlu berhadapan dengan bayangan Iblis Agung...

"Cik Sharlyn, kamu tidak apa-apa?" Walaupun Shi Feng disumpah, Shi Feng masih berkata dengan sopan.

Sharlyn menganggukkan kepalanya dengan lemah, berkata dengan senyuman, "Tiada yang serius. Saya tidak terbayang kamu membawa satu barang yang menggerunkan. Kamu telah melemahkan saya sedikit. Akan tetapi, masalah kamu telah selesai sekarang. Jika kamu melengahkan untuk beberapa hari lagi, badan kamu mungkin akan dirasuk oleh Iblis Agung, dan badan kamu akan diseksa dalam Neraka untuk selama-lamanya.

"Terima kasih Cik Sharlyn. Jika tidak disebabkan kamu, saya sudah tiada sekarang." Walaupun kata-kata Sharlyn kelihatan sedikit mencurigakan, Shi Feng masih berterima kasih kepadanya. Dia lega kerana dia datang ke Perpustakaan dengan segera. Jika tidak, dia sudah lama musnah. Namun, masalah sekarang belum lagi selesai.

"Tidak perlu berterima kasih. Diari ini bukanlah semudah yang disangkakan. Ia merupakan kunci. Di dalamnya direkodkan cara-cara untuk membuang sumpahan pada pintu. Tugas kamu sekarang ialah mencari pintu ini, masuk ke dalam melalui diari, dan cari Kitab Injil Kegelapan yang tersimpan di dalamnya. Saya boleh hapuskan Kitab Injil Kegelapan jika kamu berjaya membawanya kepada saya. Selepas dimusnahkan, Iblis Agung tidak akan dapat menjelma lagi," Sharlyn menjelaskan.

Sistem: Misi Epik "Kegelapan Menjelma" diterima. Cari dan hapuskan Kitab Injil Kegelapan dan halang Iblis Agung daripada menjelma. Ganjaran tidak diketahui.

Walaupun Shi Feng telah mengetahui kesukaran yang sangat tinggi dalam melengkapkan Misi Epik, tidak perlu untuknya menjadi sesusah begini! Sekurang-kurang nya, misi ini perlu memberitahunya di mana dia boleh mencari Kitab Injil Kegelapan!

Dalam kehidupan Shi Feng yang lepas, Pelenyap Fantasi telah melengkapkan Misi ini di Empayar Naga Hitam. Namun, Shi Feng tidak boleh terus ke Empayar Naga Hitam.

Sekiranya dia berada di sana sekali pun, Pintu Teleportasi belum lagi diaktifkan pada peringkat permainan ini, oleh itu dia perlu berlari ke sana. Namun, walaupun dia berlari sehingga kakinya patah, dia masih memerlukan beberapa bulan sebelum sampai di sempadan Empayar Naga Hitam.

...

Next chapter