"Mari kita lawan!"
Bunyi raungan yang memekakkan telinga bergema di udara apabila satu aura yang kuat melonjak ke langit. Aura itu seolah-olah hendak membelah awan di langit dan rupanya sungguh menyeramkan!
Walaupun Si Raksasa Tua itu mempunyai lapan otot kekar pada abdomennya, tetapi dia tidak jauh berbeza dengan orang tua yang nyanyuk. Malah, raut wajahnya serupa dengan orang tua yang menghidapi penyakit demensia. Tetapi pada ketika ini, Si Raksasa Tua itu seperti telah kembali ke masa lampau dan bertukar menjadi seorang lelaki yang muda.
Adegan tersebut ditayangkan di Istana Pil menerusi susunan penayangan itu. Semua orang yang melihat adegan itu tergamam. Apakah yang sedang berlaku? Bagaimana seseorang itu boleh kembali ke masa lampau?
"Ya Tuhan! Lima tuan guru tu dah dikalahkan?"
"Macam mana lelaki tua ni hebat sangat? Kayu hitamnya sangat berkuasa!"
Support your favorite authors and translators in webnovel.com