Sensasi yang merangsangkan tunas rasanya dan membuatkan tubuhnya menggeletar dengan kegembiraan sebelum ini sangat menakjubkan. Wanita Alam Kubur itu tidak sedar yang dia sudah tersangkut hati pada Nasi Darah Naga Bu Fang dan dia mahu mencubanya lagi.
Walaupun wanita Alam Kubur itu berasa gelisah dan tidak sabar, Bu Fang pula sedang menahan sakit kepalanya selepas dia memikirkan masalah itu. Dia bukan tidak mahu menyediakan sajian itu… Dia sebenarnya tidak mempunyai bahan-bahannya.
Dia masih mempunyai Beras Darah Naga, tetapi dia tidak boleh mereplikakan rasa sajian Nasi Darah Naga itu secara sepenuhnya dengan hanya menggunakan Beras Darah Naga. Tanpa mahkota darah, rasa sajian itu akan menjadi sangat berbeza.
Namun begitu, Bu Fang hanya perlu menggoreng Nasi Darah Naga itu dan dia memang boleh melakukannya. Lagipun, memasak Nasi Darah Naga bukanlah sesuatu yang sukar baginya.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com