webnovel

Ikan Panggang Aromatik (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Sambil diperhatikan semua orang, Bu Fang menghulurkan tangannya dan mengambil seekor ikan daripada sebesen air. Dia menangkap ikan itu dengan mudah dengan dua jari yang menekan di kedua-dua belah badan.

Ikan itu menggelupur tapi tak boleh melepaskan diri kerana dicengkam dengan kuat.

Bu Fang memeriksa ikan itu dengan wajah bersahaja. Secara jujurnya, ikan itu memang montel. Badannya penuh berisi. Mata Bu Fang bersinar sedikit dan dia sangat berpuas hati dengan bahan itu.

Bukannya mudah untuk cef menjumpai bahan masakan yang memuaskan hati mereka.

Bu Fang tidak memilih untuk menggunakan Pisau Dapur Naga Tulang. Sebaliknya, dia mengambil pisau dapur yang dibiarkan Kakak Mu di atas dapur. Bila dia memutarkan pisau di tangannya, tekniknya yang mempesonakan itu terus membuatkan ramai orang di situ kagum.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com