webnovel

Jemputan Mengejutkan

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Berduyun-duyun pemain di hadapan Hutan Maut. Kini, mereka semua berkumpul sekitar pintu masuk Dungeon tersebut.

Situasi sebegini berpunca daripada tindakan Persatuan-Persatuan besar Bandar Daun Merah. Pasukan-pasukan Elit Persatuan-Persatuan tersebut semua telah tiba di Hutan Maut. Mereka semua telah bersedia untuk menempuhi Dungeon. Pasukan-pasukan ini lebih kuat daripada kumpulan-kumpulan Elit yang biasa. Peralatan Biasa melindungi seluruh badan mereka. Peralatan Gangsa pun ada pada segelintir mereka.

"Itulah MT utama Mahkota Syurga, Gunung Teguh. Aku tak pernah sangka dia pun datang ke sini. Pasti ada yang melepasi Hutan Maut kali ini."

"Hmph, Mahkota Syurga hanyalah Persatuan kelas-ketiga. Lihat sana; Timbalan Persatuan Pembunuh, Menusuk Hati pun ada di sini. Bukan dia sahaja, Kesatria Pelindung yang bernama Roh Perang di sebelahnya merupakan antara lima Kesatria yang teratas dalam Persatuan Pembunuh. Gunung Teguh pun tak boleh lawan dia."

Pemain-pemain di kawasan sekeliling mula berbincang antara satu sama lain. Mereka memandang positif terhadap peluang Persatuan-Persatuan besar ini untuk melepasi Hutan Maut. Memang dijangka, kerana terdapat lebih sepuluh Persatuan yang hadir sini, besar dan kecil. Antara mereka, yang paling terkenal merupakan Persatuan kelas-kedua, Persatuan Pembunuh. Seterusnya, Persatuan Kelas-Ketiga, Mahkota Syurga. Semua yang lain cuma Persatuan-Persatuan yang tidak dikenali, namun mereka pun tidak boleh dipandang rendah. Hal ini kerana terdapat Kesatuan sebagai penyokong kepada setiap Persatuan. Kesatuan-Kesatuan tersebut mengupah pakar. Pemain-pemain biasa tidak boleh dibandingkan dengan mereka.

Setiap Persatuan ingin membina reputasi masing-masing di Bandar Daun Merah. Menakluk Dungeon pertama di Bandar Daun Merah merupakan cara terbaik untuk berbuat demikian. Justeru, setiap Persatuan besar telah membuat persiapan rapi untuk memasuki Dungeon. Mereka juga telah membeli pelbagai maklumat tentang Hutan Maut. Jadi, mereka sangat yakin dapat menakluki Dungeon.

"Bos Melambai, peralatan pasukan-pasukan Persatuan di sini semua cantik belaka! Kali ini mesti mereka lepas Hutan Maut," kata Malam Musim Panas Tak Terkata dengan air muka terluka.

Melambai Gemalai menyilang tangannya. Dia mengangguk sedikit, sambil berkata dengan nada putus asa, "Hutan Maut terlalu susah. Belum jumpa Bos, satu kumpulan kita sudah kena sapu. Akhirnya, kumpulan macam kita hanya layak jadi peninjau Persatuan-Persatuan ini."

"Apa yang nak bangga sangat jadi pakar Persatuan? Bos, bukan kemahiran kita yang kurang. Dungeon ini terlalu seram. Syarat kualiti peralatan sini terlampau tinggi," kata Pahlawan Pelindung, Lawan Sampai Mati dengan hina. Dia menyimpan dendam yang mendalam terhadap para pakar Persatuan, dan dia pasti peralatan mereka menghalang mereka daripada melepasi Dungeon.

"Betul, Bos. Kalau kumpulan kita ada peralatan sebegitu, sudah lama kita lepas dari Hutan Maut." kata Malam Musim Panas Tak Terkata dengan yakin.

Berhubungan dengan Dungeon Musim Panas Tak Terkata teringat pada kumpulan Shi Feng. Dia ketawa sambil berkata, "Bukannya kita tak dapat apa-apa. Kita bunuh dua Arnab Malam, dapat buku kemahiran Berserker pula tu. Bandingkan dengan kumpulan Kapten Amatur, kita tentu lagi kuat. Mereka masih belum menonjolkan diri. Mungkin mereka malu. Kesian Salji Sunyi. Kalau dia ikut Bos, mesti dia sudah dapat buku ni. Kalau dia tahu, mesti dia menyesal tak ikut kita masuk Dungeon."

"Betul. Salji Sunyi tak tahu kenang budi. Sekarang dia mesti menyesal tak ikut bos," kata Lawan Sampai Mati sambil ketawa.

"Kemahiran Salji Sunyi boleh tahan juga. Tak tahu macam mana amatur itu boleh ambil hati pakar bernama Si Hitam tu. Tapi, hebat macam mana pun teknik pakar tersebut, kalau asyik kena heret dengan si tak guna tu, mesti mereka kena sapu juga. Mesti dia malu nak tunjuk muka sekarang. Kalau dia ikut kita tadi, mungkin kita sudah lepas dari Hutan Maut sekarang," Melambai Gemalai berpuas hati dalam senyap akan kesudahan Si Hitam.

"Bos, Persatuan-Persatuan sudah mahu masuk," kata Musim Malam Tak Terkata.

Akan tetapi, sebaik sahaja Persatuan-Persatuan tersebut hendak memasuki Hutan Maut, pagar teleportasi tiba-tiba bertukar warna serta-merta daripada perak-kelabu ke hitam legam. Terdapat juga sebuah tengkorak yang kurang jelas yang sedang mengaum.

Ahli-ahli Persatuan terpaksa mengundur beberapa langkah ke belakang.

"Apahal ni?"

Persoalan tersebut timbul pada hati semua hadirin. Namun, mereka mendapat jawapan mereka tidak lama kemudian.

Enam lembaga tiba-tiba muncul di hadapan pintu masuk Dungeon. Setiap mereka memakai kain yang cukup gemilang. Dengan hanya berdiri di sana, keenam-enam mereka menyebabkan yang lain merasa tekanan, terutamanya Dukun yang membawa tongkat berwarna hitam. Peralatan kelabu tua milik Dukun tersebut jelasnya merupakan satu set. Sekali imbas sudah mencukupi untuk kenal pasti barang-barang tersebut bukanlah barangan biasa. Bahan-bahannya jauh lebih berkualiti daripada Peralatan Gangsa.

"Eh? Kenapa ramai semacam?" Shi Feng memandang persekitarannya, dan menyedari mereka ini merupakan pasukan-pasukan Elit Persatuan-Persatuan besar. Dia sedikit keliru memerhatikan mereka semua menghalang pintu masuk Dungeon.

Ahli-ahli kumpulan Shi Feng juga mula panik. Tekanan akibat diperhati orang ramai lebih kurang sama seperti melawan makhluk Bos.

"Bos Melambai, tengok. Itu bukan amatur tadi ke?" Musim Panas Tak Terkata menunjuk ke arah Shi Feng.

Melambai Gemalai mengerutkan dahinya. Shi Feng bukanlah satu-satunya orang yang dia nampak. Salji Sunyi juga ada dengan mereka. Dia bertanya dengan perasaan ingin tahu, "Macam mana mereka boleh ada di sini? Bukan mereka lama sudah lari ke?"

"Pada pendapat saya, mereka tidak masuk ke dalam Dungeon sekalipun. Mereka tahu mereka tak mampu melepasi Dungeon, tapi mereka juga takut menanggung malu. Jadi, mereka hanya duduk diam dalam sana sehingga sekarang." Lawan Sampai Mati ketawa, "Tapi sekarang kebetulan mereka kena tangkap lepas baru keluar Dungeon. Tengok muka Salji Sunyi, hodohnya."

"Hahaha! Nama pun amatur, nak masuk Dungeon pun tak berani."

Melambai Gemalai merasa kata-kata Musim Malam Tak Terkata agak masuk akal. Jika tidak, macam mana kumpulan Shi Feng boleh kembali dengan selamat? Melambai Gemalai dan ahli-ahlinya yang lain telah merasai kengerian Hutan Maut. Setelah memasuki hutan Dungeon tersebut, hanya terdapat dua hasil: lepas dari sana, atau kena sapu semuanya. Mustahil mereka telah melepasinya.

Pada masa yang sama Melambai Gemalai dan rakan-rakan mula mentertawakan kumpulan Shi Feng, pemain-pemain di keliling Shi Feng telah pun menghilang diri selepas ketawa. Suasana tersebut mengelirukan Melambai Gemalai dan kumpulannya. Mengapa mereka mentertawakan kumpulan Shi Feng? Apakah mereka sebenarnya terkenal?

Perkara yang tidak disedari mereka adalah kumpulan Shi Feng sudah pun menjadi terkenal di seluruh Hutan Maut. Sebuah kumpulan yang kebanyakannya dianggotai amatur Tahap 1, tetapi sudah memasuk Mod Neraka Dungeon. Ini merupakan tindakan yang paling bodoh antara semua. Tindakan sebegini pasti akan menarik perhatian orang ramai.

Bak kata pepatah, "Sarang tebuan jangan dijolok."

"Hahaha, pemain eksotik itu sudah kembali. Sebenarnya saya agak hormat padanya sebab masuk Mod Neraka Hutan Maut, tapi rupa-rupanya dia seorang penakut."

"Tak tahanlah; sakit perut sebab ketawa."

Pemain-pemain di keliling kumpulan Shi Feng memahami tindakan mereka. Mereka telah buta-buta memasuki Mod Neraka Dungeon, jadi mereka tidak mampu menerokai Dungeon dengan lebih mendalam. Sebaliknya, mereka berlegar di pintu masuk Dungeon dan mengambil masa untuk meninggalkan Dungeon secara senyap. Kebetulannya pemergian mereka tertangkap oleh mata ahli-ahli Persatuan yang hadir.

"Abang Feng, mereka ini kenapa?" Si Hitam memandang pemain-pemain yang sedang terbaring sambil ketawa. Menggaru kepala, dia bertanya dengan nada pelik, "Otak mereka sudah gila ke? Kenapa mereka pegang perut dan ketawa sampai terbaring?"

"Manalah aku tahu. Otak mereka kejang kot. Tak elok main Kawasan Tuhan lama-lama, lebih-lebih lagi kali pertama." Shi Feng tidak merasa penampilan mereka merupakan sebab mereka semua ketawa. "Baik kita pergi dulu. Takut pula aku."

Ahli yang lain mengangguk setuju. Pemain-pemain Hutan Maut betul-betul aneh.

"Abang, tunggu sekejap."

Sebaik sahaja kumpulan Shi Feng hendak beredar dari pintu Dungeon, suara yang bergema mengisi ruang telinga semua yang hadir. Puncanya ialah seorang jelitawan suci yang berjubah ahli sihir putih melepak, yang kini berjalan menghampiri kumpulan Shi Feng.

Shi Feng mengenali wanita ini. Dia merupakan Paderi seratus teratas Kerajaan Bintang-Bulan, Xiao Yue'er.

Xiao Yue'er menghampiri Shi Feng dengan tersipu malu, dan pipi lembutnya kemerahan. Dia membisik, "Gembira berjumpa. Saya Xiao Yue'er dari Ouroboros. Kita pernah bertemu sebelum memasuki Dungeon. Ketua kumpulan berhajat untuk berbicara dengan awak tentang Dungeon Hutan Maut. Sanggup ke awak… berkongsikan ilmu?"

Next chapter