webnovel

pelangi semalam

Leha seorang budak kampung yang sentiasa bersama keluarganya. Dia tidak pernah berjauhan dengan keluarganya disebabkan aliran yang diambil olehnya tidak ada di sekolah asalnya dia dihantar ke sekolah baru yang asing baginya. Di sekolah itu pelbagai perkara yang berlaku, sehinggalah dia berkenalan dengan seorang pelajar lelaki yang hanya mengambil kesempatan ke atas kelemahannya. Akhirnya benteng yang dibina dengan kukuh roboh tanpa dapat dibinanya semula.

Qimiqimi_Ton · Teen
Not enough ratings
3 Chs

tempat baru

Terasa asing bagi Leha untuk memulakan kehidupan di tempat yang baru, apatah lagi tempat yang jauh dari keluarganya. kehidupan Leha berubah 360 darjah. Dulu makan dan minum disediakan oleh ibunya di atas meja hanya tunggu untuk dijamah, kini Leha terpaksa berbaris panjang di dewan makan mengikut giliran untuk mengambil makanan. Dulu kain pakaian dicuci dalam mesin basuh, kini kain pakaian dicuci secara manual menggunakan tangan. Dulu dirinya sentiasa dikelilingi keluarganya, kini hanya kawan yang menemaninya setiap hari. Leha bangun dari katilnya dan berlalu keluar dari dalam hostel dan duduk di atas kerusi di luar koridor sambil memerhatikan gelagat pelajar di luar hostel. sebening air mata memenuhi kelopak mata dan turun membasahi pipinya yang gebu. Leha termenung jauh, tanpa disedari satu sentuhan lembut menyentuh bahu Leha lalu menyapanya dari belakang lantas Leha segera mengelap air mata yang jatuh membasahi pipinya. khayalan Leha terhenti seketika. Leha menoleh ke belakang. satu senyuman dilemparkan oleh kawannya.

"Hai Leha, kau okey? tanya Edna memecah kesunyian Leha. Edna merupakan seorang pelajar lama di sekolah tersebut.

"Aku okey" jawab Leha spontan.

"Kenapa termenung je, teringat pakwe ke?" Edna mengenyitkan matanya

"Tak ada lah Edna, saja nak cari angin petang ha di luar ni" Leha tersenyum melihat Edna seperti kebudak-budakan

"Jom masuk, hari dah lewat petang ni" Edna mempelawa.

"Jap lagi aku masuk, awak masuklah dulu" Leha bercakap dengan nada sederhana.

Edna masuk ke dalam bilik lalu meninggalkan Leha keseorangan melayan perasaan di luar koridor hostel.