webnovel

Saya Bukan Seorang yang Bodoh... Kenapa Saya Mahu Menempah Maut?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Daulat Pertempuran dari Vila Awan Putih itu merupakan seorang lelaki yang berambut pendek. Raut wajahnya kelihatan mengerikan dan matanya yang berkelip-kelip seperti percikan api itu penuh dengan semangat untuk bertempur. Dialah Bai Zhan, Ketua Jeneral Vila Awan Putih dan seorang pahlawan yang bertahap Daulat Pertempuran. Oleh sebab tahap pertapaannya tinggi, dia merupakan orang kedua paling kuat di Vila Awan Putih selepas Mahaguru Vila. 

Terdapat seorang lagi pahlawan yang telah dihantar oleh Kuil Dewa Tanah Belantara dan pahlawan itu botak. Kulit di seluruh tubuhnya berwarna kuning gangsa, seolah-olah tubuhnya disadur dengan gangsa. Dia memancarkan tenaga yang menggerunkan.

Di sebelahnya, terdapat seekor burung semangat gergasi. Sayap burung ini tajam seperti mata pisau dan memancarkan sinaran yang menyeramkan. Burung yang dikenali sebagai Burung Bilah ini tergolong dalam spesis binatang semangat kelas kelapan.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com