webnovel

penguasa belantara

dunia yang serba moden tidak memupuskan kebanyakkan manusia dari bersikap jahil, haq Dan batil menjadi laluan Dan ikutan,bagi mereka yang memilih haq akan tinggal dalam keadaan yang sederhana,manakala bagi mereka yang memilih batil tinggal lah ia dalam kekufuran Dan kesesatan...pertemuan Dua dunia,Dua lautan ilmu....peperangan haq Dan batil terus berlaku sehingga bumi tidak mampu menampungnya lagi.

Wan_Shah_8782 · Sci-fi
Not enough ratings
13 Chs

11.warisan Kota babil

lebihkurang jam 12 tengahari kelihatan balqis termenung di balkoni rumah marzuki, fikirannya mengimbau kisah lama,kisah lama yang membentuk peribadinya kini,balqis tidak pernah menyesal dengan apa yang di lakukannya,kisah yang berlaku dahulu yang membentuk peribadinya... fikirannya melayang jauh..kisah pahit muncul kembali... tahun 1880 di tengah Kota babil berdirinya banggunan yang gah..balqis membesar di Kota itu,seperti remaja-remaja yang lain,dia remaja yang cantik...cergas Dan pintar. seperti remaja-remaja lain dia juga mempunyai keluarga,keluarga Dan rakan-rakan lain memanggilnya bilqis. satu hari sewaktu pulang ke rumah dia dapati rumahnya berselerak,sekumpulan pemuda merompak Dan membunuh keluarganya, apabila pemuda-pemuda tersebut melihat bilqis mereka langsung mencabul dan melampiaskan nafsu terhadapnya,dalam keadaan menangis Dan terpaksa dia tidak mampu melawan dan dikelilingi pemuda-pemuda bernafsu serakah... akhirnya dia di bawa pergi Dan di jual...bilqis di perhambakan selama dua tahun, akhirnya pertolongan datang bila mana dia cuba meloloskan diri dari kurungan rumah hamba nafsu,dia di kejar Oleh beberapa orang pengawal rumah tersebut,sampai di suatu sudut lorong dia menemui jalan mati...sewaktu itu bilqis hanya menyerahkan nasibnya pada tuhan,dia pasti akan di bunuh kerana cuba melarikan diri,sedang dia di kepung Oleh beberapa orang pengawal terbabit,pertolongan datang secara tiba-tiba,seorang lelaki bermisai putih berkerudung kepala Dan berpakaian serba hitam tampil,lelaki tua itu membaca sesuatu sambil tangannya meramas-ramas dalam keadaan genggam... pengawal-pengawal tersebut menggelepar,muntahan darah menyembur dari mulut pengawal-pengawal tersebut, akhirnya kelibat pengawal-pengawal tersebut bergelimpangan di sudut lorong.

lelaki tua itu mengisyaratkan kepada bilqis supaya mengikutinya... bilqis bebas Dan di bawa pergi.semenjak itu kemana sahaja lelaki tua itu berhijrah bilqis akan ade sentiasa dia sisinya,lelaki tua tersebut menurunkan segala ilmunya pada bilqis,Hari berganti hari,bulan berganti bulan,tahun berganti tahun,ilmu yang di pelajarinya semakin ampuh,setiap pelanggan yang datang untuk menghancurkan hidup orang lain pasti akan bilqis selesaikan,dia begitu puas lebih-lebih lagi yang akan di musnahkan adalah seorang lelaki...lelaki tua yang bernama baluqi adalah guru yang paling di hormatinya,baluqi berusia 140 tahun sewaktu bilqis berguru,sebelum baluqi mati,baluqi memesan kepada bilqis supaya tubuhnya di makan Oleh bilqis,untuk menjadikan segala ilmu yang di pelajari Oleh bilqis meresap Dan diserap.bilqis akur akan perintah gurunya,itulah yang menjadikan bilqis sentiasa muda Dan tidak pernah tua. wajahnya tidak di mamah usia walaupun usia sebenarnya ialah 200 tahun.setelah kematian gurunya bilqis mula menjelajah seluruh pelusuk dunia Dan memberikan perkhidmatan serta mencari pengikut yang berkeinginan mengamalkan sihir.kota babil antara tempat permulaan lahirnya sihir-sihir...bilqis menjelajah selama dua ratus tahun sehingga la namanya bertukar kepada balqis...sihir yang di pelajari adalah warisan yang datangnya dari Kota babil. akhirnya balqis bertemu Dan bersekutu dengan mbah suro. mereka mula bertapak di jajahan nusantara, menyebarkan dakyah-dakyah kesesatan. lamunan balqis terhenti apabila bunyi pinggan di dapur rumah marzuki kedengaran, balqis segera kearah dapur Dan kelihatan marzuki sedang menyuapkan makanan ke mulut, marzuki tersenyum...semakin Hari marzuki semakin Sayang pada balqis, perasaannya tidak dapat mengelak dari teringatkan balqis, marzuki tidak mampu kehilangan seorang wanita yang cantik di pandangan matanya. hatinya mula tunduk pada kata-kata balqis. balqis begitu pandai memainkan peranan dalam melayani Hati Dan kehendak seorang lelaki.

sementara di suatu daerah lain di sudut belantara mat zin berteleku,fikirannya berkecamuk...sudah sebulan si pahlawan tidak kelihatan.kebiasannya mereka akan melakukan latihan bersama-sama,semenjak dari peristiwa pembantaian golongan-golongan fasik...si pahlawan tidak hadir berlatih.'barangkali dia sibuk'telak hati mat zin,seperti Biasa mat zin melakukan latihan sendirian,ada terfikir juga dia mahu ke tempat yunus, mat zin masih berkira-kira. mat zin berjalan sendirian ke kampung jin...sambil menegur-negur jin yang di lihatnya.mat zin masih menajamkan lagi ilmu yang di turunkan Oleh kiyai fansuri, manakala kiyai fansuri sibuk di istana belantara,penguasa memanggil semua kiyai Dan mengadakan perjumpaan bagi merancang serangan kali kedua.

manakala di sudut sekolah tahfiz ustaz yunus di arahkan berehat seketika,dia masih lagi dalam rawatan memulihkan diri dari serangan ilmu hitam,di suatu sudut lain pakatan-pakatan mbah suro tidak berhenti menyesatkan manusia-manusia Kota. kedai-kedai arak Dan pelacuran di buka di mana-mana sahaja atas saranan pihak pemerintah, manusia-manusia sudah tidak berharga...kelakuan-kelakuan maksiat di mana-mana sahaja...keseronokannya tidak ubah seperti Kota babil pada zamannya.