webnovel

Kekuatan Seribu Kilo

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ingatan Xu Wenqing tentang Shi Feng masih segar di dalam fikirannya.

Sebelum ini, Shi Feng bukan sahaja dapat mengalahkan peninju nombor satu universiti, Zhang Luowei, bahkan dia juga dapat pujian daripada Chen Wu. Xu Wenqing tidak sangka dapat melihat wajah Shi Feng lagi di tempat ini.

"Tak mungkin." Chen Wu juga terkejut melihat Shi Feng.

Seingat dia, Shi Feng sememangnya seorang yang berbakat, tetapi kemampuannya belum mencapai tahap pakar kuasa dalaman. Sungguhpun demikian, sekarang dia sedang berdiri di atas gelanggang untuk pertandingan tinju hari ini. Kejadian ini ternyata membuat dia terkejut .

Apabila kedua-dua belah pihak telah berada di tempat masing-masing, Lei Bao dan Shi Feng saling bertukar renungan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com