webnovel

Balang dalam Balang, Wain dalam Wain

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Kenapa Mahaguru Wang mengatakan sebegitu? Tauke Bu sudah banyak menolong Bandar Diraja mengharungi pelbagai cabaran…" Ji Chengxue mengerutkan keningnya dan bertanya.

Memang betul, dia tidak tahu identiti Bu Fang mahupun asal usul kedai kecil itu. Tapi, perkara itu tidak menjejaskan kepercayaannya kepada restoran itu. Ini kerana, kalau bukan sebab Bu Fang, seluruh Empayar Bayu sudah jatuh ke tangan sekta pada pertarungan yang lepas.

Walaupun dia menghormati Mahaguru Wang, sebagai pemerintah empayar itu, Ji Chengxue masih mengekalkan keputusannya sendiri. Dia tak percaya yang Bu Fang akan mendatangkan bahaya kepada Bandar Diraja.

Xiao Meng dan lain-lain juga memikirkan perkara yang sama kerana mereka sudah banyak kali berurusan dengan Bu Fang. Walaupun mereka tidak begitu memahami Bu Fang, tapi daripada gayanya, dia tak nampak seperti seseorang yang mampu mengakibatkan malapetaka.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com