"Hahh" Mioko terkesima selepas mendengar setiap butir kata-kata yang keluar dari mulut Asyraf.
"lelaki ini mengambil berat tentang diri aku ke? tapi kami tidak pernah bertemu pun sebelum ini. Kenapa jantung aku tiba-tiba berdegup kencang ni? aku sudah mula jatuh cinta pada dia ke? ehh!! Tak mungkin aku baru sahaja bertemu dengan mamat ni. Nama dia pun aku tidak tahu. Tapi kenapa aku tersentuh dengan apa yang dia kata sebentar tadi" Banyak persoalan yang berlegar difikiran Mioko sehingga membuatkan pipinya kemerah-merahan disebabkan perasaaan malu dan keliru.
"CISS!! BERANI KAU!!!" Getus kedua-dua lelaki tersebut sambil mengorak langkah menuju ke arah Asyraf.
"BERDEBAH!! Rasakan pukulan berkembar dari kami" Dengan ganasnya dua penumbuk sekali gus dilepaskan oleh samseng-samseng itu. Tidak terus berdiam diri Asyraf menolak lembut badan Mioko kearah belakangnya lalu menjadikan dirinya sebagai perisai hidup buat Mioko.
"Kalau begitu, MARILAH!!" Dengan pantasnya Asyraf membuka langkah terus menujahkan tangan kanan ke atas untuk menepis tumbukan daripada Zhai Yuan yang berbadon sado itu. Manakala tangan kirinya diturunkan untuk menepis tumbukan daripada Reiyu yang mensasarkan anunya yang tidak berdosa.
"Terimalah tendangan kerbau liar ni" Tidak berdiam begitu sahaja satu tendangan deras dilepaskan ke arah Zhai Yuan.
"Urghh"
Tendangan deras itu tepat singgah ke perut Zhai Yuan sehingga membuatkan dia melambung sejauh 2 meter. Tendangan yang mempunyai damage tinggi itu membuatkan Zhai Yuan tersungkur layu ditanah. Spontan itu Zhai Yuan memeluk perutnya yang ditendang Asyraf sebentar tadi sambil terbatuk-batuk. Terlihat tompokan darah terhembus keluar dari mulut Zhai Yuan. Tendangan itu cukup untuk membuatkan Zhai Yuan menggeliat menahan kesakitan.
Melihat keadaan Zhai Yuan yang separuh mati, semangat lawan Reiyu menurun dengan mendadak. Dia hanya berdiri kaku dihadapan Asyraf seperti sedang melihat seekor beruang gila yang kelaparan berdiri dihadapannya untuk menyantap dirinya.
"Owhh, Engkau nak tumbuk aku punya anu ya. Mati kau Dajjal!!" Dalam keadaan marah Asyraf memulas tangan Reiyu.
"Aghhhh!! satu lolongan kesakitan dilepaskan oleh Reiyu.
Tidak mengendahkan lolongan Reiyu, Asyraf bertindak lebih agresif dengan memulas tangan Reiyu dengan lebih kuat sehingga tubuhnya terpusing 360 darjah kebelakang dan terhempap ke tanah.
Reiyu yang terhempap ke tanah memegang tangang kirinya sambil menggigil kesakitan. Kesan pulasan itu masih segar pada pergelangan tangan Reiyu.
Walaupun dalam keadaan sakit Reiyu segera bangkit untuk melancarkan serangan berikutnya ke arah Asyraf. Namun niatnya terhenti apabila matanya bertentang dengan Asyraf. Aura maut yang dapat dilihat melalui iris Asyraf menghasilkan satu perasaan aneh pada Reiyu seperti rohnya sedang ditarik dari tubuhnya.
"erm..mm..ras..rasakan..tenn..tendangan ni" Dalam keadaan ketakutan Reiyu melepaskan satu tendangan ke arah Asyraf. Belum sempat tendangannya singgah kearah Asyraf dia terlebih dahulu dilibas sehingga tersungkur jatuh ke tanah membuatkan seluarnya terkoyak rabak sehingga menampakkan anunya yang berbulu lebat.
"Owhh hohoho, Engkau hendak tendang aku ya. HaHaHa!! tidak padan dengan anu berbulu ada hati hendak tendang aku. Rasakan tumbukan aku ni". Tidak melengah sedikit pun masa Asyraf melompat ke arah Reiyu untuk melepaskan satu tumbukan padu ke arah wajahnya yang hodoh itu.
Belum sempat Asyraf melepaskan tumbukan. Tiba-tiba beberapa percikan air terpercik ke wajah Asyraf. Dalam keadaan yang terpinga-pinga Asyraf cuba mencari arah percikan air itu. Sedang dia leka mencari arah percikan air yang menempel di wajahnya, tanpa dia sangka percikan itu menjadi semakin deras seperti hembusan air pili bomba yang digunakan untuk memadamkan kebakaran. Spontan itu Asyraf mengangkat kedua-dua belah tangannya untuk menghalang percikan itu singgah ke wajahnya.
Tiba-tiba mata Asyraf terbeliak dengan besar sambil mulutnya terlopong dengan luas sehingga percikan air itu terbias ke dalam mulutnya. Asyraf seakan-akan tidak percaya apabila dia tersedar punca percikan air itu datang daripada anu samseng kerdil itu.
"Wha..What!!" Bukan sahaja Asyraf yang tergamam melihat situasi sebegitu. Mioko yang dari tadi memerhati pertempuran mereka dari tepi sambil minum coca cola pun terkedu melihat Reiyu yang mengaktifkan serangan kencingnya ke wajah Asyraf. Dia bagaikan tidak percaya apa yang dia lihat sehingga matanya membulat besar dan mulut nya terlopong melihat kejadian itu. Dia tidak tahu hendak menggambarkan bagaimana perasaannya ketika itu hendak kasihan kan Asyraf ataupun hendak menertawakannya yang dia tahu Asyraf akan mengalami trauma seumur hidupnya apabila mengenangkan kejadian memalukan ini.
"Bwerrghhhh!! Puiiii....Puiii...Puii!!" Spontan itu Asyraf mengundurkan dirinya kebelakang lalu termuntah dengan teruk sekali sambil memegang perutnya. Seakan tidak percaya apa yang terjadi dia mula membayangkan situasi sebentar tadi.
"Bwerghhh!! Puii...Puii...Puiii!!" Buat kali kedua Asyraf termuntah apabila mengenangkan kejadian yang berlaku kepada dirinya sebentar tadi sambil meludah-ludah air liur untuk menghilangkan rasa mual dan rasa air kencing Reiyu.
"JAHANAM!!!" Jerit Asyraf sambil menerpa ke arah Reiyu. Kemudian mengayunkan kakinya bertubi-tubi untuk menendang Reiyu.
Melihat wajah Asyraf yang bengis menerpa ke arahnya, Reiyu hanya mampu terdiam dan di dalam hatinya berdoa agar nyawanya diambil dengan cepat.
"Ughhh...Arghhhh..ssakitt..to..tol..tolong!!" Reiyu merintih kesakitan apabila ditendang bertubi-tubi oleh Asyraf.
"WHAT THE FUCKK!! ARE YOU KIDDING ME!! Samseng jenis ape kau ni berani kau kencing dekat muka aku. BABI BETUL!! MATI KAU ANJING!! BODOH PUNYA MAKHLUK!! MATI KAU BABI!! Puas hati aku". Gertak Asyraf kemarahan sambil menumbuk muka Reiyu berulang kali sehingga hati dia puas. Mana tidaknya belum pernah seumur hidup dia diperlakukan sebegitu. Bukan itu sahaja apabila melihat beberapa orang yang lalu-lalang disekitar mentertawakannya dan merengek kegelian, bertambah geram dalam dadanya sehingga dia tidak peduli sekiranya dia membunuh Reiyu pada ketika itu juga.
Beberapa minit kemudian setelah memaki dan memukul Reiyu sehingga pengsan, lebih tepat lagi sehingga hampir mati barulah dia berhenti. Itupun selepas puas dipujuk oleh Mioko untuk bertenang dan berhenti menumbuk samseng itu. Kalau diikutkan hati mahu saja dia membunuh samseng kerdil hodoh itu. Kemarahannya masih membuak-buak setelah maruahnya dicemarkan oleh Reiyu.