Cebisan-cebisan kain bertaburan di udara, melayang-layang dan kemudiannya mendarat di atas tanah.
Kedengaran bunyi gelak ketawa dari arah restoran. Apabila orang ramai melihat pengikut-pengikut Tanah Suci yang telanjang bulat itu, mereka tidak dapat menyembunyikan senyuman mereka lagi.
Bukan itu sahaja, terdapat maksud yang mendalam di sebalik senyuman mereka itu.
Chu Changsheng bersandar pada jenambang pintu. Jubah pelayan panjangnya menggerbang ditiup angin dan rupanya agak lucu.
Pengikut-pengikut Tanah Suci bangun dari tanah dengan berang. Mereka tidak pernah dimalukan dengan teruk seperti ini dalam hidup mereka. Mereka telah dibogelkan!
Perasaan malu yang timbul semasa mereka dalam keadaan telanjang ini perlahan-lahan berubah menjadi marah. Keberangan yang menyelubungi hati mereka juga hampir membuatkan mereka meletup!
Geramnya!
Support your favorite authors and translators in webnovel.com