webnovel

BAB 2

Badan Karl Aidyn di papah wanita itu , keadaannya yang mabuk itu menyukarkan sedikit perjalanan ke bilik Karl Aidyn, badan Karl Aidyn yang terhoyong hayang itu di pegang kemas wanita itu , bimbang badan itu terpelanting jatuh ke lantai..

"I akan bagi yang terbaik untuk you.. don't worry baby.."

Wanita itu berbisik lembut ke telinga Karl Aidyn .. Karl Aidyn memeluk erat badan wanita itu. Tiada kata kata yang keluar dari mulutnya.. sebaik saja melihat pengawal itu , wanita itu mengukir senyum.. terlalu banyak bilik di rumah mewah ni..

"Bilik Tuan Karl ?"

Soalnya cepat.. cepat cepat pengawal itu menunjukkannya bilik itu , pintu itu di buka oleh pengawal dari luar , tiba di katil , badan sasa itu di letakkan di katil setelah pengawal itu beredar pergi..

"What are you doing ?"

Suara yang muncul di depan pintu itu mengejutkan wanita itu... Karl Aidyn sudah duduk dari baringnya , memegang kepala perlahan , riaknya seperti tidak puas hati dengan kehadiran Aara.. wanita tadi hanya memandang Karl Aidyn meminta untuk menjawab soalan Aara.. Malangnya Karl Aidyn hanya mendiamkan diri..

"I tanya you buat apa kat sini ? Get out..."

Aara bersuara lagi.. memandang panahan mata wanita itu. Wanita itu sudah membetulkan rambutnya.. Mengawal perasaan..

"I di minta sendiri oleh Tuan... untuk melayan dia.."

Gugup wanita itu membalas.. meminta pembelaan dari Karl Aidyn sambil memandang wajah Karl Aidyn.. Aara di pandang Karl..

"Jangan kacau I.. I need a rest.."

Karl mula bersuara.. Aara senyum sinis membalas pandangan itu..

"Yaaa. I tak kacau you rest.. I just minta perempuan ni keluar.."

Balas Aara laju..

"Aaa shut up.."

Karl Aidyn merengus kasar..  tangan wanita itu di capainya laju , belum pun badan itu di peluk Karl , Aara sudah bersuara..

"I said get out !! Jangan cakap I tak warning you perempuan !!"

Terkejut dengan suara Aaraa yang meninggi , laju saja wanita itu menarik tangannya dari pegangan Karl Aidy , tangannya sudah lepas dari genggaman Karl Aidyn .. Karl Aidyn melepaskan keluhan , tak suka dengan kelakuan Aara terhadap wanita itu..

"Jangan cakap you tak kenal I ? I boleh lenyapkan you kalau I mahu or lepas ni you tak nak lagi jadi model ? Berambus kalau you tak nak I akhirkan carier you.."

Aara berkata tenang , wanita itu mengetap bibir , takut dengan ugutan Aara.. semestinya dia kenal siapa Aara Adriana , wanita ini terkenal di merata tempat , mahu saja dia hilang di dunia jika melawan Aara.. tanpa memandang Karl Aidyn, wanita itu berlari keluar dari bilik itu.. Aara melepaskan hela seketika.. Karl Aidyn mengigit bibirnya sendiri , menahan emosi terhadap sikap Aara..

"Can you just stop disturbing me ?"

Karl Aidyn berdiri dari katil itu , matanya yang kuyu itu menatap Aara , melihat ketidak keseimbangan badan Karl Aidyn, laju saja Aara mendekat pada suaminya , badan itu di paut Aara , secepat kilat juga badan Aara di tolak Karl Aidyn..

"I tahu macam mana cara nak berdiri.."

Karl Aidyn bertegas.. Aara menyabarkan diri..

"You mabuk Karl.. you need a rest.."

"Noo ! I need a girl ! I need my girl.. bring back my girl.. i need them.."

Ucap Karl seraya meraup wajahnya.. geram dengan sikap Aara yang masuk campur urusannya.

"You tahu tak you dah rosakkan semua ! You boleh tak jangan masuk campur hal I.. I tak suka laaaa ! Bring back my girl.. Aaraaaa...."

Mata itu semakin kuyu , dapat Aara lihat keadaan Karl Aidyn yang semakin tak terkawal ,  Karl Aidyn juga sudah mula meracau , badan Karl Aidyn di pegang Aara..

"Enough Karl.. you mabuk.. you rest.. I temankan you.."

Tutur Aara dengan lembut.. Badan itu cuba di bawa Aara ke arah katil..

"Siapa nak layan I ? Siapa ? You ?"

Karl meranggul lembut pinggan Aara , Aara menelan liur setelah merasa kepala itu singgah lembut di lehernya , terasa janggal keadaan itu baginya.

"I need you now..."

Perlahan kedengaran suara Karl.. Aara membiarkan.. tiba tiba Karl mengangkat kepalanya , matanya menatap mata Aara.. Karl senyum seketika.. Aara menelan liur.. Karl sedar ? Gugup jantung itu menatap mata si suami.. Wajah Karl Aidyn mendekat ke arah bibirnya , saat mula menyentuh ,  dapat Aara rasa secara tiba tiba badan itu longlai tak bermaya sebelum dia menarik laju badan Karl Aidyn untuk rebah ke katil itu.. Aara melepaskan hela.. Jantungnya berdenyut kencang.. Karl Aidyn sudah tak sedarkan diri , terlalu banyak minum.

Aara membuka stoking milik Karl , di masukkan ke dalam tong pakaian yang sudah di gunakan. Dia menatap Karl yang sudah terbaring tak sedarkan diri itu.. perlahan dia kembali mendekat , butang baju kemeja itu di tanggalkan satu persatu , Aara menyalinkan dengan baju tidur..  setelah selesai , dia duduk di bucu katil itu , wajah lena Karl itu di tatap lama.. perasaan yang ada untuk lelaki ini ? Dia sendiri tak pasti , simpati ? Kesian ? Cinta ? Sayang ? Bukankan perasaan sayang dan cinta perlu ada untuk seorang suami.. Aara sendiri buntu , perlukah perasaan itu ada untuk lelaki yang selalu mencari wanita lain ketika sunyi ? Perlahan lahan Aara keluar dari bilik itu , meninggalkan Karl sendiri.