Ketua puak orang-orang ular itu memandang Bu Fang dengan penuh makna. Tapi, dia tidak terus mendekati Bu Fang dan memaksa dirinya bertenang.
Bu Fang tidak perasan pandangan pada wajah ketua itu. Dia sedang memerhatikan orang-orang ular itu menikmati hidangannya sambil tersenyum. Pengesahan paling besar bagi seorang cef ialah bila pelanggannya menikmati apa yang dihidangkan. Melihat senyuman pada wajah mereka, seorang cef pun akan turut rasa gembira.
Isi ikan itu tidaklah begitu banyak. Selepas setiap seorang mengambil giliran merasa ikan itu, semuanya habis licin. Lagipun, ada ramai orang di situ yang berkongsi seekor ikan.
Semua orang merenung tulang ikan di atas daun herba semangat itu dengan mata yang penuh keinginan. Mereka mahu makan banyak lagi tapi Bu Fang hanya menyediakan satu hidang.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com