webnovel

PARANOIA MALAM

Bila sebut je malam, kita biasanya akan terbayang pelbagai entiti, imaginasi atau ilusi menyeramkan dengan erti kata lain 'Paranoia'. Kadangkala ilusi atau takut yang berlebihan itu yang akan kawal fikiran kita sehingga kita merasakan ada sesuatu perhatikan kita setiap kali malam yang sunyi.

Beberapa tahun lalu, aku ditempatkan kat sebuah sekolah asrama penuh kat bandar raya XX. Aku memang dah tahu sekolah ini ada sekolah lama dan memang banyak kisah seram diceritakan oleh senior kitorang. Cuma kitorang sendiri tak pasti sama ada itu sekadar gurauan ataupun realiti. Yalah, biasalah senior. Diorang memang suka takut-takutkan junior. Sehinggakan aku ni pun terasa seramnya setiap kali hari beransur malam.

Pada suatu hari, tepat pukul 3.00 pagi. Aku terasa nak buang air kecil. Masa kat asrama, kitorang semua dapat katil double decker. Aku dapat katil kat bahagian bawah. Selalunya aku boleh je pergi sendiri. Tapi disebabkan aku baru je dengar cerita seram senior tadi, aku dah mula rasa takut. Aku cuba kejutkan kawan kat katil atas teman aku.

"Zul, tolong teman aku pergi tandas... Zul, bangunlah!"

Puas aku tepuk-tepuk badan dia, tapi Zul tetap tak bangun. Memang tidur mati betul budak ni. Tak hiraukan aku langsung.

Nak tak nak, terpaksalah aku gagahkan diri pergi bilik air seorang diri. Tandas dan asrama murid tingkatan 1 kat blok berlainan tapi bersambung antara satu sama lain, jadi jaraknya agak jauh dari asrama. Tu yang menjadikan aku bertambah cuak.

"Nasib baiklah lampu koridor ni terang. Takdelah takut sangat. Haaa... lampu tandas pun okey. Fuh, lega rasa!" Aku tarik nafas lega. Kuranglah sikit rasa takut dalam hati ni. Aku masuk bilik air seperti biasa. Bilik air tu sangat besar, boleh muat beberapa bilik air, tandas, tempat basuh baju dan kolah mandi. Almaklumlah budak tingkatan 1 duduk asrama. Tandas pun dekat saja dengan pintu utama bilik air. Jadi, senang nak ke tandas. Aku pun terus meluru masuk kr tandas paling dekat dengan pintu masuk.

Masa kat dalam tandas, tiba-tiba aku terdengar bunyi orang tengah basuh baju.

"Aik? Siapa pula yang rajin sangat basuh baju malam-malam buta macam ni?" Fikirku kehairanan. Pelik.

"Mungkin senior kot..." Teka aku dalam hati. Selepas selesai, aku pergi basuh tangan kat ruang singki. Rasa ingin tahu aku untuk jenguk sekejap kat tempat basuh baju. Tak tegur senior nanti diorang cakap sombong pula. Dengan langkah perlahan, aku menuju ke tempat basuh baju. Aku cuba mengintai dari celah dinding.

"Apa bendanya itu?" Alangkah terkejutnya aku bila ternampak lembaga sedang mencuci sesuatu seakan-akan kepala. Betullah. Lembaga tu membersihkan darah yang ada pada kepala tu. Aku terus tekup mulut yang ternganga dan perlahan-lahan mengundurkan keluar dari situ. Mana mungkin aku tak terkejut. Aku pun kalau boleh tak nak tahu pun kepala siapa yang dia basuh tu. Kepala dia sendiri atau kepala orang lain? Dahlah pakai berus dan baldi aku pula tu. Cuba jelah bayangkan dia cabut kepala dia dan basuh kepala tu guna berus aku.

Sikit demi sikit, aku berundur senyap-senyap larikan diri. Tiba-tiba kepalanya berpusing merenung ke arah aku. Muka dia tersenyum. Dia perasan aku tengok dia.

Aku sendiri tak dapat nak nyatakan macam mana perasaan aku masa tu. Badan aku berpeluh-peluh macam orang baru lepas maraton. Aku terpegun dan terpana. Aku jatuh terduduk sebab terlalu takut. Tapi lepas tu aku pun apa lagi, dah macam tak cukup tanah berlari lintang-pukang balik ke asrama. Aku mula berlari balik ke dorm. Masa berlari tu, aku dapat rasa benda tu kejar aku. Terasa ada benda mengelilingi aku. Lama-kelamaan, akibat terlalu penat berjaga, akhirnya aku tertidur.

Esoknya barulah aku sedar. Bila aku pergi semula ke bilik air, darah yang memenuhi bilik air dah takde. Bersih. Tapi, perasaan takut tu tetap ada lagi. Aku terus buang berus dan baldi aku. Aku risau benda tu datang lagi. Tiba-tiba ada tangan tepuk aku dari belakang.

"Woi kenapa kau baling berus dengan baldi kau tu?" Zul tegur aku dari belakang

"Ish, terkejut aku. Aku saja buang. Rasa tak sedap hatilah...."

"Aik? Sebab tu je kau buang? Alaaaa.... habis tu lepas ni tak bolehlah aku nak pinjam lagi...."

"Eh? Kejap, kau ke basuh baju kat bilik air semalam?"

"Hmm? Ha'ahlah, kan aku dah bagitau aku nak pinjam. Aku tegur kau malam tadi. Tapi kau terus pecut lari macam nampak hantu. Apasal?"

"Kau rupanya? Aku ingatkan..." Aku terus tarik nafas lega. Aku terlalu paranoid dengar cerita hantu mengebabkan aku bayangkan yang bukan-bukan.

"Tulah kau... penakut sangat...? Zul gelakkan aku lepas dengar apa yang aku nampak semalam.

"Habis tu, siapa yang tumpang tidur kat katil kau malam tadi?"

"Eh? Kan aku tengah basuh baju. Siapa pula kat katil aku?" Muka Zul mula berubah. Kitorang pandang sesama sendiri. Paranoid juga ke?

TQ

Your gift is the motivation for my creation. Give me more motivation!

Creation is hard, cheer me up!

Blackxy_Catcreators' thoughts